KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Mei 30, 2012

** KEM KOMUNITI RIVER RANGER **


Sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2012, KRT Taman Utama telah berjaya menganjurkan Kem Komuniti River Ranger di Kem Kenari, Yan Kedah pada 25 - 26 Mei 2012. Program yang mendapat suntikan dana kewangan daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Kedah ini telah disertai oleh seramai 48 orang pelajar dan 26 orang waris. Turut menyumbang wang peruntukkan ialah YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata, JPNIN Negeri Kedah, Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah yang menyumbang peralatan perkhemahan.

Objektif program ialah untuk mewujudkan dan meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar di kalangan komuniti Taman Utama, memotivasikan pelajar dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang dalam aktiviti berkaitan alam sekitar, mewujudkan generasi baru yang boleh bertindak secara bijaksana dan berpengetahuan terhadap isu berkaitan alam sekitar dan mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dikalangan komuniti Taman Utama.

Peserta bergambar bersama kakitangan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah (JPS). Semua peserta dibekalkan t-shirt oleh JPS, hanya blogger yang tidak menerimanya kerana kehabisan stok, tak apalah rakyat didahulukan...he ..he..
Kakitangan Environment Idaman mengisi slot pertama kem dengan ceramah berkaitan kitar semula (3R).
Peserta sedang tekun mengikuti taklimat.
Aktiviti senaman pagi.
Peserta memasang sendiri khemah. Sepatutnya khemah tersebut dipasang di luar, namun kerana musim hujan terpaksalah khemah dipasang dibawah bangunan.
Aktiviti sukaneka.


Peserta bercanda dalam air sungai yang terletak di tepi khemah.



Makan malam.
Jamuan barbeque. Salah seorang penduduk Taman Utama, En. Pissal b. Abu telah menyumbang 20 ekor ayam untuk barbeque. Terima kasih Chon....


Jiran Wanita turut mengikuti slot motivasi kekeluargaan.


Blogger mengawasi peserta.
Calun jaguh bina badan KRT Taman Utama.
Blogger bersama Jiran Wanita mengawasi peserta  yang mandi manda.
Pelbagai aksi dan skil dipamerkan oleh peserta ketika mandi. He..he.. teringat zaman kanak-kanak dulu...



Aktiviti latihan dalam kumpulan yang membicarakan isu berkaitan eko sistem sesebuah sungai dan alam sekitarnya.

Aktiviti kajian kualiti air yang melibatkan semua peserta dan waris.


Peserta mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan JPS yang didatangkan daripada Daerah Kulim, Daerah Kuala Muda dan Daerah Kota Setar.
Tuah badan, salah seorang peserta menjumpai RM10.00 sewaktu membuat aktiviti kajian kualiti air.


Kakitangan JPS sedang memantau peserta ketika membuat uji kaji.

Waris sedang mendengar persembahan hasil kajian kualiti air yang dilakukan oleh peserta.
En. Mohd. Sharipudin, Setiausaha KRT bertindak selaku Kem Komandan.
Pembentangan kumpulan oleh peserta sekolah menengah.


Kaum ibu turut mengikuti pembentangan hasil kajian oleh peserta.


Ketika peserta sekolah menengah melakukan pembentangan, peserta cilik dari peringkat tadika hingga ke sekolah rendah menyertai aktiviti pertandingan mewarna berkaitan sungai dan alam sekitar.
Segmen kuliah Maghrib.

 

Ustaz Sobri sedang menyampaikan motivasi kekeluargaan. Ceramah beliau amat menarik kerana diselang seli dengan nyanyian nasyid oleh beliau sendiri. Sedap juga suaranya, ala-ala Ustaz Asri Rabbani. Lagu-lagu beliau boleh diikuti di Youtube.


Ustaz Lokman, sedang menyampaikan kuliah Maghrib, beliau merupakan pengurus Kem Kenari.

Aktiviti sukaneka.



Ish! Ish! apasal tak pecah lagi ni ...

Tu dia.... peserta renang sukan olimpik daripada KRT Taman Utama !

Golongan Jiran Wanita turut teruja dalam salah satu slot oleh Kem Komandan.

Kakitangan JPS sedang mendengar hasil pembentangan kualiti air oleh peserta.

Sessi pendaftaran.
Tunas Jiran turut membantu 'packing' peralatan untuk kem, sehari sebelum bertolak ke Yan.
Jiran Wanita menyediakan kueh lopes untuk sarapan pagi.
Pengerusi KRT Taman Utama menyampaikan cenderahati kepada kakitangan JPS.
Puan Rosimah daripada JPS menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kem ini.

Blog Widget by LinkWithin