KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, September 28, 2014

** SEMINAR KESELAMATAN KEJIRANAN TAHUN 2014 PERINGKAT NEGERI KEDAH **


JPNIN Negeri Kedah dengan kerjasama PDRM Negeri Kedah telah berjaya mengadakan Seminar Keselamatan Kejiranan Tahun 2014 Peringkat Negeri Kedah pada 27 September 2014. Majlis telah dilangsungkan di Dewan Tunku Anum, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah.

Objektif utama seminar ialah : 

1. Meningkatkan kefahaman anggota SRS tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengawal dan mengekalkan tahap keselamatan di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
2. Memupuk rasa kesedaran dikalangan peserta akan tanggungjawab mereka dalam memelihara dan memperkukuhkan keselamatan negara.
3. Menjadikan anggota SRS sebagai Sahabat Kejiranan di dalam Kawasan Rukun Tetangga dan juga komuniti.

Seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Utama KRT dan Peronda SRS seluruh Negeri Kedah telah menyertai seminar ini yang dirasmikan penutupannya oleh YB Dato' Leong Yong Kong, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina Negeri Kedah.

Seminar bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Sebanyak 3 pembentangan ceramah dan satu slot perkongsian pengalaman antara SRS yang cemerlang di Negeri Kedah telah berjaya disampaikan diseminar ini.

Tuan ACP Shamsudin b. Mat, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Staraegi) IPK Negeri Kedah telah menyampaikan ceramah bertajuk "Perspektif Pencegahan Jenayah Dalam Komuniti" bagi memulakan seminar.

Tuan ASP Muhammad Halim b. Yatim, Pegawai Turus Gerakan IPK Negeri Kedah telah menyampaikan ceramah "Pusat Kawalan PDRM : Jaringan Kerjasama Rukun Tetangga Dengan PDRM".

Tuan Haji Abd. Hadi b. Mohd Salleh, Pengarah Bahagian Perhubungan Masyarakat Dan Kejiranan JPNIN PutraJaya telah memberikan ceramah "NKRA Keselamatan - Peranan Dan Tanggungjawab Anggota SRS".

En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai JPNIN Negeri Kedah telah mempengerusikan slot "Pengalaman Bersama Pengerusi Cemerlang dan Ketua Peronda SRS Cemerlang Peringkat Negeri Kedah" yang disertai oleh En. Othman b. Abdullah, Ketua Peronda SRS Taman Seri Marina, Kuala Kedah dan En. Mohd Nor b. Mahmud, Pengerusi KRT Taman Keladi Fasa 2, Kuala Muda.

KRT Taman Utama diwakili oleh Pengerusi KRT, En. Yahya Abd Raof. Ketua Peronda SRS, En. Zahid Abdullah, Setiausaha KRT, En. Mohd Sharipudin Abu Kasim dan 2 orang Peronda SRS, En. Abd. Halim Ahmad dan En. Mohd Pauzi b. Yong.

Blogger amat terharu dan berbangga sewaktu sessi ceramah oleh Tuan Haji Abd Hadi b. Salleh daripada Ibu Pejabat JPNIN PutraJaya apabila melihat beliau banyak menggunakan gambar aktiviti SRS KRT Taman Utama dalam slide show beliau. Gambar-gambar tersebut banyak dipetik dari blog KRT Taman Utama. Sekurang-kurangnya ini membuktikan bahawa aktiviti SRS Taman Utama telah diakui manakala blog KRT Taman Utama selalu dilayari dan dipantau oleh JPNIN PutraJaya.


Tuan ACP Shamsudin b. Mat.

Peronda SRS Taman Seri Marina, Kuala Kedah.

Peserta KRT Taman Utama.

Peronda SRS Kedondong, Pokok Sena.

Slot perkongsian pengalaman.

Peserta seminar.

Blogger bersama Pegawai JPNIN Kuala Muda dan Ins. Shukri, Ketua URB IPD Daerah Kota Setar yang tidak jadi bertukar ke Langkawi.

Tuan ASP Muhammad Halim b. Yatim.

Slide show yang memaparkan aktiviti SRS Taman Utama.

Tuan Haji Abd. Hadi b. Salleh.





Tetamu VIP.

Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin.

Tuan SAC Mohd Shariff Abd Wahid, wakil Ketua Polis Negeri Kedah.

YB Dato' Leong Yong Kong.

Sabtu, September 27, 2014

** GOTONG ROYONG PINDAH RUMAH **


Suatu program gotong royong membantu salah seorang Peronda SRS Taman Utama yang berpindah rumah telah diadakan pada hari Junaat, 26.9.2014.

