KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Ogos 29, 2010

IHYA' RAMADHAN 1431H - 2


Pada 28 Ogos 2010, sekali lagi program berbuka puasa dan jamuan moreh diadakan oleh KRT Taman Utama dan Pakatan Taman Utama. Program ini diadakan di pos Skim Rondaan Sukarela mulai jam 10.00 pagi. Menu pada hari tersebut ialah Nasi Minyak. Sebanyak 15 kilo beras dan 10 kilo daging telah digunakan bagi menyiapkan 200 paket nasi ini yang dihantar ke Masjid Seberang Pumpong untuk majlis berbuka puasa manakala selebihnya akan dijadikan sebagai jamuan moreh yang diagihkan kepada ahli jemaah yang selesai menunaikan solat terawikh.

Pada kali ini pihak jawatankuasa turut mengadakan majlis berbuka puasa dikalangan penduduk yang bergotong royong menyediakan menu tersebut. Amat meriah sekali apabila dikalangan mereka yang hadir turut membawa juadah berbuka dari rumah masing-masing untuk turut dinikmati bersama-sama.

Jiran Wanita sedang memproses bahan basah di dalam rumah En. Din Mansor.

En. Abd Rashid sedang memulakan masakan.

Sambil berbual, tangan tetap berkerja...

Tuan Haji Jusoh Mat Daud, Pengerusi Pakatan Taman Utama merangkap Timbalan Pengerusi KRT sedang mengawasi proses menyediakan masakan.

Urusan "packing" diserahkan kepada Jiran Wanita.

Jiran Muda turut tidak ketinggalan menyertai gotong royong.

Saat hampir waktu berbuka puasa... air minuman merah ialah air tembikai

Tu dia... Jiran Muda sedang beraksi sewaktu berbuka puasa...



Semoga kegiatan seperti ini mendapat ganjaran pahala yang berganda oleh Allah Taala.. Aminnn...

Sabtu, Ogos 21, 2010

IHYA RAMADHAN 1431H - 1

Sempena bulan Ramadhan 1431H, KRT Taman Utama dan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama (Pakatan Taman Utama) telah berganding bahu dan tenaga dalam aktiviti mengimarahkan bulan mulia ini.

KRT Taman Utama telah mengeluarkan peruntukkan RM 300.00 bagi aktiviti ini manakala pihak Pakatan Taman Utama pula telah membuat kutipan sumbangan wang daripada penduduk. Alhamdulillah sehingga 21 Ogos 2010, sebanyak RM 1,222.00 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan penduduk. Pihak Jawatankuasa kedua belah pihak yang majarotinya adalah orang yang sama telah menetapkan untuk mengadakan 4 kali majlis berbuka puasa dan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong yang terletak berhampiran Taman Utama.

Pada setiap petang, mulai hari pertama puasa, Setiausaha KRT yang juga Setiausaha Pakatan akan membuat penghantaran dan mengagihkan buah kurma untuk berbuka puasa manakala pada setiap hari Sabtu, mulai 21 Ogos 2010 akan diadakan gotong royong memasak jamuan untuk majlis berbuka puasa dan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong yang hampir separuh daripada yang menghadirinya ialah pelajar Kolej Universiti INSANIAH yang tinggal menyewa berdekatan masjid tersebut.

Tarikh yang telah ditetapkan untuk majlis tersebut adalah seperti berikut :

21 Ogos 2010 - Moi Sup Berkari.
28 Ogos 2010 - Bihun Goreng.
31 Ogos 2010 - Nasi Tomato.
04 September 2010 - belum ditetapkan.

Pada 21 Ogos 2010, menu pertama telah berjaya diadakan. Ketua Chef bagi menu ini ialah Puan Maheran, isteri kepada En. Abd Rashid b. Omar, AJK KRT Taman Utama. Menu ini sering dihidangkan oleh masyarakat kampongnya di Gunung Keriang apabila selesai sesuatu jamuan kenduri perkahwinan.

Bahan utama ialah beras, daging, tulang dan udang. Alhamdulillah program yang bermula dari jam 11.00 pagi akhirnya berjaya dihasilkan dan di siapkan pada jam 5.00 petang. Sebahagian daripada Moi Sup ini telah diagihkan oleh Jiran Muda kepada penderma untuk program ini, manakala selebihnya dihantar ke Masjid Seberang Pumpong.



