KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 27, 2013

** SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR **


Disamping menganjurkan aktiviti dan program di Taman Utama, Jawatankuasa KRT Taman Utama turut menyertai berbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Terkini, KRT Taman Utama telah menyertai Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Negeri Kedah pada 26 Oktober 2013, di Taman Tema Tasik Darulaman, Jitra yang terletak kira-kira 25 kilometer daripada Taman Utama. Tema sambutan tahun ini ialah Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar.

Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum, Ahli Parlimen Kubang Pasu. Program bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena program ini seperti pameran agensi, senamrobik, pengujian asap kenderaan, pertandingan mewarna, enviro-walk, pertandingan memancing dan cabutan bertuah kepada peserta.

Seramai 49 orang warga Taman Utama yang terdiri dari 10 orang Jiran Lelaki, 11 orang Jiran Wanita, 15 orang Tunas Jiran dan 13 orang Jiran Muda telah pergi menyertai program ini dengan menaiki kenderaan masing-masing tanpa menggunakan wang KRT.

Setiap peserta yang menyertai program ini dibekalkan sehelai baju, beg, pen, sarapan pagi, minuman dan buku nota oleh pihak penganjur iaitu Jabatan Alam Sekitar Kedah, manakala bagi acara memancing dan mewarna diberikan baju yang berlainan pula.

Bagi cara memancing yang dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap joran, KRT Taman Utama telah mendapat penajaan daripada Syarikat SHARP. Berbagai hadiah kemenangan dari beberapa acara yang disertai telah dibolot oleh KRT Taman Utama. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya.


Tiba di lokasi program.


Yang sudah tiba menunggu kedatangan rakan yang lain. Tunas Jiran memakai baju berwarna kuning manakala yang dewasa memakai baju orange.


Berbaris untuk pendaftaran peserta.

Tunas Jiran KRT Taman Utama merupakan peserta terawal tiba untuk pertandingan mewarna.




Tunas Jiran tidak sabar untuk memulakan pertandingan mewarna. Selain mendapat baju berwarna merah, mereka turut diberikan peralatan mewarna, goodies dan set alatulis.


Acara senamrobik.


Haa .... yang kat atas dan bawah adalah team KRT Taman Utama.


En. Zahid, Ketua Peronda SRS sedang asyik dengan kailnya...

En. Zahid menemani Jiran Muda bagi acara memancing.


Aksi Jiran Muda KRT Taman Utama melontar kail ...

Lakaran asas untuk pertandingan mewarna kategori bawah 9 tahun.

Team KRT Taman Utama sedang membahagikan kumpulan kepada beberapa pasukan.


Membasah tekak sebelum memulakan aktiviti enviro-walk...

Jiran Wanita membasah tekak dengan jelly kelapa.

Acara pelepasan konvoi Jejak Mesra JAS.

Antara barangan cabutan bertuah yang ditawarkan oleh penganjur. Basikal berwarna hijau telah dimenangi oleh Tunas Jiran KRT Taman Utama.
AJK KRT Taman Utama mengatur strategi bagi acara enviro - walk.
Hmmm.. nak taruh warna apa pula ni ...
Jiran Muda mendapat ikan yang pertama !

He .. he .. he ..nak pancing ikan, sang kura pula yang dapat !!

Adik Sarah Sorfina menerima hadiah kemenangan daripada pihak penganjur.
Tunas Jiran bergambar bersama hadiah kemenangan disamping Jiran Wanita.

En. Nasir memperolehi ikan ubi lagi .....
Pengerusi KRT Taman Utama bergambar kenangan dengan YB Dato Wira Johari Baharum, Ahli Parlimen Kubang Pasu, mantan Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
Pn. Aliah memperolehi dapur letrik dari cabutan bertuah.
Sebahagian peserta dari KRT Taman Utama bersama hadiah yang dimenangi.



Rabu, Oktober 16, 2013

** QURBAN AIDILADHA 1434H **


Salam AidilAdha kepada warga Taman Utama dan semua yang selalu mengunjungi blog ini.

Bagi tahun 1434H ini warga Taman Utama turut menunaikan ibadah Qurban. Dalam pengetahuan blogger sebanyak 5 ekor lembu telah diqurbankan bagi tahun ini. Bagi anjuran KRT Taman Utama, sebanyak 2 ekor lembu telah berjaya diqurbankan.

Program dikelolakan oleh En. Mohd Fadzil Ibrahim, salah seorang Jawatankuasa KRT Taman Utama. Program dilakukan di dewan KRT Taman Utama pada Hari Raya Ke Dua.

Pada Hari Raya Pertama KRT Taman Utama telah diminta oleh Jawatankuasa Qaryah Masjid Seberang Pumpong untuk mengendalikan program Qurban di masjid tersebut yang melibatkan 3 ekor lembu.

 

Salah seorang peserta sedang menjual beli qurban dari Bendahari Masjid Seberang Pumpong.



Tuan Imam sedang melakukan sembelihan.

Antara AJK KRT Taman Utama yang menyertai gotomg royong.



Jiran Wanita sedang menyediakan menu sup dan masak kicap daging Qurban.



Warga Taman Utama bersama merincik daging.

Tunas Jiran membantu membersihkan perut, bahagian lembu qurban yang sukar dibersihkan.








** PROGRAM UNTUK IBU TUNGGAL **


Pada 12 Oktober 2013, NGO Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan Wanita (PERMATA) dengan kerjasama KRT Taman Utama telah menganjurkan suatu program untuk ibu tunggal yang berada di Taman Utama dan kawasan yang berada disekitarnya. 

Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah memberikan taklimat dan penerangan kepada mereka cara untuk menceburkan diri dalam pelbagai aspek pekerjaan terutama yang berkaitan keusahawanan.

Lebih daripada 100 orang ibu tunggal telah menghadiri program tersebut yang bermula dari jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam.
 





Penceramah sedang menyampaikan taklimat.





** BACAAN YASIN JIRAN WANITA **


Menjelang musim pelbagai peperiksaan di akhir tahun, selain daripada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM tersebut, turut sama menghadapi debaran dan detik cemas ialah para ibubapa.

Disamping pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pelajar seperti mengulangkaji pelajaran , menghadiri kelas tambahan dan tuisyen, usaha terakhir yang turut dipanjatkan oleh ibubapa ialah doa terhadap Allah SWT untuk kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan tersebut.

Menyedari hakikat itu, beberapa orang Jiran Wanita telah berganding bahu tenaga dan wang ringgit menganjurkan majlis bacaan Yasin untuk pelajar Taman Utama yang bakal menduduki peperiksaan tersebut.

Majlis telah diadakan pada hari Sabtu, 28 September 2013 lalu di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama yang bermula pada jam 11.00 pagi. Majlis diketuai oleh Ustazah Rogayah bt. Ramli, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama.








Menjamu selera apabila selesai bacaan Yasin



Pn. Aisyah, berasal dari Rohingya membuat demontrasi membuat capati kaumnya. Beliau yang kini tinggal berhampiran Taman Utama turut aktif menghadiri program anjuran KRT Taman Utama bersama ahli keluarganya.

Blog Widget by LinkWithin