KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, April 20, 2017

*** PELANCARAN SRS **

17 April 2017.

Pengerusi KRT Taman Utama selaku Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan Daerah (JPKRT) telah menghadiri majlis taklimat dan pelancaran SRS KRT Mukim Tualak, Kuala Nerang.

Pelancaran disempurnakan oleh Dato' Haji Abdul Kadir Mohammad. Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah, merangkap Pengerusi JPKRT Daerah.







Selasa, April 11, 2017

*** PERJUMPAAN BERSAMA EXCO NEGERI KEDAH ***


11 April 2017.

Pengerusi KRT Taman Utama merangkap Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan (JPKRT) Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah menghadiri perjumpaan dengan Dato' Dr. Leong Yong Kong, EXCO Perpaduan Negeri Kedah di pejabatnya di Wisma Darulaman.

Perjumpaan yang diketuai oleh Pengarah JPNIN Kedah adalah bertujuan membentangkan kertas kerja Karnival Perpaduan pada bulan Ogos 2017 oleh JPKRT Daerah. Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pengerusi JPKRT Daerah, Dato'  Haji Abdul Kadir b. Mohammad, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah dan 4 orang AJK utama JPKRT Daerah.

Kertas kerja peringkat daerah ini akhirnya dipersetujui untuk dijadikan sebagai peringkat negeri dan akan dikemukakan dalam mesyuarat EXCO Negeri untuk tindakan lanjut.

















*** KEM JATI DIRI DAN KETAHANAN FIZIKAL ***


8 April 2017.

Tiga orang Peronda SRS KRT Taman Utama, En. Zahid Abdullah, En. Mohd Fadzil Ibrahim dan En. Abd Rashid Abd Rahman telah mengikuti  kem ini bersama 25 orang anggota Skuad Unity Daerah Kota Setar.

Program telah diadakan di Tapak Perkhemahan dan Rekreasi Gunong Keriang yang terletak 6 kilometer daripada Taman Utama. Program yang dijalankan selama sehari suntuk ini telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Noorassemah bt. Abdullah

































*** LATIHAN KOMPANG ***


1 April 2017.

Serentak dengan ibubapa membuat pemeriksaan kesihatan, Jiran Muda turut menjalani latihan kompang dibawah bimbingan Setiausaha KRT Taman Budiman.









































Isnin, April 10, 2017

*** PEMERIKSAAN KESIHATAN - KOSPEN ***


1 April 2017.

KRT Taman Utama dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar mengadakan program pemeriksaan kesihatan buat kali ke 3.









































Blog Widget by LinkWithin