KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, April 17, 2016

** SRS BERSAMA PDRM **


Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Utama hanya beroperasi pada malam hujung minggu sahaja iaitu pada malam Jumaat dan malam Sabtu serta malam-malam cuti umum. 

Keanggotaan SRS ini kini adalah seramai 24 orang peronda yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan malam Jumaat dan kumpulan malam Sabtu. Namun terdapat juga peronda yang meronda pada kedua-dua malam tersebut.

Mulai tahun 2016, pihak PDRM dari IPD Daerah Kota Setar telah memberikan kerjasama kepada SRS Taman Utama apabila mereka membuat lawatan dan rondaan bersama Peronda SRS Taman Utama.

Jika tahun yang kebelakangan SRS Taman Utama mendapat kerjasama dari Unit Rondaan Bermotorsikal (URB), kini pihak Unit MPV turut datang membuat pemantauan.

Jika dahulunya Insp Shukri dari Unit URB, kini ASP Shamzury dari Unit MPV telah sudi datang memantau dan bertanyakan keadaan keselamatan sepanjang SRS Taman Utama menjalankan rondaan.

Terima kasih kepada PDRM dari IPD Daerah Kota Setar, semoga kerjasama ini akan berterusan bagi menepati slogan, Polis dan Masyarakat berpisah tiada.


ASP Shamzury berbual bersama Peronda SRS Taman Utama.







Unit URB mengiringi MPV.



Sabtu, April 16, 2016

** BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT **


Pada 7.4.2016, Jiran Wanita KRT Taman Utama telah mengadakan bacaan Yasin sempena pemergian Pn. Hajah Norrizah bt. Abd Wahab menunaikan umrah dan bacaan doa selamat untuk Pn. Jamayah bt. Dawi, Setiausaha Jiran Wanita yang bakal bertukar kerja dan berpindah ke Putrajaya pada pertengahan bulan April 2016 nanti.

Majlis berlangsung pada jam 8.00 malam di Pusat KRT Taman Utama dan diketuai oleh Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Rogayah bt. Ramli. Selamat jalan kepada kedua-dua mereka...





** KURSUS SRS CEMERLANG 2016 **


Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dibawah JPNIN telah menganjurkan Kursus SRS Cemerlang 2016 bertempat di George Town City Hotel, Pulau Pinang mulai 1 hingga 3 April 2016. Seramai 70 orang peserta dari wilayah utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah terpilih menyertai kursus ini.

Bagi Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, 3 orang peserta telah terpilih iaitu En. Yahya b. Abd Raof dari KRT Taman Utama, En. Mohd Annuar Affindi b. Abd Aziz dari KRT Taman Seri Marina dan En. Abd Rahim b. Ahmad dari KRT Bukit Lada.

Pengisian kursus ialah taklimat berkaitan SRS, perkongsian pengalaman dan lawatan ke SRS yang berjaya melaksanakan sistem penggera yang dikenali sebagai Unity Alarm yang telah diiktiraf sebagai inovasi terkini dalam SRS.

Tempat kursus.

Pendaftaran.

Abd Rahim, Yahya dan Mohd Annuar.

Tuan Haji Khalil  Ahmad, Timbalan Pengarah IKLIN membuat perasmian kursus.



Pembentangan kerja kursus.






Tambah kapsyen

Lawatan ke KRT Taman Seri Impian







Unity Alarm.

** KURSUS KOSPEN **

KRT Taman Utama telah menghantar seramai 3 orang Jiran Wanita mengikuti taklimat berkaitan KOSPEN dan latihan menggendalikan peralatan kesihatan yang bakal dibekalkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar kepada KRT Taman Utama.

Taklimat telah diadakan di rumah Kelahiran Mahathir di Seberang Perak Alor Setar pada 31.3.2016 mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Peserta dari KRT Taman Utama ialah Pn. Rasinah bt. Hassan, Pn. Indun bt. Echek dan Pn. Joharina bt. A. Aziz.


3 peserta KRT Taman Utama.

Sessi pendaftaran.

Isnin, April 04, 2016

** KHIDMAT SOSIAL TEH TARIK **


27 Mac 2016, sekali lagi KRT Taman Utama memberikan khidmat sosial teh tarik kepada penduduk Taman Utama. Kali ini giliran En. Mohamad Hazir b. Abdullah yang menetap di no. 254, Taman Utama sempena kenduri perkahwinan anak lelakinya.

Jiran Wanita membaca bacaan Yasin.











Che Daud Hashim sedang menunjukan kebolehan membuat teh tarik.





** PERHIMPUNAN RT 1 MALAYSIA **

Pada 26 Mac 2016 JPNIN Putrajaya telah menganjurkan Perhimpunan RT 1 Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. JPNIN Kedah telah menghantar seramai 150 orang peserta menghadirinya dengan menaiki 3 buah bas.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pengerusi KRT Taman Utama telah turut menyertai perhimpunan yang dihadiri hampir 7,000 orang peserta.

Bagi Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, seramai 15 orang peserta telah menyertai perhimpunan ini dengan menaiki bas bersama peserta dari Daerah Langkawi dan Daerah Pendang.

Semua peserta bertolak pada jam 9.00 pagi pada 25 Mac 2016 dan tiba di Kuala Lumpur pada waktu petang. Peserta telah menginap di GDS Hotel dan bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa keesokan paginya dan bertolak balik sebaik selesai majlis berlangsung.


Peserta dari Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Menikmati sarapan Roti Benggali kuah ikan kembung.


Sarapan pagi di Taman Tasik Titiwangsa.


Ketibaan YAB Dato'Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anggota RT dari seluruh negara.

Perbarisan kakitangan JPNIN.

Skuad Uniti.





Isteri arwah Peronda SRS dari Langkawi menerima pampasan insuran bernilai RM21,000.00

Gerai jualan KRT Daerah Baling / Sik.







Makan tengahari.



Sessi karaoke dalam perjalanan balik.



Blog Widget by LinkWithin