KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, November 30, 2014

** PERJUMPAAN MESRA SKUAD UNITI **


Pada 6 - 7 November 2014, seramai 3 orang Peronda SRS KRT Taman Utama telah menyertai majlis perjumpaan mesra Skuad Uniti JPNIN Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena. Majlis diadakan di Pusat Rekreasi  Air Panas, Ulu Legong, Baling Kedah.

Skuad ini mengandungi seramai 33 orang Peronda SRS dari Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena yang ditubuhkan bagi menangani sesuatu kejadian bencana alam seperti banjir dan sebagainya. KRT Taman Utama diwakili oleh En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abd Rashid b. Abd Rahman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, Pn. Noorassemah bt. Abdullah. Antara tujuan lain program ini ialah penyatuan ahli-ahli, penyaluran maklumat terkini kumpulan dan percambahan fikiran dikalangan pasukan.














Rabu, November 12, 2014

** CERAMAH AGAMA MAAL HIJRAH 1436H **


Khamis, 6 November 2014. Sambutan Maal Hijrah peringkat KRT Taman Utama berterusan pada waktu malam. Jika waktu siang warganya bermandi peluh bersama Unit AMANITA PDRM Daerah Kota Setar memasak bubur asyura, pada malamnya mereka menghayati ceramah agama yang bertajuk Hijrah Pemangkin Kejayaan Kehidupan Mukmin yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Hazizan b. Md. Desa, Pegawai Agama dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

Ceramah diadakan diperkarangan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam. Sumbangan saguhati kepada penceramah telah disumbangkan oleh seorang tokoh korporat yang tinggal di Taman Utama.

Makanan kepada penduduk yang hadir adalah sumbangan penduduk melalui kutipan derma oleh Pakatan Taman Utama. Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang hari sempena program sambutan Maal Hijrah ini.




















Jumaat, November 07, 2014

** ASYURA 1436H / 2014 **


Khamis, 6 November 2014, KRT Taman Utama dengan kerjasama Unit AMANITA PDRM dari IPD Daerah Kota Setar dan Pakatan Taman Utama telah berjaya mengadakan program masak bubur Asyura di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Program gotong memasak bubur asyura ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Ketua memasak dari Taman Utama diketuai oleh Pn. Khalijah bt. Awang salah seorang Jiran Usia Emas manakala dari Unit AMANITA diketuai oleh Sarjan Zaayah. Ramai yang memuji keenakan bubur asyura kali ini kerana ramai yang menghubungi KRT Taman Utama untuk mendapat resepi yang digunakan.

Hadir bersama dalam program ini ialah Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin, Ketua Unit AMANITA IPD Daerah Kota Setar Insp Bibi Jan bt. Ali Haidar, En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Kanan JPNIN Kedah, ASP Bibi Sheira dan Insp Shukri Samah dari Bhg Pehubungan Awam PDRM IPD Kota Setar.

Bubur asyura yang dimasak dalam dua buah periuk bersaiz besar telah berjaya menghasilkan hampir 300 buah bekas tupperware yang kemudiannya dibahagikan antara ke dua pihak iaitu warga Taman Utama dan pihak PDRM IPD Kota Setar. 

Terima kasih kepada pihak PDRM dan Pakatan Taman Utama dengan kerjasama gotong royong membuat asyura ini. Semoga kerjasama ini akan berkekalan demi jalinan NKRA antara PDRM dan KRT Taman Utama.

Pada waktu malamnya diadakan pula sessi ceramah agama mengenai Hijratul Rasul sempena Maal Hijrah 1436H. ( berita ceramah akan menyusul ).

Mesyuarat persiapan asyura.

Gotong royong memasang khemah.

Pengerusi KRT Taman Utama memulakan proses memasak Asyura.



Sarapan pagi bersama Tuan Pengarah JPNIN dan Insp Shukri.

Memasak asyura bersama Tuan Pengarah dan Insp Shukri.
























Selasa, November 04, 2014

** MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA **


Pada 1 November 2014, sekali lagi KRT Taman Utama telah menyertai program Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM). Jika tahun 2013 program adalah peringkat Negeri Kedah, namun pada tahun 2014, Kedah telah dipilih sebagai tuanrumah bagi peringkat Kebangsaan pula. Tempatnya masih dikekalkan di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah.

Minggu Alam Sekitar Malaysia ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah. Tema bagi tahun ini ialah "Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari". Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjurnya iaitu Jabatan Alam Sekitar. Antara aktivitinya ialah pertandingan fotografi, pertandingan mewarna, pertandingan memancing, Enviro-Walk, karaoke, debat alam sekitar, pameran dan cabutan bertuah.

Seramai 50 orang warga KRT Taman Utama telah pergi menyertai aktiviti tersebut. KRT Taman Utama menyertai dua acara besar iaitu pertandingan memancing dan enviro-walk yang mendapat penajaan daripada sebuah kilang. Setiap peserta diacara ini mendapat sehelai baju dan goodies daripada pihak penganjur. 

Sebahagian besar peserta dari KRT Taman Utama berjaya memenangi beberapa hadiah pertandingan dan cabutan bertuah pada acara yang disertai.



Warga KRT Taman Utama sedang mendaftar dalam acara memancing.

Peserta mendapat beg yang mengandungi baju, makanan dan minuman.

Jiran Wanita KRT Taman Utama menyertai acara senamrobik bagi sessi memanaskan badan.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia sedang melakukan perasmian acara enviro-walk.



Menunggu detik mula pertandingan memancing.



Pemancing KRT Taman Utama berkumpul pada suatu kawasan yang strategik.

Ketua Peronda SRS mendapat tangkapan yang pertama.

Pengerusi, KRT Taman Utama memantau peserta.





Tunas Jiran menyertai aktiviti tarian gelang.

Acara boling padang.



Tunas Jiran bersama hadiah yang mereka menangi.









Tu dia... besarnya ikan...



Blog Widget by LinkWithin