KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, November 30, 2012

** SEMINAR USAHAWAN JIRAN MUDA **


Bertempat di Shamim Cafe, Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, pada 28 November 2012 telah diadakan satu Seminar Usahawan Jiran Muda yang dikhaskan untuk Jiran Muda dari KRT yang terdapat dalam Daerah Kota Setar. Seminar adalah anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar.

KRT Taman Utama telah menghantar seramai 6 orang Jiran Muda untuk menghadiri seminar tersebut. Seminar yang bermula pada jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 5.00 petang. Seminar telah disampaikan oleh 2 orang penceramah khas yang dijemput oleh Pejabat Perpaduan Daewrah Kota Setar.


Pendaftaran peserta.

Urusetia daripada guru Tabika Perpaduan.
Sarapan pagi selepas sessi pendaftaran.



Empat orang daripada 6 peserta KRT Taman Utama.


Adik Mohd Najib.
Adik Mohd Azawan.
Adik Mohd Faiz.
Adik Mohd Fahmi.

Rabu, November 21, 2012

** PROGRAM CUTI SEKOLAH **


KEM REMAJA 1 MALAYSIA
Tarikh : 8 - 10 Disember 2012. (3 hari 2 malam)
Tempat : Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.
Umur : 5 - 20 tahun.
Yuran : RM10.00.

Objektif :
1. Menggalakan golongan muda mengamalkan gaya hidup sihat, cergas, aktif dan bersatu dalam mengisi masa lapang sepanjang cuti akhir tahun sekolah 2012.
2. Mewujudkan interaksi sosial bersama rakan sebaya yang kian berkurangan dimasa kini.
3. Menutup ruang kepada golongan muda untuk terlibat dengan aktiviti sosial yang tidak sihat dan tidak berfaedah.
4. Memupuk perpaduan dikalangan golongan muda yang berbilang kaum.
5. Memupuk semangat bergotong royong dan berkerjasama dikalangan komuniti Taman Utama.

Tentatif Kem:

Hari Pertama. 8.12.2012, Sabtu.
Pagi : Aktiviti ceramah dan pameran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kedah.
Petang : Aktiviti sukan bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Malam : Aktiviti motivasi bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Hari Ke Dua, 9.12.2012, Ahad.
Pagi : Aktiviti kraftangan, mewarna dan puppet show bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah.
Petang : Aktiviti Riang Ria bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.
Malam : Aktiviti muhasabah "Anak Soleh Anak Cemerlang" bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Hari Ke Tiga, 10.12.2012, Isnin.
Pagi : Aktiviti ceramah dan pameran bersama Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah.
Petang : Aktiviti Sukaneka 1 Malaysia.
Malam : Aktiviti ceramah "Masalah Sosial dan Jenayah Juvana Masa Kini" bersama Polis DiRaja Negeri Kedah.

Untuk pertanyaan - 019 - 4426884.


Sabtu, November 17, 2012

** PERALATAN UNTUK PASUKAN PKS-RT **


Pada 11 November 2012, blogger berkesempatan pergi ke Ibu Pejabat JPNIN Negeri Kedah di Bandar Muadzam Shah untuk urusan program cuti sekolah dan beberapa hal berkaitan RT dan SRS KRT Taman Utama.

Di situ blogger ditunjukkan peralatan baru untuk Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga Negeri Kedah (PKS-RT) oleh kakitangan yang berada di pejabat. Wow ! memang cantik dan menarik khemah @ kanopi tersebut. Blogger difahamkan khemah tersebut hanya dikhaskan untuk team PKS-RT sahaja apabila menjalankan operasi mereka. Setiap daerah dalam Negeri Kedah akan dibekalkan dengan sebuah khemah tersebut.

Dalam khemah tersebut siap dibekalkan kerusi meja, lampu dan kipas angin serta mempunyai tetinggap pada setiap sudut.

