KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, November 30, 2013

** MAJLIS ASYURA 1435H **



Saban tahun pada setiap 10 Muharam mengikut kalendar Islam, umat Islam akan berpuasa sunat dan melakukan Asyura iaitu memasak bubur Asyura. 

Peristiwa ini adalah sebagai memperingati peristiwa bahtera Nabi Noh yang terkandas dipuncak Gunung Judi di kawasan Pergunungan Ararat di sempadan Negara Turki dan Iraq sewaktu banjir besar surut pada zaman itu. Kerana ketiadaan makanan, maka Nabi Noh telah memasak pelbagai makanan yang terdapat dalam bahtera dalam suatu bekas masakan. 


Umat Islam terutama di Malaysia aktiviti memasak bubur Asyura sudah menjadi adat dalam masyarakat Melayu khususnya memasak pelbagai jenis makanan dalam suatu bekas yang dinamakan Bubur Asyura. Bubur ini adalah adunan dan ramuan dari pelbagai bahan mentah seperti tepung, kacang, santan, buah, gula, garam dan juga susu.

Bagi KRT Taman Utama program memasak Asyura telah berjaya diadakan pada hari Sabtu,30.11.2013, bersamaan 26 Muharam 1435H. Program tahun ini mendapat kerjasama daripada Pakatan Kebajikan dan Kemasyarakatan Taman Utama serta Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah melalui Kumpulan Mawardah, PERWANI Komuniti 1 Malaysia Taman Utama.

Objektif utama program ialah memperingati hari kebesaran dalam Islam, merapatkan silatulrahim penduduk Taman Utama, memupuk semangat perpaduan dan gotong royong penduduk serta menyatukan penduduk dalam suatu majlis.

Penduduk yang hadir disajikan dengan sarapan pulut ikan kering dan makan tengahari nasi menu ala kampong. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada penduduk yang turut mendermakan wang ringgit dan bahan mentah serta melapangkan waktu untuk hadir bagi menjayakan program ini.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


Jiran Wanita memproses jagung dan bahan mentah pada petang hari Jumaat.

Group ini dengan tugasan memasak jamuan tengahari.

Jiran Muda turut membantu mengacau Asyura.

Mengopek kulit kacang.


Team memasak jamuan tengahari sedang menyiapkan gulai kepala ikan.

Giliran team Jiran Usia Emas menunjukkan skill mengacau Asyura.

Meskipun berstatus doktor pakar, Dr. Ahmad Fauzey berbaju hitam tidak segan silu untuk turut serta mengacau Asyura.

Pengerusi sedang melabelkan nombor rumah untuk agihan Asyura.

Bacaan doa selamat untuk anak Setiausaha yang selamat menjalani pembedahan sebelum sessi makan tengahari.

Jiran Wanita mengambil alih tugas mengacau Asyura ketika kaum lelaki membaca doa selamat.

Menu makan tengahari.







Hai...sempat lagi melayan telefon ketika mengacau Asyura ...

Bendahari KRT Taman Utama membantu mengagihkan Asyura.

Tunas Jiran perempuan turut teruja untuk mengacau Asyura.

Tunas Jiran lelaki tidak mahu mengaku kalah untuk turut membantu...



Hai, mana lagi pasangan Asyura ni....


Rabu, November 20, 2013

** KELAS JAHITAN *


Pada 19.11.2013 Jiran Wanita daripada Kumpulan Imtiyaz KRT Taman Utama telah mengadakan kelas jahitan. Pada awalnya program ini dirancang pada 23.11.2013, namun kerana musim kenduri perkahwinan, maka program diawalkan kerana tenaga pengajarnya juga mempunyai komtmen lain pada tarikh asalnya.

Tidak ramai Jiran Wanita yang hadir pada program ini kerana hari bekerja. Program bermula pada jam 2.00 petang, hari Selasa. Ditambah pula dengan hujan lebat yang turun sepanjang hari itu.

Pn. Ku Zaharah Ku Yahya, salah seorang penduduk yang juga salah seorang guru KEMAS telah menawarkan dirinya sebagai tenaga pengajar untuk program ini.

Peserta dan penduduk yang hadir telah dihidangkan dengan jamuan tengahari nasi ala kampong.  










Ahad, November 17, 2013

** TETAMU DARI PERAK **


Tanggal 16 November 2013, sekali lagi KRT Taman Utama menerima kunjungan muhibah daripada luar. Ini merupakan kali ke 3 untuk tahun 2013. Tetamu kali ini ialah daripada KRT Chandan Desa, Simpang Pulai, Daerah Kinta, Ipoh Perak.

Rombongan seramai 40 orang ini diketuai oleh Pengerusinya En. Zul Ghafar b. Mat Shik. Rombongan tiba di Taman Utama pada jam 5.00 petang. Turut hadir menyambut rombongan ini ialah Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, diikuti oleh YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah.

Selain mengadakan sessi percambahan fikiran dan taklimat, turut diadakan ialah perlawanan persahabatan permainan congkak yang melibatkan Jiran Wanita dan pertandingan bolasepak lelaki yang melibatkan Jiran Muda dan AJK KRT kedua belah pihak.  

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
di Chandan Desa kita bertemu lagi....


Pengerusi KRT Taman Utama menerima cenderamata dari Pengerusi KRT Chandan Desa.

Pn. Noorassemah  turut menyambut ketibaan tetamu.


Ahlan wasahlan ....









Ucapan aluan dan taklimat daripada Pengerusi KRT Taman Utama.

Bunga mawar jangan dihidu, takut terkena duri dibadan, di Taman Utama kita bertemu, ikatan perpaduan kita jalinkan. 


Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah.



Ucapan balas tetamu.



Cenderahati dari KRT Taman Utama.





AJK KRT Taman Utama melayani tetamu dengan jamuan laksa, cucur jagung, buah melaka dan teh tarik.







Bertukar fikiran diantara KRT.





Gambar sebelum bertarung..

Team KRT Taman Utama.

Percambahan fikiran antara kedua orang pengerusi.

Pertarungan congkak.



















Blog Widget by LinkWithin