KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Februari 25, 2010

- MAULIDUR RASUL -


Jumaat, 12 Rabiulawal 1431H bersamaan 26 Februari 2010 kita akan menyambut ulangtahun kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. KRT Taman Utama tidak merancang untuk mengadakan program sempena hari kebesaran ini kerana kedudukan kewangan yang meruncing kerana masih belum menerima geran tahunan 2010 daripada JPNIN Negeri Kedah, tambahan lagi KRT Taman Utama baru mengadakan aktiviti gotong royong pada 13.2.2010 lalu.


Dikesempatan ini, marilah kita bersama-sama merenung dan mengambil panduan beberapa peristiwa yang telah berlaku akhir-akhir tahun 2009 dan sepanjang tahun 2010 ini yang berkaitan hari JUMAAT. Pelbagai peristiwa besar dan aneh telah diaturkan oleh ALLAH SWT untuk kita kaji dan dibuat sebagai pedoman, pengajaran dan iktibar hidup kita seharian. Hanya ALLAH jua yang lebih mengetahui mengapa peristiwa-peristiwa ini berlaku pada hari JUMAAT. Antaranya :


  • 27 November 2009 - Hari Raya AidilAdha.

  • 18 Disember 2009 - Tahun Baru Hijrah 1431.

  • 25 Disember 2009 - Hari Natal.

  • 1 Januari 2010 - Gerhana Bulan & Tahun Masehi 2010.

  • 15 Januari 2010 - Gerhana Matahari.

  • 26 Februari 2010 - Maulidur Rasul.

  • 28 Mei 2010 - Hari Wesak.

  • 27 Ogos 2010 - Nuzul Quran.

  • 10 September 2010 - Hari Raya AidilFitri.

  • 5 November 2010 - Deepavali.

Harus juga kita jangan alpa bahawa KIAMAT juga akan berlaku pada hari JUMAAT.


Ahad, Februari 21, 2010

KARNIVAL FUTSAL JUARA RAKYAT

Tarikh : 19 - 20 Feb 2010
Tempat : Sports Planet, Alor Setar
Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Alor Setar
Yuran Penyertaan : RM 50/pasukan.

Pasukan KRT Taman Utama telah menghantar satu pasukan menyertai pertandingan ini. Pasukan bidan terjun ini terdiri daripada beberapa pemain baru yang dikenalpasti kerana pasukan regular yang sedia ada gagal dihantar kerana terdapat dikalangan pemainnya mempunyai beberapa komitmen lain seperti bercuti, terlibat dengan program sekolah, menyertai PLKN dan sebagainya.

Walaubagaimana pun pasukan bidan terjun ini berjaya juga menduduki tempat ke 2 dalam kumpulan tetapi masih gagal ke pusingan seterusnya kerana pihak penganjur hanya memilih pemenang kumpulan sahaja untuk mara ke pusingan ke 2.

Tahniah diucapkan kepada pasukan ini walaupun gagal untuk ke pusingan seterusnya.



Baner Karnival Futsal Juara Rakyat.

En. Abd Ghafur, Pengerusi Jiran Muda merangkap Pengurus dan Jurulatih sedang memberikan beberapa tip kepada pemain semasa pertandingan.














Isnin, Februari 15, 2010

- GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI -

Tarikh : Sabtu, 13 Februari 2010.

Masa : 8.00 pagi.

Perasmian : YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata.


Objektif :


. Mencegah nyamok aedes dan demam denggi.

. Mengekalkan semangat gotong royong di kalangan penduduk Taman Utama.

. Merapatkan hubungan kerjasama di antara KRT Taman Utama dengan Environment - Idaman Sdn Bhd.

. Menyatukan penduduk Taman Utama dalam suatu program.

. Menceriakan kawasan Taman Utama.

. Merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat tempatan.

Kawasan sasaran :

. Padang permainan Taman Utama.

. Parit besar.

. Longkang kecil.

. Kawasan bahu jalan.

Alhamdulillah program yang julung kalinya dianjurkan bersama dengan Syarikat Environment-Idaman telah berjaya diadakan dengan jayanya. Program ini diadakan secara 3 peringkat, di mana peringkat pertama bermula pada 10.2.2010 apabila pihak E-Idaman mulai membersih dan memotong rumput di kawasan bahu jalan dan lorong belakang rumah. Pada peringkat ke dua pihak E-Idaman mulai memotong rumput di kawasan padang permainan manakala peringkat terakhir ialah penglibatan pihak E-Idaman dan KRT Taman Utama membersih sisa yang ditinggalkan dan pembersihan menyeluruh kawasan belakang / lorong rumah dan longkang kecil di kawasan Taman Utama.


Pada hari kemuncaknya iaitu pada 13.2.2010, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md Hanipah, ADUN Bakar Bata telah sudi untuk menyertai gotong royong dan seterusnya merasmikan program ini. Beliau juga turut sudi menaja sarapan pada pagi tersebut iaitu Nasi Lemak Kopi O dan Pulut Ikan Kering.

