KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 24, 2016

** JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016 **


Pada hari Jumaat, 22 Julai 2016, KRT Taman Utama telah bergabung dengan Pakatan Taman Utama menganjurkan Jamuan Hari Raya AidilFitri di perkarangan Dewan Taman Utama. KRT Taman Utama mengeluarkan dana RM1000.00, manakala Pakatan Taman Utama mengadakan kutipan sumbangan dikalangan penduduk. Turut menghulurkan sumbangan ialah AMANITA IPK PDRM Negeri Kedah iaitu sebanyak RM500.00.

Majlis bermula mulai jam 9.00 malam yang dihadiri oleh warga Taman Utama serta para jemaah Masjid Seberang Pumpong. Turut hadir ialah Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah iaitu Haji Abdul Kadir b. Mohamad, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Turut serta ialah anggota Unit AMANITA IPK Kedah yang diketuai oleh ASP Chumil bt. Saad, Unit Rondaan Bermotorsikal IPD Daerah Kota Setar serta beberapa AJK daripada KRT berhampiran Taman Utama.

Antara menu yang disediakan ialah nasi beriyani ayam, mee kari, ketupat, cucur udang, ais cream, beraneka kueh raya, buah-buahan, teh tarik dan air orange. Turut diadakan ialah cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak.



Tambah kapsyen

































































Ahad, Julai 17, 2016

** KE ARAH PENUBUHAN PASUKAN KOMPANG **


17 Julai 2016, Pengerusi KRT Taman Utama telah pergi dan berkongsi idea untuk penubuhan pasukan kompang Tunas Jiran dan Jiran Muda di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah.

Terima kasih kepada En. Mazlan Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah yang memberikan pandangan berkaitan permainan kompang ini. 





** KHIDMAT TEH TARIK **


Pada 16 Julai 2016, KRT dan Pakatan Taman Utama telah memberikan khidmat teh tarik percuma kepada En. Munawir Ismail, DIALAMAT 139, Taman Utama yang mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuannya di WNS Residence, Alor Setar.

Seramai 4 orang petugas telah bergilir-gilir menyediakan teh tarik kepada tetamu jemputan.





Pengantin tiba dengan menaiki kereta mewah.













Isnin, Julai 04, 2016

** PROGRAM MEMBAKAR LEMANG **


Mengakhiri Ramadhan 1437H, seramai 13 orang AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama telah bergotong royong membakar lemang pada 4 Julai 2016, dibelakang Pusat Rukun Tetangga.

Ini adalah aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pengerusi Jiran Muda, En. Nik Ridhuan Nik Lah yang berpengalaman dalam membakar lemang bersama keluarganya di Kelantan telah bersetuju mengetuai program ini.

Program bermula dari jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam. Sejumlah 108 batang lemang telah berjaya dihasilkan melalui 25 kilo beras. 

Terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan aktiviti yang julong kali diadakan. Semoga aktiviti membakar lemang akan menjadi acara tahunan selepas ini.




En. Nik Ridhuan.













































Blog Widget by LinkWithin