Program melibatkan AJK KRT dan Peronda SRS Taman Utama bagi membantu En. Mohd Shaharizal b. Ismail yang sebelum ini menyewa rumah no, 114, Taman Utama ke rumah baru beliau di Taman Mergong Jaya, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Taman Utama.

Program bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Terima kasih kepada Mohd Shaharizal yang banyak membantu KRT Taman Utama apabila pihak KRT menjalankan aktiviti. Beliau memng dikenali sebagai seorang yang ringan tulang dan sering menderma wang ringgit pada setiap program yang diadakan.
 



















Rumah baru Mohd Shaharizal di Taman Mergong Jaya Fasa 3

Ahad, September 21, 2014

** AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI PPAK **


Sempena cuti sekolah mulai 12 - 20 September 2014, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah ( PPAK ) telah mengadakan beberapa aktiviti kepada pengunjungnya. Antara program yang diadakan ialah program bercorak LDK - latihan dalam kumpulan iaitu Learning Made Fun.

Antara pengisian program ini ialah spell it right, crossword puzzle dan lain-lain lagi yang mengujakan golongan sasar yang berada dibawah usia 12 tahun.

Program telah diadakan pada 18 September 2014. Blogger selaku Pengerusi KRT Taman Utama telah membawa seramai 5 orang Tunas Jiran KRT Taman Utama menyertai program ini. Program dikendalikan oleh 4 orang siswa UiTM yang sedang menjalani latihan di PPAK. Aktiviti bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Semoga aktiviti ini mendatangkan manfaat yang berguna kepada Tunas Jiran bagi mengisi masa lapang mereka sempena cuti sekolah ini.

Blogger bersama Tunas Jiran dan siswa UiTM.











Sabtu, September 13, 2014

** STOP AND TALK PDRM KEDAH **


KRT Taman Utama telah menerima kunjungan lawatan daripada Ketua Turus Trafik Negeri Kedah, Tuan DSP Mohd Radi b. Abd Rahman pada 11 September 2014. Beliau yang sedang melakukan rondaan bersama anggotanya disekitar Bandaraya Alor Setar telah singgah bertemu dengan Peronda SRS Taman Utama yang bertugas pada jam 12.30 malam.

Pengerusi KRT Taman Utama dan Ketua Peronda SRS Taman Utama telah menyambut ketibaan beliau yang datang bersama 12 orang anggota. Tujuan lawatan adalah untuk melihat aktiviti rondaan SRS Taman Utama dan beramah mesra demi perpaduan dan tugasan bersama untuk keselamatan negara.

Beliau meluangkan masa selama 1 jam  dengan Peronda SRS Taman Utama bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan masalah yang dihadapi oleh Peronda SRS.

Pelbagai maklumat dan idea berjaya diterjemahkan dan dikongsi bersama dalam pertemuan ini. Semoga kerjasama ini akan berterusan dimasa akan datang diantara KRT Taman Utama Dan PDRM Negeri Kedah. 

Sebagai meraikan kedatangan mereka, pihak anggota SRS Taman Utama telah menyediakan bihun dan mee goreng kepada tetamu kehormat ini, tidak ketinggalan ialah teh tarik yang menjadi trade mark KRT Taman Utama.

Kepada Tuan DSP Mohd Radi, selamat bertukar ke Bukit Aman pada bulan Oktober nanti, semoga terus maju jaya dalam kerjaya disana.
 

Menikmati makan malam bermenukan bihun dan mee goreng serta teh tarik.

Santai karom peronda SRS Taman Utama sementara  menanti syif rondaan



Peronda traffik PDRM IPK Kedah turut serta bermain karom bersama Peronda SRS Taman Utama





Pengerusi KRT Taman Utama dan Peronda SRS bergambar kenangan bersama DSP Mohd Radi yang bakal bertukar ke Bukit Aman pada bulan Oktober nanti.



Tuan DSP Mohd Radi berbual santai dengan Peronda SRS Taman Utama






** AKTIVITI TUNAS JIRAN **


Pada hari Sabtu, 6 September 2014, sekali lagi Pengerusi KRT Taman Utama membawa seramai 8 orang Tunas Jiran ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah ( PPAK ) untuk menyertai aktiviti jabatan tersebut yang dikhaskan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Pada tarikh tersebut sebanyak 4 aktiviti telah diadakan yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Aktiviti pertama ialah teater yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Negeri Kedah, diikuti dengan aktiviti sukaneka, senamrobik dan mewarna  yang dikendalikan oleh kakitangan PPAK.

Kanak-kanak yang menyertai aktiviti turut disediakan makanan dan minuman pagi serta goodies oleh pihak PPAK .


Aktiviti teater.

Sukaneka



Mewarna.

Penyampaian hadiah.











Tarian chicken dance

Blog Widget by LinkWithin