KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Januari 31, 2011

SIGNBOARD PUSAT RUKUN TETANGGA

Signboard berukuran 3' x 2' ini telah didirikan pada 31 Januari 2011 pada jam 3.00 petang. Signboard ini diletakkan bagi mengelak pelbagai tanggapan dan prasangka penduduk dan orang luar yang datang ke Taman Utama.

Ada yang menyangka rumah dan ada pula yang menyangka dewan komuniti parti politik !

Bagi memaklumkan dengan cara yang paling mudah dan jelas ialah dengan mendirikan signboard ini dan dengan bangganya boleh mewar-warkan kepada orangramai bahawa premis ini adalah PUSAT RUKUN TETANGGA hak mutlak KRT Taman Utama .....












Selasa, Januari 25, 2011

KABINET BARU KRT TAMAN UTAMA

Tanggal 25 Januari 2011, KRT Taman Utama telah mengadakan mesyuarat pelantikan jawatankuasanya yang baru bagi sessi 2011 / 2012. Mesyuarat diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama dan dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap, En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar, yang menggantikan Puan Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah yang tidak dapat hadir.

Pelantikan ini diadakan bagi menggantikan beberapa orang AJK utama yang menyatakan hasrat untuk berundur diri disebabkan beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan kekangan kerja di jabatan atau syarikat mereka bertugas.

Seramai 5 muka baru telah disenaraikan bagi menggantikan AJK lama yang menarik diri. 5 muka baru yang dilantik ialah En. Mohd Sharipudin b. Abu Kasim, En. Shaharudin b. Saad, En. Nik Riduan b. Nik Lah, Pn. Rohayati bt. Ahmad Mokhtar dan Pn. Rasinah bt. Hassan.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 10.00 malam telah berjaya membuat pelantikan baru seperti berikut.

Pengerusi : En. Yahya b. Abd Raof.
Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud.
Setiausaha : En. Mohd Sharipudin b. Abu Kasim.
Penolong Setiausaha : En. Shaharudin b. Saad.
Bendahari : En. Md. Nasser b. Mat Akhir.

Agak mengejutkan juga bila ramai muka baru yang dicadangkan sebagai AJK terus mendapat kepercayaan dilantik sebagai Jawatankuasa Utama. Syabas dan tahniah kepada mereka yang terpilih, semoga muka-muka baru ini akan memberi impak yang jitu dalam menggerakkan KRT Taman Utama dan mengekalkan momentum yang ada sekarang.

Selamat menjalankan tugas !!! Jadikan team ini sebagai team wonderpets yang mengamalkan konsep " APA YANG PENTING ... KERJASAMA...

Ahad, Januari 16, 2011

ANUGERAH KHAS Q RUKUN TETANGGA 2010

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana KRT Taman Utama telah terpilih menerima Anugerah Khas Q Rukun Tetangga 2010 sempena Majlis Anugerah Q Tahun 2010 oleh JPNIN Negeri Kedah yang telah dilangsungkan pada 15 Januari 2011 di SP Inn, Sungai Petani Kedah.

Majlis penyampaian Anugerah Q yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin. Dalam ucapannya dimajlis tersebut, beliau telah menggariskan beberapa sasaran utama beliau untuk KRT Kedah bagi tahun 2011 yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli KRT. Antaranya ialah meningkatkan aktiviti SRS, menjana ekonomi Jiran Muda dan program latihan kepada AJK KRT agar mencapai tahap yang lebih efisyen dan profesional dalam mentadbir urus KRT yang kian menumpukan kepada penggunaan IT.

Majlis ini telah dihadiri oleh AJK KRT dari seluruh Negeri Kedah yang kini mempunyai 300 buah KRT. KRT Taman Utama telah diwakili oleh Setiausahanya, En. Yahya b. Abd Raof.

Selain aktiviti dan program yang dijalankan oleh KRT Taman Utama sepanjang tahun 2010, pengiktirafan ini juga adalah berdasarkan 3 kriteria lain yang dimiliki oleh KRT Taman Utama iaitu mempunyai laman web / blog, program inovasi mendirikan Pusat Rukun Tetangga secara bergotong royong dan program ekonomi kitar semula bersama pihak environment IDAMAN Sdn Bhd.

Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada semua AJK KRT Taman Utama bagi menjana pelbagai aktiviti yang lebih hebat dan lebih komersial bagi tahun 2011 ini.

Terima kasih kepada semua AJK yang bersama dan bersatu dalam mengembeling tenaga menjalankan aktiviti untuk warga Taman Utama. Terima kasih juga kepada seluruh warga Taman Utama yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada setiap aktiviti dan program yang dirancang oleh Jawatankuasa selama ini. Sesungguhnya tanpa sokongan dan komitmen warga Taman Utama kejayaan seperti ini tidak mungkin mampu diperolehi.

Terima kasih juga kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin yang banyak membantu KRT Taman Utama bagi merealisasikan projek inovasi iaitu pembinaan Pusat Rukun Tetangga. Tidak dilupakan penghargaan terima kasih kepada Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Puan Noorassemah bt. Abdullah dan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar yang banyak memberi dorongan dan bimbingan kepada KRT Taman Utama.

Akhirnya tidak dilupakan kepada pihak media massa yang sering memaparkan aktiviti KRT Taman Utama didada akhbar mereka terutama kepada akhbar Sinar Harian yang mengelolakan kolum berita komuniti. Terima kasih daun keladi kepada Cik Shahnie Farhana dan Cik Maria Uffa !!! Jasa kalian tetap dikenang ....

Semoga barisan jawatankuasa utama KRT Taman Utama sessi 2011 / 2012 yang bakal dilantik pada akhir Januari 2011 ini nanti akan lebih melonjakkan lagi imej dan martabat KRT Taman Utama dimata umum.

Setiausaha bergambar kenangan di atas pentas majlis.

Ketibaan Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Penolong Pengarah JPNIN Kedah, Puan Suria bt. Baharom sedang memantau kakitangan JPNIN yang mengendalikan pendaftaran peserta. Hai En. Saad, kontrol manco nampak ....

Peserta sedang menyanyikan lagu Negaraku dan 1 Malaysia.

En. Ismail b. Zakaria, PPD Daerah Kubang Pasu dan Pn. Noorassemah bt. Abdullah, PPD Daerah Kota Setar. Terima kasih En. Ismail, mantan PPD Daerah Kota Setar yang banyak membantu menentukan hala tuju KRT Taman Utama semenjak penetapan KRT Taman Utama tahun 2004...

Tuan Pengarah sedang menyampaikan amanat beliau.

Setiausaha KRT Taman Utama sedang menerima sijil penghargaan.

Salah seorang Peronda SRS dari KRT Daerah Kuala Muda menerima cek pampasan bernilai RM 19,000.00 kerana mengalami kemalangan sewaktu menjalankan aktiviti rondaan SRS.

Setiausaha bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah dan PPD Daerah Kota Setar. Turut serta ialah Pengerusi KRT Taman Sri Derga Fasa 1, En. Ahmad Tarmizi b. Abdul Aziz yang menerima Anugerah Q SRS. Terima kasih Bang Mat kerana selalu melayari blog KRT Taman Utama....

Bersama Jiran Wanita KRT Taman Sri Kota, Jalan Kuala Kedah. Wow ! cantik lah baju korporat Jiran Wanita mereka ....

Bersama Pn. Noorassemah bt. Abdullah, PPD Daerah Kota Setar dan AJK Jiran Wanita KRT Taman Sri Kota.

Rabu, Januari 12, 2011

DAULAT TUANKU !


Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Utama dan sekalian rakyat Taman Utama menjunjung kasih merafak sembah dan mengucapkan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 83 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN AL-MU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH, Sultan Kedah Darul Aman pada 16 Januari 2011.

Semoga Allah melanjutkan usia KDYMM Tuanku.
Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Ahad, Januari 09, 2011

HADIAH TAHUN BARU

Komputer sumbangan JPNIN Negeri Kedah.

