KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Disember 30, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.


Menjadi azam kami semoga tahun 2010 nanti KRT Taman Utama akan muncul sebagai antara KRT yang terbaik sekurang-kurangnya di Kawasan Kota Setar / Padang Terap. InsyaAllah berkat kerjasama AJK yang ada, kami akan cuba lakukan sebaik yang mungkin agar impian menjadi nyata.


Apa yang pasti SRS yang terhenti agak lama akan dihidupkan kembali dengan diterajui oleh En. Zahid b. Abdullah dengan bantuan En. Abd Rashid b. Omar dan En. Khoo Kek Hoo.


Selamat menyambut tahun baru 2010 untuk seluruh anggota KRT di seluruh MALAYSIA terutama kepada Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, Pengarah JPNIN Kedah dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap daripada Pengerusi dan AJK KRT Taman Utama.


Isnin, Disember 28, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA TERAKHIR TAHUN 2009.

Tarikh : Ahad, 27 Disember 2009.
Masa : 9.30 malam.
Lokasi : Restoran Mama, Jalan Sultanah, Alor Setar.
Mesyuarat untuk kali terakhir bagi tahun 2009, sengaja diadakan di luar daripada Taman Utama bertujuan memberi kelainan dan sebagai penghargaan kepada semua AJK. Antara agenda yang dibincangkan ialah persiapan mengadakan Bubur Asyura yang akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Januari 2010, pemilihan 5 orang AJK baru bagi menggantikan AJK yang berpindah dan melepaskan jawatan serta persiapan menyediakan laporan untuk geran tahunan 2010.


Selasa, Disember 22, 2009

KRT TAMAN UTAMA SEBAGAI PERANTARA.

Disamping mengadakan aktiviti kemasyarakatan untuk penduduk Taman Utama, KRT Taman Utama juga sering dirujuk oleh pelbagai agensi lain untuk pelbagai maksud dan tujuan demi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Antaranya oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata yang meminta pihak KRT Taman Utama mengenalpasti pelajar yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam akademik, kematian dan penduduk yang akan mengadakan kenduri perkahwinan.
Pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR akan diberikan sumbangan sebuah basikal dan wang tunai RM 200 manakala yang berjaya ke IPTA dan IPTS akan diberikan sumbangan wang tunai RM 500.00. Bagi kematian akan diberikan set peralatan mengkapan jenazah manakala yang akan mengadakan kenduri perkahwinan akan menerima sumbangan 50 kilo beras dan 500 biji telur.

Jiran Muda KRT Taman Utama yang memperolehi 5A dalam UPSR dan menerima RM 200 dan sebuah basikal bergambar bersama YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah.
En. Ku Zullkhairi b. Ku Yahya, Penolong Setiausaha KRT Taman Utama, juga AJK UMNO Bahagian Alor Setar sedang menyampaikan sumbangan beras dan telur kepada En. Nazer b. Shaari.

Pn. Rasinah bt. Hasan dan anaknya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 26 Disember 2009 sedang menerima beras sumbangan yang diterima.

Ahad, Disember 20, 2009

GOTONG ROYONG PINDAH RUMAH.

Pada 18 Disember 2009, mulai jam 5.00 petang, suatu gotong royong mengangkat peralatan rumah telah diadakan di rumah Pn. Fauziah bt. Abdul Majid di alamat no.1, Taman Utama. Beliau merupakan bekas AJK KRT Taman Utama sessi 2006/2008. Beliau dan Allahyarham suaminya iaitu Allahyarham Sarjan Mohd Sukri, seorang bekas anggota PDRM banyak menabur bakti dan jasa kepada KRT Taman Utama dan kepada JPNIN Daerah Kota Setar.
Allahyarham Sarjan Mohd Sukri merupakan pengasas kumpulan nasyid Tunas Utama yang terdiri dari Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama. Kumpulan nasyid ini sering membuat persembahan apabila KRT Taman Utama mengadakan siri ceramah agama sempena Maal Hijrah, Israk Mikraj dan Awal Ramadhan. Selain nasyid beliau turut mengajar mereka bermain kompang.
Allahyarham Sarjan Mohd Sukri juga pernah dipanggil oleh pihak JPNIN Daerah Kota Setar untuk menjadi pembimbing kumpulan nasyid yang terdiri dari kalangan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kota Setar apabila menyertai pertandingan diperingkat daerah dan juga di peringkat negeri. Beliau meninggal dunia beberapa bulan yang lalu kerana komplikasi penyakit yang dialami oleh beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh.
Semoga Pn. Fauziah dan keluarganya akan berjaya dalam kehidupan yang dilaluinya selepas ini dan tabah serta sabar menghadapi ujian, apabila memulakan kehidupan baru di tanah tumpah darahnya sendiri iaitu Negeri Sembilan.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik kalian kami kenang jua
Pn. Fauziah bt. Abdul Majid.

Jumaat, Disember 11, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.




Jawatankuasa KRT Taman Utama mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H kepada seluruh penduduk Taman Utama dan seluruh umat Islam di mana jua anda berada.

Rabu, Disember 09, 2009

TAMAN UTAMA.

Taman Utama terletak di Jalan Gangsa, Mergong, Alor Setar. Dalam Majlis Bandaraya Alor Setar. Berhampiran Pusat Bandar, Stadium Darul Aman, Stadium Sultan Abdul Halim, Wisma Darul Aman(Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri), Terminal Bas Shahab Perdana, Kolej Universiti INSANIAH, Mahkamah Tinggi, Taman Jubli Emas, Muzium Negeri, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Pekan Rabu, Muzium Padi, Pasar Borong dan Hospital Alor Setar.

Amat strategik lokasinya. Terdiri dari 3 Fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 yang mengandungi 337 buah pintu rumah. Fasa 1 adalah fasa yang sebahagiannya di anugerahkan kepada pemain pasukan bolasepak Kedah yang berjaya memenangi Piala Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 1990.

Majoriti penduduk ialah kaum Melayu. Penduduk yang sering menyertai aktiviti ialah daripada Fasa 2, mungkin disebabkan asal penubuhan KRT ialah daripada Pakatan Taman Utama Fasa 2 yang sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di taman ini.



Jalan masuk ke Taman Utama.

Rumah Setiausaha KRT Taman Utama. Tempat yang dijadikan sebagai pejabat KRT, tempat mengadakan mesyuarat dan tempat aktiviti dijalankan.


Rumah En. Adnan Saidin, Raja Sepaktakraw Malaysia - 0194585247



Lot Banglo di Fasa 2


SMZ Homestay - 0195587021


Padang Permainan


Fasa 2


Padang bola


Fasa 2


Lorong di Fasa 2





Lorong di Fasa 1


Lot Banglo Fasa 3



Lorong Fasa 3


Fasa 3


Lorong Fasa 1


Lorong Fasa 1


Lorong Fasa 1


Lorong Fasa 1


Pejabat Peguam Syariah milik Timbalan Speaker DUN Kedah


Pejabat Koperasi Penghulu-penghulu Negeri Kedah



Signboard di kanan jalan masuk ke Taman Utama.


Pandangan dari belakang Bank Islam Jalan Sultanah Sambungan


Pandangan dari belakang Bank Islam

Blog Widget by LinkWithin