KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, September 26, 2011

HARI KELUARGA TAMAN UTAMA 2011


Sempena sambutan perayaan Merdeka Raya 2011, KRT Taman Utama telah mengadakan 2 program sekaligus pada hari Sabtu, 24 September 2011. Aktiviti pertama ialah Hari Keluarga dan satu lagi program ialah Jamuan Hari Raya. Hari Keluarga telah diadakan pada sebelah pagi yang diisi dengan acara sukaneka yang bermula mulai jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Pada sebelah malamnya pula diadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Kedua-dua program telah diadakan di Padang Permainan yang terletak berhampiran Pusat Rukun Tetangga.

Bagi acara sukaneka, En. Shaharudin b. Saad selaku Penolong Setiausaha KRT Taman Utama telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikannya dan dibantu dengan hebatnya oleh En. Zainol b. Omar. Kedua-duanya merupakan kakitangan JPJ Negeri Kedah. Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan yang meliputi pelbagai peringkat umur, lelaki dan wanita.

Objektif utama program sukaneka ini ialah sebagai meraikan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun. Disamping itu ianya juga menjadi suatu wadah untuk menyatukan penduduk dalam suatu program yang dapat mempereratkan semangat kejiranan dan setiakawan, sekaligus dapat merapatkan perpaduan dan tali silatulrahim sesama penduduk.

Pelbagai aksi menarik dan menghiburkan telah dicetuskan dalam segmen sukaneka ini, paling menarik ialah acara yang melibatkan pasangan suami isteri yang antara lain memerlukan kedua pasangan mempamerkan pelbagai aksi yang memperlihatkan kemesraan, kasih sayang dan kerjasama suami isteri.

Begitu juga bagi acara lari berhalangan yang pada halangan terakhir memerlukan peserta meminum susu dalam botol susu bayi yang menyebabkan sekitar gelanggang menjadi gegak gempita dengan sorakan dan hilai ketawa penonton dengan gelagat peserta yang menyertainya.

Selesai acara, upacara penyampaian hadiah telah dilakukan dan diikuti dengan jamuan makan tengahari. Secara keseluruhannya program ini berjaya menyatukan semua penduduk Taman Utama dan dapat melahirkan semangat berkerjasama dikalangan penduduk. Penduduk juga turut memberikan kerjasama dari pelbagai sudut seperti tanpa segan silu menyertai acara, bersama bergotong royong menyediakan masakan untuk makan tengahari diikuti dengan bergotong royong pula pada waktu petangnya untuk menyediakan juadah dan menu untuk jamuan Hari Raya pada waktu malamnya. Terdapat juga penduduk yang menyumbangkan wang ringgit sebagai tanda sokongan mereka. Terima kasih daun keladi diucapkan......

Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan acara sukaneka ini. InsyaAllah, dengan sambutan hebat yang diberikan, acara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan setelah 4 tahun ianya tidak diadakan.

Berita dan gambar Jamuan Hari Raya, akan menyusul dalam sedikit hari lagi....


Acara Kerusi Muzik.


Lari dalam guni...


En. Mahmad Hazir, salah seorang Peronda SRS turut membantu urusetia mencatatkan nama para pemenang.


Dua orang kuat acara sukaneka, En. Shaharudin Saad, memakai jersi Barcelona dan En. Zainol Omar. Kreatif betoi otak korang ya......



He..he..he... ada guni yang tinggi daripada peserta.....





Acara popular acara sukaneka walau dimana saja acara sukaneka diadakan, tiup belon....


Acara basikal lambat.


Giliran geng Jiran Wanita pula lari dalam guni.....


Aksi pasangan suami isteri dalam acara permaidani ajaib.... Staedy la En. Nadzri ..... beliau merupakan kakitangan BERNAS manakala isterinya, Pn. Huzaimah merupakan Sister di Hospital Sultanah Bahiyah.


Lihatlah betapa sportingnya pasangan suami isteri yang menyertai acara ini....


Acara ibu dan anak.....


Acara bom air....


Lari ikat kaki untuk ibu, bapa dan anak.....


Acara kerusi muzik yang diiringi dengan muzik Poco Poco....


Barisan AJK dan Peronda SRS yang menyertai acara lari dalam guni..


