KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 25, 2015

** AKTIVITI RONDAAN MALAM **


Aktiviti rondaan malam oleh Peronda SRS Taman Utama berjalan seperti biasa. Namun pada tahun 2015 ini terdapat kekurangan peronda apabila ada peronda yang berpindah ke tempat lain kerana pertukaran tempat tugas dan membeli rumah baru ditempat lain.

Kini hanya tinggal 24 orang sahaja peronda yang aktif melakukan rondaan yang bermula dari jam 12.00 malam hingga 5.30 pagi.






















** LAWATAN KE PANTAI MERDEKA **


Menjelang akhir tahun 2015, KRT Taman Utama bakal mengadakan Hari Keluarga sempena cuti akhir tahun penggal persekolahan. Lokasi yang dicadangkan ialah Pantai Merdeka yang terletak dalam Daerah Kuala Muda.

Sehubungan dengan itu pada 21 Oktober 2015, Pengerusi bersama 2 orang Ahli Jawatankuasa KRT Taman Utama iaitu En. Mohd Fadzil Ibrahim dan En. Abd Halim Ahmad telah melakukan lawatan untuk meninjau lokasi tersebut.











** KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS **


Ketua Peronda SRS Taman Utama, En. Zahid b. Abdullah telah dipilih menyertai Kursus Asas Pertolongan Cemas Skuad Uniti Negeri Kedah pada 24 Oktober 2015.

Kursus selama satu hari itu telah diadakan di Dewan Institut Pengurusan Integriti ( INSPIN ) Alor Setar, Kedah. 

Skuad Uniti adalah suatu pasukan yang ditubuh untuk menghadapi sesuatu bencana atau malapetaka yang terjadi. Anggotanya dipilih dari kalangan Peronda SRS dari setiap daerah dalam Negeri Kedah. Setiap daerah mengandungi seramai 34 orang anggota.


En. Zahid, berjaket hitam.













Blog Widget by LinkWithin