KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Jun 30, 2011

MAJLIS ISRAK & MIKRAJ 1432H


Tarikh : Rabu, 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432H.

Masa : 8.45 malam.

Tempat : Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Penceramah : Y. Bhg Ustaz Sarbani b. Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar.


Alhamdulillah, satu lagi program telah berjaya dianjurkan oleh KRT Taman Utama bersama Pakatan Kebajikan Dan Kemasyarakatan Taman Utama sempena sambutan peristiwa Israk & Mikraj ini.


KRT Taman Utama mengeluarkan RM 200.00 untuk sumbangan penceramah manakala Pakatan Taman Utama berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM 883.00 daripada penduduk Taman Utama untuk urusan jamuan dan persiapan tempat.


Pada awalnya majlis ini dijadualkan akan diadakan dibawah khemah, di luar Pusat Rukun Tetangga, namun disebabkan cuaca buruk kerana hujan lebat yang turun mulai jam 3.00 petang hingga ke malam, maka majlis terpaksa diadakan di dalam premis sahaja dimana kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan dalam premis manakala kaum lelaki di luar premis.


Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama penduduk yang menghulurkan sumbangan tenaga dan wang ringgit, majlis berlangsung dengan jayanya walaupun dalam cuaca buruk dan bersaing dengan satu lagi ceramah Israk Dan Mikraj yang diadakan oleh Masjid Seberang Pumpong yang terletak berhampiran Taman Utama.


Menu utama jamuan pada malam tersebut ialah Nasi Lemak, namun terdapat juga penduduk yang menghulurkan jamuan sampingan yang lain seperti kueh, keropok lekor dan Laksa Sarawak yang didatangkan khas dari Sarawak dengan pesawat Air Asia oleh Puan Jamayah bt. Ramli dan suaminya Bolki b. Bolhi, penduduk Taman Utama yang berasal dari Sarawak.


Disamping ceramah, slot juga diisi dengan persembahan nasyid dan bercerita oleh Tunas Jiran yang teruja untuk turut memberikan sumbangan mereka dalam majlis ini. Sekali lagi Team Wonderpets berjaya dilahirkan oleh KRT Taman Utama dikalangan kanak-kanak, iaitu berteraskan slogan, APA YANG PENTING, KERJASAMA...


Majlis yang bermula pada jam 8.45 malam ini telah berakhir pada jam 10.30 malam. Terima kasih kepada semua penduduk yang memberikan komitmen dan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Y. Bhg Ustaz Sarbani yang sudi melapangkan waktu datang menyampaikan ilmunya kepada warga Taman Utama.



Persembahan Selawat oleh Tunas Jiran yang memulakan acara majlis... Kumpulan nasyid sedang giat menjalani latihan untuk persembahan. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norziah bt. Othman dan Ustazah Rogayah bt. Ramli.






Persiapan jamuan tengahari dan malam oleh Jiran Wanita.





Tak sabar untuk memulakan persembahan......




Jiran Wanita sedang menghidangkan jamuan untuk VIP.



Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama...





Persembahan nasyid oleh kumpulan Nada Seri Utama yang baru ditubuhkan 3 hari sebelum majlis diadakan. Tahniah kepada anak-anak yang begitu bersemangat menyanyi untuk tatapan ibubapa masing-masing...






Persembahan bercerita oleh adik Zaiyusri b. Zainol.











Y. Bhg Ustaz Sarbani b. Saad.


Cheif-cheif KRT Taman Utama yang diketuai oleh En. Zahid b. Abdullah, Ketua Peronda SRS sedang bertungkus lumus memasak....






Kumpulan Selawat Tunas Jiran bawah 6 tahun......


Aksi adik Zaiyusri b. Zainol, berusia 9 tahun sewaktu persembahan bercerita kisah Nabi Allah Salleh. Fu yoo !! meletup gaya penceritaannya, patutlah pernah memenangi beberapa pertandingan bercerita peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan... hebat rupanya anak-anak KRT Taman Utama ......



















Hadirin wanita yang berada di luar premis.

Khamis, Jun 23, 2011

SAMBUTAN HARI BAPA 2011



Sempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 19 Jun, KRT Taman Utama telah mengadakan majlis bacaan Yasin di Pusat Rukun Tetangga pada hari Khamis, 23 Jun 2011. Memandangkan ceramah agama Israk dan Mikraj akan diadakan pada 29 Jun nanti, maka majlis bacaan Yasin ini diadakan sebagai alternatif.


Sebanyak RM 150.00 diperuntukkan oleh KRT bagi mengadakan jamuan untuk majlis ini. Namun jumlah ini meningkat apabila ramai dikalangan penduduk yang mengetahui program ini telah menyumbang tenaga dan wang ringgit sehinggalah menu asalnya Bihun Goreng menjadi Nasi Beriyani Ayam. Sejumlah 120 pek bungkusan yang mengandungi Nasi Beriyani, Dadih, Kuih Tepung Bungkus dan air kotak minuman telah berjaya diberikan kepada penduduk yang hadir.


Turut hadir pada malam tersebut ialah En. Ismail b. Haji Kasim, Bilal Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong yang diundang menjadi Khalifah majlis. Majlis bermula pada jam 8.15 malam. Selesai bacaan Yasin dan Tahlil, semua kaum lelaki yang hadir bersama-sama menunaikan solat Isyak berjemaah di Pusat Rukun Tetangga ini.


Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat terutama yang membantu menghulurkan wang ringgit dan tenaga bagi menjayakan majlis ini.












En. Ismail b. Haji Kasim, berbaju puteh, Bilal Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong menjadi Khalifah bacaan Yasin.















Pn. Norrizah bt. Abd Wahab, AJK KRT sedang mengedarkan pek makanan kepada penduduk yang hadir..

Blog Widget by LinkWithin