KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 28, 2015

** HARI KELUARGA 2015 **


Penghujung tahun 2015, sempena cuti akhir tahun penggal persekolahan, KRT Taman Utama telah mengadakan Hari Keluarga pada 8 - 9 Disember 2015 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka.

Seramai 75 orang ahli keluarga telah menyertai program ini yang pergi dengan menaiki kenderaan sendiri. KRT Taman Utama telah menyewa 2 buah dome yang mengasingkan peserta lelaki dan perempuan. Program dipenuhi dengan acara bebas dan jamuan barbeque yang dibawa dari Taman Utama. 

Setiap peserta dikenakan bayaran RM5.00 sebagai tanda komitmen penyertaan. Pada awalnya program sukaneka akan diadakan namun kerana cuaca hujan serta sebahagian besar peserta tiba pada waktu petang, program ini terpaksa dibatalkan. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Bank Simpanan Nasional Alor Setar yang turut memberikan sumbangan. 

Ketibaan peserta terawal.

Berteduh dibawah gazebo kerana hari hujan.

Suasana dalam dome









Keropok yang dibeli di Tanjong Dawai.

Chef teh tarik












































Ahad, Disember 20, 2015

** JOM RONDA SERENTAK **


Pada 5.12.2015, KRT Taman Utama telah menjadi tuan rumah Majlis Rondaan Serentak SRS Negeri Kedah bagi Peringkat Daerah Kota Setar / Pokok Sena / Padang Terap.

Program merupakan sumbangan makanan ringan kepada SRS yang aktif menjalankan aktiviti rondaan malam. Dalam 3 buah daerah ini KRT yang mempunyai SRS hanyalah 38 sahaja, namun yang paling aktif dan sering merekod rondaan dalam e-RT SRS hanya 8 buah sahaja.

Lapan buah SRS yang aktif ialah :
1. SRS Taman Utama.
2. SRS Taman Seri Marina.
3. SRS Bukit Lada.
4. SRS Kg. Perik.
5. SRS Kebun Pinang.
6. SRS Selarong Batang / Simpang Empat.
7. SRS Taman Seri Bagan.
8. SRS Taman Seri Putra.

Kesemua Ketua Peronda SRS telah menerima sumbangan dari Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Noorassemah bt. Abdullah. Turut hadir ialah Tuan Haji Kadir Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan KRT Daerah dan PDRM Daerah Kota Setar.








































Blog Widget by LinkWithin