KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 31, 2010

PROGRAM MEMPERKASAKAN JIRAN WANITA

Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap pada 29 - 30 Oktober 2010 di Hotel Regency Alor Setar. Para peserta adalah terdiri daripada Jiran Wanita KRT yang terdapat dalam Daerah Kota Setar / Padang Terap, yang melibatkan seramai 100 orang peserta.

KRT Taman Utama telah menghantar 11 orang peserta Jiran Wanita ke program ini yang julung kalinya dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Antara aktiviti yang dijalankan selama 2 hari 1 malam ini ialah ceramah Kesihatan Jiran Wanita, Peranan Wanita Dalam Komuniti, Peranan Wanita Dalam Mengatasi Gejala Sosial, Seni Jahitan Manik dan Seni Menghias Kek.

Syabas dan tahniah kepada Puan Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap di atas inisiatif menganjurkan program ini.

Jiran Wanita KRT Taman Utama.

Jiran Wanita KRT Taman Utama.

Jiran Wanita KRT Taman Utama.

Tenaga pengajar jahitan manik.

Jiran Wanita KRT Kota Tanah.

Ustazah Che Nazrah bt. Mohd Yusof yang mengendalikan ceramah Rumahku Syurgaku.

Antara peserta Jiran Wanita.

En. Zaim b. Ahmad penceramah daripada UUM, Sintok.

Jiran Wanita KRT Taman Derga Jaya.

Jiran Wanita KRT Taman Wira, Mergong.

Jiran Wanita KRT Taman Wira, Mergong.

Sabtu, Oktober 23, 2010

PUSAT KOMUNITI KRT TAMAN UTAMA.


Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya impian warga Taman Utama untuk memiliki sebuah Pusat Komuniti akhirnya tercapai juga. Ianya berjaya direalisasikan oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama sendiri.

Sewaktu hadir menyertai gotong royong bersama KRT Taman Utama dan Environment IDAMAN pada bulan Februari 2010, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata telah berjanji untuk memberi sumbangan RM 3,000.00 kepada KRT Taman Utama untuk merancakkan lagi aktiviti yang sedia ada. Sumbangan tersebut akhirnya dizahirkan oleh beliau pada bulan September 2010 lalu.

Melalui mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Utama pada 16 September 2010, mesyuarat bersetuju untuk membina sebuah setor bagi menempatkan peralatan KRT yang ada seperti kerusi meja, periuk belanga, khemah dan pelbagai barangan lagi yang selama ini disimpan dirumah Setiausaha.

Pada 17 September 2010, usaha membina setor secara bergotong royong mulai dijalankan. Ianya telah diketuai oleh En. Zahid b. Abdullah dan En. Mohd Fadzil b. Ibrahim yang menawarkan diri secara sukarela membina setor ini . Ukuran yang dirangka ialah 20' x 10'. Namun ianya berubah kepada 24' x 20' apabila Setiausaha yang merangka kertas kerja mencari dana tambahan untuk pembinaan setor ini, berjaya mendapat respon daripada pelbagai pihak seperti penduduk dan tokoh usahawan kecil yang ada dalam Taman Utama ini.

Saiz setor ini akhirnya menjadi 30' x 20' apabila mendapat suntikan dana kewangan daripada Pengarah JPNIN Negeri Kedah sendiri yang kagum dengan usaha yang diterjemahkan oleh pihak Jawatankuasa KRT Taman Utama demi melihat penduduk Taman Utama mempunyai Pusat Komuniti sendiri.

Disamping itu, Jawatankuasa KRT Taman Utama turut menerima pelbagai derma sumbangan daripada penduduk. Ada yang menghulurkan wang ringgit, ada yang menghulurkan bahan binaan seperti simen, pasir, tanah, cermin tingkap malahan ada yang datang menghulurkan makanan kepada Jawatankuasa KRT Taman Utama, Peronda SRS dan beberapa orang penduduk yang bertungkus lumus membina setor yang akhirnya menjelma menjadi Pusat Komuniti.

Mereka yang membina premis ini tidak menerima sebarang upah walau sesen pun daripada KRT Taman Utama. Sesungguhnya semangat setiakawan, perpaduan dan 1 Malaysia telah berjaya direalisasikan oleh mereka melalui pembinaan premis ini. Syabas dan terima kasih kepada semua pekerja LILLAH HI TAALA ini !

Usaha yang diketuai oleh En. Zahid ini dijalankan setiap hari. Beliau yang telah bersara sebagai anggota pasukan keselamatan bertungkus lumus dari pagi hingga ke petang. Manakala En. Mohd Fadzil sebagai pembantu beliau akan turun padang apabila pulang dari pejabat mulai jam 5.00 petang, manakala penduduk yang lainnya akan datang tanpa mengira waktu membantu mereka.

Waktu puncak kerja-kerja pembinaan ialah pada hari Jumaat dan Sabtu yang menjadi cuti umum Negeri Kedah. Lebih daripada 15 orang penduduk akan turun menyiapkan premis ini dan semuanya menjadi team WONDER PETS ! iaitu - APA YANG PENTING? KERJASAMAAAA...

Sehingga ke hari ini 23 Oktober 2010 sebanyak RM 5,000.00 telah dibelanjakan untuk premis ini yang dijangka siap pada pertengahan bulan November 2010 nanti.

Premis ini nanti akan beroperasi sebagai :

1. Pusat kawalan utama Skim Rondaan Sukarela untuk menjalankan aktiviti rondaan malam sebagai usaha mencegah dan mengawal jenayah dan gejala sosial di Taman Utama.

2. Tempat menyimpan peralatan KRT Taman Utama seperti peralatan rondaan, khemah, kerusi meja, pinggan mangkok, peralatan sukan dan sebagainya.

3. Tempat untuk mengadakan mesyuarat, perjumpaan, kelas fardhu ain, tuisyen dan seumpamanya kepada penduduk Taman Utama.

4. Tempat mengumpul bahan kitar semula di bawah program Kampong Angkat oleh Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.

Kerja-kerja awal pembinaan.

Pusat Komuniti dari pandangan jauh...

Pekerja sedang menikmati hidangan tengahri yang dihantar oleh penduduk...

Sumbangan batu daripada penduduk...

Jiran Muda pun tidak mahu ketinggalan untuk turun padang.....

Antara menu yang dihantar penduduk...

Selain premis, usaha untuk landskap kawasan sekitar turut dijalankan...

Sumbangan pasir daripada penduduk...

Ada yang menghantar kayu dan papan ! Tak tahu apa nak digunakan dengan kayu ni...

Perkembangan kerja-kerja membina Pusat Komuniti ini akan di siarkan dari masa ke semasa.... Terima kasih semua...

Blog Widget by LinkWithin