Alhamdulillah, pada tahun 2011 ini satu lagi sumbangan telah diperolehi oleh KRT Taman Utama iaitu sumbangan set komputer daripada pihak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah.
  • Sumbangan ini adalah ekoran surat permohonan oleh Setiausaha yang dihantar kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah pada akhir Disember 2010 lalu.

Permohonan dikemukakan kerana semenjak penubuhan KRT Taman Utama pada tahun 2004, semua urusan berkaitan KRT seperti surat menyurat dan seumpamanya dilakukan oleh Setiausaha di tempat kerja beliau yang terpaksa dilakukan pada waktu rehat atau selepas waktu kerja menyebabkan beliau seringkali terpaksa pulang lewat ke rumah. Hal sedemikian adalah kerana ketiadaan peralatan komputer oleh KRT dan dirumah beliau sendiri.

Namun dalam ketiadaan komputer ini KRT Taman Utama masih mampu memperolehi pelbagai anugerah dan sumbangan, apatah lagi selepas mempunyai kemudahan ini sendiri selepas ini. Semoga pemberian komputer ini akan menyemarakkan lagi semangat beliau dan AJK yang lain dalam merangka, mengatur dan menjalankan aktiviti untuk warga Taman Utama.

Komputer ini telah diterima sendiri oleh Setiausaha di pejabat JPNIN Daerah Kota Setar setelah menerima panggilan daripada Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap pada 9 Januari 2011. Buat sementara waktu komputer ini ditempatkan di rumah Setiausaha kerana Pusat Rukun Tetangga yang masih dalam pembinaan lagi belum dipasang jerjak besi.

Terima kasih kepada Tuan Pengarah dan Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Negeri Kedah yang perihatin dan peka dengan masalah ketiadaan komputer di KRT Taman Utama ini.

Khamis, Januari 06, 2011

INFO 2011

1. Mulai 5 Januari 2011, Kelas Fardhu Ain Jiran Wanita akan diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Kelas yang diadakan secara mingguan pada setiap hari Rabu ini akan bermula pada jam 5.00 petang dan akan di bimbing oleh Tuan Haji Mahmud b. Haji Hussin.

2. Mulai 10 Januari 2011, Kelas Pengajian Al-Quran kelolaan Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli yang selama ini diadakan dirumah beliau akan turut diadakan di Pusat Rukun Tetangga mengikut ketetapan hari dan waktu yang berjalan sekarang. Pertukaran tempat ini adalah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada beliau dan anak muridnya yang kian bertambah dari masa ke semasa mengikuti kelas pengajian tersebut.

3. Mulai 13 Januari 2011, Majlis Bacaan Yasin yang diadakan oleh Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli bersama anak muridnya akan turut diadakan di Pusat Rukun Tetangga. Majlis akan diadakan pada setiap malam Jumaat. Jiran Wanita adalah dialu-alukan untuk menyertai majlis bacaan Yasin ini. Kepada penduduk yang berhajat untuk mengadakan jamuan pada majlis tersebut bolehlah memaklumkannya kepada Ustazah Puan Rogayah atau kepada AJK KRT di blok rumah kediaman masing-masing.

4. Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd dengan kerjasama KRT Taman Utama akan mengadakan kelas tuisyen secara PERCUMA kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda Taman Utama yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR tahun 2011. Tarikh dan waktu akan dimaklumkan nanti. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut sila hubungi En. Yahya b. Abd Raof.

5. Suatu perjumpaan Jiran Wanita Taman Utama akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Januari 2011 bertempat di Pusat Rukun Tetangga. Perjumpaan pada jam 5.00 petang ini akan dikendalikan oleh Pengerusi Jiran Wanita iaitu Puan Rosni bt. Kasim. Semua Jiran Wanita adalah dijemput hadir bagi sessi ramah mesra dan merangka aktiviti Jiran Wanita untuk tahun 2011.




Gambar Kelas Fardhu Ain yang telah berlangsung pada 5.1.2011.











Blog Widget by LinkWithin