KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Februari 15, 2014

** AKTIVITI SEMASA **


Sementara menanti geran kewangan untuk aktiviti tahun 2014 yang masih belum diterima, beberapa aktiviti kecil berjaya dilakukan oleh KRT Taman Utama.

Bermula dengan mesyuarat Jawatankuasa pada 30.1.2014 yang merangka beberapa aktiviti untuk tahun 2014, diikuti dengan gotong royong membersih dan menyimpan peralatan di Pusat Rukun Tetangga pada 14.2.2014. Gotong royong ini hanya melibatkan Jiran Wanita sahaja.

Aktiviti membaca Surah Yasin oleh Jiran Wanita pada setiap malam Jumaat di Pusat Rukun Tetangga masih berlangsung seperti biasa. Begitu juga kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk Tunas Jiran dan Jiran Muda yang dialkukan pada setiap malam yang dikendalikan oleh Pengerusi Jiran Wanita, Ustazah Pn. Rogayah bt. Ramli

Aktiviti Skim Rondaan Sukarela yang melibatkan 34 orang peronda masih berterusan untuk tahun 2014. Aktiviti tetap rondaan adalah pada setiap malam Jumaat dan malam Sabtu. Namun terdapat beberapa orang peronda yang sukarela menjalankan rondaan pada setiap malam. Rondaan ini dilakukan oleh peronda yang menjadikan hobi bermain karom pada waktu malam di Pusat Rukun Tetangga. Peronda yang tewas akan didenda melakukan rondaan.

Bagi Tunas Jiran, Pengerusi dan Setiausaha akan bergilir membawa Tunas Jiran yang menjadi ahli di Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) untuk menyertai aktiviti untuk mereka yang diadakan pada hari Sabtu di PPAK. Antara aktiviti yang disertai ialah teater, kraftangan, mewarna, senamrobik dan sebagainya.

Pada penghujung bulan Mac 2014, KRT Taman Utama akan menyambut kedatangan KRT dari Daerah Sepang, Selangor yang bakal melakukan kunjungan selama 2 hari ke Kedah.

Aktiviti kraftangan.







Tamat aktiviti, peserta akan menjamu selera yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.





Teruja dengan aktiviti membuat sandwich.



Aktiviti teater yang dikendalikan oleh pihak kelab teater Jabatan Kebudayaan dan Warisan Kesenian Kedah.







Blog Widget by LinkWithin