KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Ogos 23, 2014

** JOM RONDA SRS BERSAMA PDRM VERSI 3.0 **

Pada 16 Ogos 2014, hari Sabtu, Pejabat Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah menganjurkan program Jom Ronda Bersama PDRM Versi 3.0.

Jika tahun 2013, program ini diadakan di KRT Taman Utama, untuk tahun 2014 program ini telah dilangsungkan di KRT Taman Sri Marina, Kuala Kedah.

Majlis bermula pada jam 9.30 malam dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengarah JPNIN Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin. Turut hadir ialah anggota PDRM Daerah Kota Setar, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah serta Peronda SRS seluruh Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

KRT Taman Utama diwakili oleh 5 orang Peronda SRS iaitu En. Zahid Abdullah, En. Mohd Fadzil Ibrahim, En. Abdul Rashid Abd Rahman, En. Abd Halim Ahmad dan En. Mohd Pauzi Yong.

Tahniah kepada SRS Taman Sri Marina kerana terpilih sebagai SRS terbaik Negeri Kedah bagi tahun 2013.













Sabtu, Ogos 16, 2014

** JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014 **


Meriah dan berwarna warni! Itulah kata-kata yang dapat digambarkan berkaitan majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri bagi tahun 2014.

Majlis dilangsungkan pada hari Jumaat, 15 Ogos 2014 bersamaan 19 Syawal 1435H di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Majlis bermula pada jam 9.30 malam yang dimulakan dengan bacaan doa, aluan Pengerusi KRT Taman Utama, ucapan wakil Pengarah JPNIN Kedah, penyampaian anugerah Jasamu Dikenang, jamuan makan, pemberian duit raya, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

Antara yang hadir pada malam itu ialah En. Mohd Yusof b. Daud, wakil Pengarah JPNIN Kedah, Tuan DSP Mohd Radi Abd Rahman, Ketua Turus Trafik Negeri Kedah, Tuan Syeikh Yusof b. Haji Ahmad, Pegawai Agama dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman. Imam Masjid Seberang Pumpong, AJK KRT berdekatan serta beberapa anggota PDRM dan AJK Masjid Seberang Pumpong.

Menu yang disediakan pada malam tersebut ialah nasi daging, mee kuah Penang, cucur udang, tapai, ketupat, kueh mueh, teh tarik, orange, nuget, kentang goreng dan buah-buahan. Terdapat juga beberapa orang penduduk yang turut membawa juadah dari rumah masing-masing untuk berkongsi dengan tetamu yang hadir.

Program anjuran bersama Pakatan Taman Utama ini menerima sumbangan RM 1455.00 daripada penduduk serta RM 2,000.00 daripada KRT Taman Utama.

Sempena majlis ini, turut diadakan ialah anugerah Jasamu Dikenang kepada 8 orang penduduk yang bukan dari kalangan Jawatankuasa KRT atau Pakatan Taman Utama tetapi memberi komitmen yang berterusan apabila aktiviti diadakan. Mereka ini kadangkala mendahului AJK sewaktu aktiviti dijalankan .



Jiran Wanita sedang membuat ketupat.

Team menyediakan cucur udang.


Team nasi daging.

Team mee kuah Penang.

Jiran Muda merebus ketupat

Mencari idea untuk persiapan meja VIP

Penduduk memilih menu

En. Adnan Jaafar, Timbalan Pengarah JKM Kedah menerima hadiah cabutan bertuah daripada En. Mohd Yusof.


Antara barangan cabutan bertuah.

Team mee kuah Penang siap sedia untuk persiapan terakhir



Wakil Pengarah diapit oleh YM Ku Aziz dan Tuan Imam.

Gerai cucur udang

Gerai buah-buahan dan kueh

Gerai nuget dan kentang goreng

Gerai ketupat

Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama.

Antara tetamu yang hadir



Jiran Wanita di bahagian dapur





Tahniah kepada KRT Taman Utama kerana berjaya menganjurkan majlis yang paling meriah ini.

Setiausaha KRT mempengerusikan majlis.

Mewakli ibu menerima anugerah Jasamu Dikenang.
















Pengerusi KRT Taman Utama mengiringi Tuan Imam  memberikan duit raya kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda sambil diawasi oleh Ketua Peronda SRS Taman Utama.



Tuan DSP Mohd Rodi membuat cabutan bertuah.

Tuan Syeikh Yusof Haji Ahmad turut mebuat cabutan bertuah

En. Abdul Halim Alwi membuat cabutan

YM Ku Aziz membuat cabutan


Pengerusi membuat cabutan terakhir.

Isnin, Ogos 11, 2014

** MAKAN TENGAHARI BERSAMA PIHAK AUDIT **


11 Ogos 2014, hari Isnin, KRT Taman Utama menjadi tuan rumah makan tengahari bagi meraikan beberapa orang audit yang datang ke JPNIN Negeri Kedah.

Jamuan berlangsung di Restoran Dee Pumpong, yang terletak 0.5 kilometer daripada Taman Utama. Turut hadir meraikan ialah Tuan Pengarah JPNIN Kedah, En. Mohd Saidi Midin, Pegawai Kanan, En. Mohd Yusof Daud dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, Pn. Noorassemah Abdullah. Turut hadir ialah kakitangan JPNIN Negeri dan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar.

Menu utama adalah pilihan Tuan Pengarah sendiri. Pengerusi KRT Taman Utama yang kebetulan bercuti pada hari itu meluangkan masa meraikan dan melayani tetamu..


PPD Daerah Kota Setar melihat pelbagai menu yang disediakan.

Kari kepala ikan adalah favourite Tuan Pengarah.





Blog Widget by LinkWithin