Pemenang lari berhalangan, En. Abdul Rashid, yang kini digelar sebagai Jaguh Minum Susu.... he .. he .. he... nasib hang la Shid oiii....


Tu dia !!!.... selalunya kaum ibu yang memberikan anak minum susu, kali ni giliran anak pula yang melihat ibu mereka meminum susu.......


Pengerusi turut tumpang semangkok minum susu.....he..he.. lepas gian...


Tuan Haji Jusoh Mat Daud, selaku Timbalan Pengerusi sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang....


Pn. Rosni bt. Kasim, Pengerusi Jiran Wanita turut menyampaikan hadiah...


Mantan Pengerusi Jiran Wanita juga mantan Bendahari, Pn. Hajah Rokiah Haji Ab. Hamid turut diberikan kesempatan untuk menyampaikan hadiah..


Time makan tengahari.......

Sabtu, September 10, 2011

GOTONG ROYONG KAKI LIMA

Dalam mesyuarat persiapan jamuan hari raya pada 7.9.2011, En. Zahid b. Abdullah telah mencadangkan dibuat tambahan simen di kaki lima Pusat Rukun Tetangga sebagai persiapan untuk majlis. Mesyuarat bersetuju dilakukan gotong royong tersebut.

Sehubungan dengan itu seramai 12 orang AJK dan Peronda SRS telah turun padang bergotong royong pada hari Jumaat, 9.9.2011 bagi membina kaki lima di premis ini. Pembinaan diketuai oleh En. Zahid b. Abdullah dan En. Mohd Fadzil b. Ibrahim yang turut membawa pam dan racun untuk meracun rumput yang tumbuh meliar di sekeliling premis. Sebanyak 6 kampit simen dan 2 ela pasir telah digunakan bagi tujuan tersebut. Gotong royong yang bermula pada jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Syabas dan tahniah kepada mereka yang meluangkan masa menyertai gotong royong yang tanpa dibayar ganjaran walau satu sen pun ini. APA YANG PENTING?..... KERJASAMAAAAA.........





Tu dia..... sampai buang baju..... he... he...




Rabu, September 07, 2011

MESYUARAT JAMUAN HARI RAYA 2011


Pada 7 September 2011, KRT Taman Utama telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2011. Seramai 20 orang daripada 25 orang AJK telah menghadiri mesyuarat ini. Agak mendukacitakan kerana tiada wakil daripada JPNIN Daerah Kota Setar menyertainya walaupun surat dan sms telah dihantar.

Semua AJK yang hadir telah datang dengan membawa bersama kueh raya yang masih ada dirumah masing-masing untuk dikongsi bersama.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.45 malam ini telah menetapkan majlis jamuan ini akan diadakan pada hari Sabtu 24 September 2011 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Antara VIP yang akan dijemput ialah YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Setar, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata, Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Penghulu Mukim Pumpong dan Imam Masjid Seberang Pumpong.

Disamping mengadakan jamuan, jawatankuasa juga bersetuju untuk mengadakan Hari Keluarga pada hari tersebut dengan pengisiannya ialah mengadakan acara sukaneka pada waktu pagi dan jamuan tengahari apabila tamat acara. Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah akan diadakan pada sebelah malamnya yang akan bermula pada jam 8.30 malam.

Menu yang akan disediakan ialah nasi ala kampong pada waktu tengahari manakala menu pada waktu malamnya ialah lontong, laksa, ketupat, nuget, ais cream, keropok lekor, cucur udang, laksa Sarawak, tapai dan kueh.

Turut dibincang dalam mesyuarat ialah pelantikan Bendahari KRT Taman Utama bagi menggantikan En. Mohd Nasser b. Mat Akhir yang meletakkan jawatan kerana kekangan tugas tempat beliau berkerja. Setelah sessi pemilihan, mesyuarat telah memilih Pn. Noorhashimah bt. Yusof sebagai Bendahari KRT Taman Utama yang baru. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga pengalaman beliau yang aktif berkecimpung dalam arena politik Parlimen Alor Setar akan dapat diterap dan dikongsi bersama oleh KRT Taman Utama.

Pengerusi sedang mengendalikan mesyuarat. ( Maaf gambar kurang jelas kerana bateri lemah )









Blog Widget by LinkWithin