KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, April 25, 2010

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR

Pada 22 hingga 24 April 2010, pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) bagi Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kedah di Kem Kenari Nature Park, Titi Hayun, Yan Kedah.

Saya selaku Setiausaha KRT Taman Utama, yang sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa siri kem Rakan Muda & Jiran Muda anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Kedah, telah dipilih sebagai fasilititor pemerhati bagi mewakili pihak NGO untuk program ini serta memantau keselamatan peserta program.

Untuk memudahkan tugas, saya telah membawa bersama beberapa peralatan yang digunakan oleh Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Utama seperti torchlight, vest dan wisel. Di kem ini juga saya sempat menerap dan menyelitkan beberapa modul kem Rakan Muda yang berkisarkan kepada daya ingatan kepada para peserta

Program untuk pelajar sekolah menengah selama 3 hari 2 malam ini telah melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti :
  1. Jabatan Alam Sekitar.
  2. Jabatan Pelajaran.
  3. Jabatan Pengairan & Saliran.
  4. Jabatan Perhilitan.

Pihak Filem Negara Malaysia juga turut membuat liputan program yang antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan ini kepada generasi muda.


Berposing sewaktu program peserta sedang menguji tahap kualiti air sungai.






Sessi pemantapan ketahanan diri.


Sessi pembentangan tugas kumpulan (LDK).


Sessi tazkirah.


Sessi motivasi kepimpinan.


Bersedia untuk aktiviti jungle tracking.




Jurugambar Filem Negara Malaysia sedang merakamkan aktiviti menguji tahap kualiti air sungai.






TAKLIMAT KAMPONG ANGKAT

Pada hari Isnin 19 April 2010, suatu taklimat oleh Syarikat environment - IDAMAN Sdn Bhd telah diadakan di perkarangan rumah Setiausaha KRT Taman Utama. Majlis bermula pada jam 9.30 malam dan dihadiri hampir 100 orang penduduk.

Majlis dimulakan dengan jamuan bihun goreng dan pendaftaran cabutan bertuah dikalangan penduduk yang hadir. Semua persiapan dan peralatan seperti khemah, kerusi, meja, PA sistem, makanan dan cabutan bertuah telah disediakan oleh e - IDAMAN.

Taklimat kepada penduduk berkaitan program kampong angkat yang memfokuskan rancangan kitar semula telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Komunikasi & Korporat e - IDAMAN iaitu YM Tunku Abaidah b. Tunku Yusoff.

Tayangan slide.


Pendaftaran cabutan bertuah dikendalikan oleh En. Abd Rashid b. Omar


Wakil pihak e - IDAMAN.












Tunku Abaidah sedang menyampaikan taklimat.

Jumaat, April 16, 2010

AKTIVITI SKIM RONDAAN SUKARELA

Aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi tahun 2010 mulai diaktifkan pada hari Khamis, 15 April 2010 setelah terhenti hampir 2 tahun kerana kegagalan Ketua SRS lama mengendalikan aktiviti ini. (kini beliau sudah pun berpindah). Alhamdulillah, di atas usaha dan inisiatif ketua yang baru dilantik, iaitu En. Zahid b. Abdullah, aktiviti kini kembali dijalankan setelah menerima pendaftaran seramai 37 orang sukarelawan yang ingin menaburkan khidmat dan bakti mereka kepada Taman Utama.

Pos rondaan bagi SRS kali ini ialah di premis Pejabat Koperasi Penghulu-penghulu Negeri Kedah yang terletak berhampiran pintu masuk utama ke Taman Utama. Terima kasih diucapkan di atas kebenaran dan kerjasama pihak pengurusan koperasi ini kerana membenarkan premis mereka digunakan sebagai pos kawalan.


En. Zahid selaku Ketua SRS sedang mengatur jadual dan anggota kumpulan rondaan.




Sukarelawan sedang menunggu giliran untuk pendaftaran rondaan.


En. Zahid sedang menyampaikan taklimat rondaan.




Sukarelawan sedang mendengar taklimat....










Bersedia untuk memulakan rondaan...


En. Abd. Rashid selaku Penolong Ketua SRS sedang mengisi buku laporan SRS.


En. Zulkiflee b. Mohd Salleh.


En. Mohd Nawawi atau dikenali sebagi Pak Lang sedang cari mood untuk memulakan rondaan.


Hai, En. Jailani, dok kontek geng ronda atau isteri di rumah?

