KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Disember 18, 2016

*** MAJLIS MAULIDUR RASUL 1438 / 2016 ***


Sempena Maulidur Rasul 1438H, KRT Taman Utama telah berkerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Qaryah Seberang Pumpong.

Majlis pada 12 Disember 2016 bermula dengan sarapan pagi yang ditaja oleh Restoran TAT Nasi Ayam diikuti dengan perarakan berselawat, tazkirah Maulidur Rasul, pertandingan kuiz Maulidur Rasul dan Ceramah Maulidur Rasul pada waktu malamnya.

Peronda SRS KRT Taman Utama mengawal sepenuhnya perarakan sepanjang jalan bermula dari Jalan Sultanah Sambungan, melalui Jalan Gangsa, memasuki Taman Utama dan berakhir di Masjid Seberang Pumpong.

Turut serta dalam perarakan ialah seramai 50 orang pelajar Maahad Tahfiz Ar-Rahman, Pokok Sena dan pasukan kompang Jiran Muda KRT Taman Utama.

Sepanduk KRT Taman Utama

Sepanduk Jiran Wanita

Sepanduk Pakatan Taman Utama

Sarapan pagi.



















































Tazkirah oleh Tuan Imam.

Pengerusi KRT Taman Utama mengendali majlis perarakan dan kuiz .

Isnin, Disember 05, 2016

*** PROGRAM KHATAN ***


Pada 25 November 2016,  dua orang anak AJK KRT Taman Utama telah menjalani khatan di dewan KRT Taman Utama. Urusan khatan dikendalikan sendiri oleh AJK KRT Taman Utama, En. Nik Riduan iaitu Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Beliau turut dibantu oleh beberapa orang AJK yang turut bertugas di hospital yang sama. 








*** MAJLIS KHATAM AL-QURAN ***


Pada 19 November 2016, Jiran Wanita KRT Taman Utama telah mengadakan majlis khatam Al-Quran untuk seramai 18 orang Jiran Muda yang tamat pengajian Al-Quran bersama Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli.

Majlis diadakan di dewan Taman Utama mulai jam 8.00 malam yang turut disertai oleh ibubapa pelajar yang hadir. Menu yang disediakan ialah bihun goreng, kueh, buah-buahan dan pemberian bunga telur dan sumbangan wang saguhati kepada peserta.

Pada waktu paginya, latihan kompang telah diteruskan oleh Jiran Muda.






















*** LATIHAN KOMPANG ***


Latihan kompang Jiran Muda diteruskan pada 11 November 2016. Disebabkan kesihatan jurulatih yang tidak mengizinkan, Setiausaha KRT Taman Utama telah mengambil alih latihan pada hari ini dengan mengulangkaji rentak yang telah diajar oleh Ustaz Mohd Shopi.





















Blog Widget by LinkWithin