KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 30, 2016

*** PROJEK INOVASI KOMPANG JIRAN MUDA ***


Tahun 2016, KRT Taman Utama telah dipilih oleh Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena menjalankan Projek Inovasi Jiran Muda. Setelah berbincang dengan pelbagai pihak, akhirnya inovasi permainan kompang telah dipilih bagi memenuhi program ini.

Seorang pakar dalam permainan ini telah dijemput bagi melatih seramai 30 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda Taman Utama untuk memahirkan mereka seni permainan kompang ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Mohd Shopi b. Morad, seorang tenaga pengajar di Sek Keb Seri Perdana Mergong, yang sering memenangi pertandingan kompang dalam Negeri Kedah.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pn. Noorassemah bt Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena pada 29 Oktober 2016.

Semoga kemahiran yang bakal diperolehi oleh anak-anak Taman Utama ini akan melonjakkan lagi nama KRT Taman Utama dipersada seni permainan kompang.



Ustaz Mohd Shopi sedang mengendalikan latihan.

Pn. Noorassemah, bertudung merah khusyuk menghayati permainan kompang.




























Sabtu, Oktober 29, 2016

*** SEMINAR MEMPERKASAKAN SKUAD UNITI ***


Pada 29 Oktober 2016, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah menganjurkan Seminar Memperkasakan Skuad Uniti bagi daerah ini di Auditorium Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir, Alor Setar. Seminar selama sehari suntuk ini telah dirasmikan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh En. Zahid Abdullah, Mohd Fadzil Ibrahim dan Abdul Rashid Abd Rahman.

















*** MAJLIS PENGHARGAAN KONTIJEN PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN 2016 ***


Pada 28 Oktober 2016, JPNIN Negeri Kedah telah mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan kontijen perbarisan kawad Hari Kemerdekaan 2016. Majlis telah diadakan di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah.

JPNIN Kedah telah diwakili oleh dua pasukan iaitu Pasukan SRS Taman Seri Marina, Kuala Kedah dan Pasukan Skuad Unity Daerah Yan. Mereka telah diraikan oleh Pengarah JPNIN Kedah, Tuan Rohai Zahar b. Nedi yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta.

Turut hadir ialah beberapa pegawai JPNIN Negeri dan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar dan Yan. Pengerusi KRT Taman Utama turut diundang atas kapasiti selaku Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan Daerah.









Ucapan Tuan Pengarah.













*** MAJLIS MUAFAKAT ASYURA PERDANA 1438H ***


Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Kedah telah menyertai Majlis Muafakat Asyura Perdana 1438H anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada 27 Oktober 2016. Majlis telah diadakan di perkarangan Wisma Darulaman Kedah.

Program ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pengerusi KRT Taman Utama telah menyertai gotong royong memasak asyuran tersebut yang bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.








EXCO Negeri Kedah, YB Dato' Suraya turut menyumbang tenaga di booth JPNIN.





Sabtu, Oktober 15, 2016

*** PROGRAM ASYURA 1438H ***


Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2016, KRT Taman Utama dengan kerjasama Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama telah menganjurkan majlis memasak bubur asyura. Sebanyak 2 buah periok bubur asyura berjaya dimasak hasil sumbangan RM1337.00 sumbangan wang oleh warga Taman Utama.

Program adalah 3 dalam satu iaitu memasak asyura, makan tengahari dan tayangan layar besar pertandingan separuh akhir bolasepak Piala Malaysia antara Kedah menentang PDRM pada waktu malamnya.



















































Blog Widget by LinkWithin