Dalam ucapan perasmiannya beliau memuji usaha yang diadakan antara pihak KRT Taman Utama dan E-Idaman dalam mengadakan program ini dan mengharapkan usaha seperti ini akan berterusan di masa akan datang. Beliau turut memuji KRT Taman Utama yang merupakan KRT yang paling aktif dan berjaya dalam DUN Bakar Bata yang diwakili beliau. Atas kejayaan dan keaktifan KRT Taman Utama, beliau telah sudi menaja sarapan pagi yang bernilai RM 250.00 dan berjanji akan menghulurkan sumbangan RM 3,000.00 lagi dalam tempoh waktu yang terdekat untuk KRT membeli beberapa keperluan asas yang difikirkan perlu dan bersesuaian di Taman Utama. Pada majlis tersebut juga beliau telah menyumbangkan 2 biji bola futsal, 2 biji bola padang dan satu set jaring gol kepada Biro Jiran Muda yang beliau sendiri mengakui amat aktif menyertai pertandingan futsal yang sering diadakan di sekitar Bandaraya Alor Setar.


Pada awalnya, pihak Jawatankuasa KRT Taman Utama amat bimbang dengan penglibatan penduduk kerana tarikh yang dipilih oleh E-Idaman adalah sehari sebelum Tahun Baru Cina dan sekolah mulai bercuti menyebabkan ramai penduduk yang bercuti dan balik kampong. Tetapi kebimbangan itu lebur begitu sahaja kerana masih ramai penduduk yang menyahut seruan gotong royong ini apabila lebih daripada 100 orang penduduk menyertai program ini. Terima kasih kepada semua penduduk dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam gotong royong ini.

Kalau ada sumur di ladang

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada rumput yang panjang

Kita panggil E-Idaman lagi.





  • YB Dato' Paduka Ahmad Bashah, Pengerusi dan Setiausaha KRT Taman Utama bersama "senjata" masing-masing sebelum gotong royong bermula.

  • Penduduk yang bersemangat untuk memulakan gotong royong.

  • AJK KRT Taman Utama mengambil kesempatan bergambar bersama YB Dato' Paduka Ahmad Bashah.

  • YB sedang ditemuramah oleh RTM yang turut membuat liputan.

  • Antara Jiran Wanita yang menyertai gotong royong.

  • En. Fisal b. Abu, Assistant Manager Corporat Communication Environment-Idaman Sdn Bhd sedang memberi taklimat gotong royong.

  • YB Dato' Paduka Ahmad Bashah sedang berucap merasmikan program.

  • Antara penduduk yang menyertai program.



  • YB sedang menyampaikan sumbangan bola kepada Pengerusi KRT Taman Utama.

  • Aksi-aksi YB sewaktu gotong royong.





  • Oiii, mai la makan dulu, baru kita sedap nak buat kerja !!!











  • Ha... inilah hero Taman Utama! Pak Halim nama dia. Tiap kali gotong royong pasti dia pulun habis sampai sanggup masuk dalam longkang!



  • Sebahagian sisa pepejal yang dikumpul sewaktu gotong royong.



  • Tu dia, hampa tengok!!! licin habis dalam longkang, di mana la nyamok nak tidur lepas ni....

  • Jiran Wanita pun tak mau mengaku kalah....

  • Awat, hampa ingat Jiran Muda tak ada semangat gotong royong ka? tengok kaki la..

  • Ai sey Mak Lang ni, nampak macam dok dangdut la pulak!!!!



  • Nah! hampa tengok habis anak beranak keluarga En. Nadzri ni bergotong royong!!!

  • Geng ni pulak, tak mau biar sampah lama-lama, depa bakar terus !!!

  • Tu dia, Pengerusi KRT dan Pengerusi MKK Taman Utama berganding bahu membuang sisa buangan binaan rumah di jalan masuk Taman Utama.



  • Lorong belakang rumah yang habih licin di kerjakan. Macam ni la yang kita nak !!

Isnin, Februari 08, 2010

GONG XI FA CAI


Gong Xi Fa Cai diucapkan kepada seluruh penduduk keturunan Cina yang mendiami Taman Utama, teristimewa kepada 3 orang Ahli Jawatankuasa KRT Taman Utama iaitu :

  • En. Khoo Kek Hoo
  • En. Lee Kheng Guan
  • En. Tan Leng Yong

Ai yaa.. Ang Pau dan limau tak ada ke ????

Selasa, Februari 02, 2010

< MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE 2/2010 >

Mesyuarat kali ke 2 bagi tahun 2010 telah diadakan pada 1 Februari 2010, dirumah Setiausaha KRT Taman Utama, bermula pada jam 9.30 malam.

Mesyuarat adalah bagi membincangkan program gotong royong bersama Syarikat E-Idaman, iaitu syarikat yang mengambilalih urusan kutipan sisa pepejal daripada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Eksekutif Syarikat E-Idaman iaitu YM Tunku Abaidah b. Yusoff dan dua orang pegawainya yang memantau kawasan KRT Taman Utama iaitu En. Fisal b. Abu dan En. Ibrahim b. Sadari.

Mesyuarat bersetuju bahawa gotong royong bersama ini akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Februari 2010 mulai jam 8.00 pagi. Sasaran utama gotong royong ialah di kawasan longkang, kawasan belakang rumah dan padang permainan kanak-kanak.













En. Fisal b. Abu

YM Tunku Abaidah.

Blog Widget by LinkWithin