Selasa, April 13, 2010

MESYUARAT PROGRAM KAMPONG ANGKAT

Alhamdulillah tanpa diduga, pihak Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd (e-IDAMAN) syarikat yang membuat pengumpulan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Kedah telah menyatakan hasrat untuk menjadikan KRT Taman Utama sebagai Kampong Angkat mereka yang pertama dalam menjalan program kitar semula. Program ataupun projek ini merupakan yang pertama di Kedah dan di Malaysia yang dilaksanakan oleh pihak e-IDAMAN.

Sehubungan dengan itu suatu majlis taklimat program ini kepada AJK KRT Taman Utama telah diadakan pada 31 Mac 2010 dan 11 April 2010 di rumah no. 263, Taman Utama. Pada sessi pengenalan taklimat pada 31 April 2010, Pn. Nooeassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah sudi melapangkan waktu beliau untuk turut serta mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif e - IDAMAN iaitu En. Mhd Saiful Anuar b. Zainal, serta YM Tunku Abaidah b. Tunku Yusoff, selaku Pengurus Komunikasi Korporat e - IDAMAN.

Pelbagai isu dan pandangan telah berjaya diketengahkan. Diakhir perbincangan, ke dua pihak bersetuju supaya diadakan suatu taklimat khas kepada penduduk pada 19 April 2010, kerana pihak Jawatankuasa KRT Taman Utama berpendapat bahawa penduduk perlu tahu tujuan program ini dan memerlukan juga persetujuan dan kerjasama penduduk disebabkan melibatkan beberapa faktor seperti sambutan penduduk dan beberapa aspek keperluan asas lain yang banyak melibatkan kos kewangan. Semoga majlis taklimat pada 19 April nanti dapat mencerminkan hala tuju program ini samada perlu diteruskan atau disebaliknya......



Pn. Noorassemah bt. Abdullah, En. Mhd Saiful Anuar b. Zainal dan YM Tunku Abaidah b. Tunku Yusoff.


AJK dihidangkan dengan jamuan laksa Kuala Kedah dan satay....





Jumaat, April 02, 2010

GAMBAR PERJUMPAAN SUKARELAWAN

Alhamdulillah, perjumpaan yang dirancang pada 1 April 2010 berjalan dengan lancar. Walaupun hujan lebat turun mulai jam 5.00 petang namun beransur reda apabila masuk waktu Maghrib. Seramai 24 orang Sukarelawan berdaftar dan 3 orang penduduk yang belum mendaftar telah menghadiri perjumpaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Ketua SRS iaitu En. Zahid b. Abdullah. Beliau yang merupakan bekas anggota pasukan Wataniah 504 di Kem Bukit Kayu Hitam memang berpengalaman dalam aktiviti rondaan dan kawalan keselamatan.

Taklimat bermula pada jam 9.30 malam. Sebelum taklimat, para sukarelawan terlebih dahulu dihidangkan dengan jamuan mee dan bihun kuah ala Penang yang disediakan oleh En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Zahid sendiri. Cuaca sejuk akibat hujan turun menjelang Maghrib, telah menyemarakkan selera sukarelawan yang hadir.

Perjumpaan yang berakhir pada jam 12.00 malam ini berjaya menghasilkan beberapa ketetapan dan rumusan yang dibuat secara kolektif diantara semua para sukarelawan. Selain daripada percambahan fikiran, hasil dari perjumpaan ini juga telah merapat dan mengeratkan silatulrahim sesama sukarelawan.Tahniah kepada Ketua Sukarelawan dan sukarelawan yang hadir. Semoga usaha dan niat suci ini akan mendapat redha Allah dan ganjaran pahala kebajikan apabila rondaan ini mulai beroperasi pada pertengahan April ini.

En. Zahid b. Abdullah, Ketua Sukarelawan sedang mempengerusikan perjumpaan dengan di bantu oleh bekas anggota Komando Kem Sungai Udang, En. Din b. Mansor ( Din Rambo ) yang juga merupakan salah seorang Jawatankuasa KRT Taman Utama.

Sukarelawan sedang menjamu selera...

Antara sukarelawan yang hadir.

Pengerusi KRT Taman Utama turut memberikan taklimat.

En. Din Rambo sedang kekenyangan mee kuah...... he ..he..he..


Setiausaha hanya bertindak sebagai pemerhati dan sesekali turut mencelah membantu En. Zahid.

Blog Widget by LinkWithin