Tahniah dan syabas kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah dengan inisiatif mengadakan khemah ini.   
(boleh order lebih kot untuk KRT Taman Utama dan KRT lain yang tidak mendapat kabin sewaktu menjalankan SRS !)  

En. Sobri, kakitangan JPNIN Negeri Kedah menunjukkan khemah khas untuk pasukan PKS-RT Negeri Kedah.

** LAWATAN KRT TERIANG, LANGKAWI **


Pada 14 November 2012, seramai 40 orang Jawatankuasa dan ahli keluarga daripada KRT Kuala Teriang, Pulau Langkawi telah singgah ke KRT Taman Utama dalam rangka lawatan mereka ke Negeri Terengganu dan Kelantan..

Rombongan ini diketuai oleh PPP Daerah Langkawi iaitu En. Mahshor b. Ahmad dan Pengerusi KRT Kuala Teriang, En. Mansor b. Man. Rombongan tiba pada jam 9.00 malam dengan disambut oleh Pengerusi KRT Taman Utama dan barisan AJK serta Peronda SRS.

Turut menyambut rombongan ialah barisan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena iaitu YM Ku Aziz b. Ku Esa, En. Abdul Halim b. Alwi dan En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar. Selesai majlis ramah mesra dan menjamu selera, rombongan ini bertolak menuju ke Terengganu pada jam 10.30 malam.

SEMOGA MEREKA SELAMAT PERGI DAN KEMBALI SEMULA KE KUALA TERIANG, LANGKAWI.


Group lelaki.
Geng Jiran Wanita.
Pengerusi bersama tetamu.
Pengerusi sedang menyampaikan ucapan aluan.
Terbang sekawan burung kenari
Terbang tinggi membuat sarang
Kalian sudi singgah disini
Kami ucapkan selamat datang.
Cenderamata daraipada KRT Taman Utama.
Cendermata daripada KRT Teriang.
YM Ku Aziz sedang menerima cenderamata ....
Pengerusi sedang melayani PPD Langkawi, PPD Kota Setar dan Jawatankuasa KRT Teriang menjamu selera.
Tetamu sedang menikmati nasi minyak...

Terima kasih daun keladi..... 
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tunggulah kami di Langkawi..
Setelah selesai tetamu makan, barulah warga KRT Taman Utama menjamu selera.



Ahad, November 11, 2012

** PERTANDINGAN AZAN HIJRATUL RASUL 1434H **


Sempena menyambut Maal Hijrah 1434H, Jawatankuasa Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong telah menganjurkan Pertandingan Azan dikalangan anak kariah. Pertandingan diadakan dalam tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun. Pertandingan berjaya dilangsungkan pada 9 November 2012 mulai jam 10.00 pagi di dalam masjid tersebut yang terletak hanya 100 meter sahaja daripada Taman Utama.

KRT Taman Utama telah menghantar seramai 3 orang Tunas Jiran dan 3 orang Jiran Muda menyertai pertandingan tersebut. Mengiringi peserta ke pertandingan ialah Pengerusi KRT Taman Utama sendiri. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 14 November 2012 sempena majlis forum Hijratul Rasul di masjid tersebut.


Peserta pertandingan sedang menunggu giliran.


Tuan Imam sedang menyampaikan tazkirah sebelum pertandingan dimulakan.


Adik Amirul Aswad.
Adik Mohd Afzan.
Adik Mohd Fahmi.
Adik Mohd Syahmi
Adik Zaiyusri.



Adik Mohd Shahrulnizam.

Juri pertandingan.
Penyokong tegar daripada KRT Taman Utama.
Tuan Haji Zulkaefli, Setiausaha Kariah Masjid Seberang Pumpong sedang menyampaikan ucapan penutup.
Peserta bergambar bersama  jawatankuasa pertandingan.
Pengerusi KRT Taman Utama bersama Tunas Jiran dan Jiran Muda yang menyertai pertandingan.

Blog Widget by LinkWithin