AJK KRT, Jiran Wanita dan Jiran Muda sedang menyiang bahan basah untuk penyediaan bahan menu.






Pn. Maheran, berbaju biru sedang memberikan tip dan panduan masakan.




Haaa... dah nak mula dah...


En. Abd Rashid sedang menunjukkan skil mendayung...


Tu dia! merah berapi Moi Sup ni...... betul-betul Holiaw...


Kerja-kerja pengagihan diketuai oleh En. Abd Rashid b. Abd Rahman.




Suasana sekitar majlis berbuka puasa pada 21 Ogos 2010 di Masjid Seberang Pumpong.











Ahad, Ogos 15, 2010

JAMUAN BARBEQUE


Menjelang Ramadhan 1431H, beberapa orang jawatankuasa KRT Taman Utama telah merancang untuk mengadakan jamuan makan malam ala barbeque di fasa 2. Beberapa orang penduduk telah menghulurkan sumbangan wang ringgit bagi mengadakannya. Pada awalnya tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 6 Ogos 2010, namun kerana beberapa masalah yang timbul majlis ini ditunda pada 9 Ogos 2010.

Malangnya pada pagi tersebut En. Mohd Fadzil b. Ibrahim, salah seorang AJK KRT Taman Utama pula telah diserang sakit jantung dan dimasukkan ke Putra Medical Centre. Namun disebabkan segala persiapan dan bahan untuk majlis ini telah dibeli maka majlis ini diadakan juga di pos SRS yang terletak berhadapan rumah beliau.

Beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan penduduk sempat menziarahi En. Mohd Fadzil pada petang hari beliau dimasukkan ke wad.

Hanya 2 keping gambar sahaja yang sempat diambil oleh blogger kerana terlupa membawa kamera.....

Rabu, Ogos 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Utama mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, Pengarah JPNIN Kedah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap dan semua warga JPNIN dan Rukun Tetangga di seluruh Malaysia.


TAZKIRAH RINGKAS.

Antara yang menghilangkan pahala puasa ialah :

1. Bercakap dusta.

2. Mengumpat. ( orang yang berkata dan orang yang mendengar.

3. Memfitnah.

4. Menjadi saksi palsu.

5. Melihat sesuatu dengan nafsu.


Ahad, Ogos 08, 2010

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG


Sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ke 53 pada tahun ini Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap telah menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap di Pusat Rukun Tetangga Kampong Berjaya, Mergong. Kempen yang dilangsungkan pada 7 Ogos 2010 ini adalah serentak dijalankan oleh JPNIN Negeri Kedah di setiap daerah.

Bagi peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap, pelancarannya telah disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah iaitu Puan Noorassemah bt. Abdullah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena kempen ini yang bermula pada jam 8.00 pagi. Antaranya ialah mencanting baju Jalur Gemilang bagi pelajar Tabika Perpaduan, kembara berbasikal, pertandingan kuiz kemerdekaan, pertandingan karaoke lagu berunsurkan patriotik dan penyerahan Jalur Gemilang kepada KRT yang berada dalam Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Pn. Noorassemah bt. Abdullah berucap merasmikan pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Pengerusi KRT Kg. Berjaya, Tuan Haji Abd Rashid menyambut ketibaan Pn. Noorassemah bt. Abdullah.

Setiausaha KRT Taman Utama sedang menerima Jalur Gemilang daripada Pn. Noorassemah bt. Abdullah.

Konvoi kembara berbasikal.

Pertandingan mencanting T-shirt kemerdekaan.

Pn. Noorassemah sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz kemerdekaan.

Sabtu, Ogos 07, 2010

FUTSAL BELIA 1 MALAYSIA

Pada Jumaat, 6 Ogos 2010 pasukan Jiran Muda KRT Taman Utama telah menyertai Pertandingan Futsal Belia 1 Malaysia yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar, Pejabat Ahli Parlimen Bahagian Alor Setar dan Pejabat UMNO Bahagian Alor Setar.

Pertandingan diadakan bersempena Majlis Penyerahan Gelanggang Sukan Pelbagaiguna Taman Tunku Tabor yang berjiran dengan Taman Utama. KRT Taman Utama telah menghantar 3 pasukan Jiran Muda menyertai pertandingan dan hanya satu pasukan sahaja yang mara hingga ke peringkat suku akhir. Tahniah dan syabas kepada kesemua pemain !

Blog Widget by LinkWithin