KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Ogos 30, 2015

** KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG **


Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah berjaya menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang tahun 2015. Majlis telah diadakan di KRT Kebun Pinang, Alor Setar pada 29 Ogos 2015.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Dato' Dr, Leong Yong Kong. Turut hadir ialah Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Pegawai Daerah Kota Setar, Pegawai Perpaduan Daerah dan Pengerusi dan AJK KRT Daerah.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusi, En. Yahya Abd Raof yang turut menerima sumbangan Jalur Gemilang dan sepanduk Hari Kebangsaan tahun 2015 yang bertemakan Sehati Sejiwa.








Ucapan Tuan Pengarah JPNIN.

Dato' Dr. Leong Yong Kong.

Pengerusi KRT Taman Utama menerima Jalur Gemilang dan sepanduk.

** SEMARAK MERDEKA **


Pada 22 Ogos 2015, Pengerusi KRT Taman Utama bersama beberapa orang AJK telah memasang dan menghiasi Pusat Rukun Tetangga Taman Utama dengan bendera Jalur Gemilang.

Pemasangan bertujuan untuk menyemarakan Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 58 tahun pada tahun 2015 yang bertemakan Sehati Sejiwa.




















Sabtu, Ogos 29, 2015

** ZIARAH PESAKIT **


Pada 10 Ogos 2015 Jawatankuasa dan Peronda SRS KRT Taman Utama telah menziarahi En. Abd Rashid b. Omar yang terlantar sakit di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Beliau telah dijangkiti demam denggi dan telah dimasukkan ke wad 4C selama 7 hari.





Sabtu, Ogos 15, 2015

** JOM RONDA SRS 2015 **


Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena dengan kerjasama KRT Kg. Bukit Lada, Pokok Sena telah berjaya mengadakan Majlis Jom Ronda SRS Bersama PDRM Versi 4.0 pada 15 Ogos 2015.

Majlis diadakan di Padang Bola KRT Kg, Bukit Lada pada jam 9.00 malam. Perasmian majlis disempurnakan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah yang mewakili Pengarah JPNIN Kedah. Turut hadir ialah wakil Ketua Polis Daerah Kota Setar dan Ketua Balai Polis Pokok Sena.

KRT Taman Utama turut hadir menyertai majlis yang diwakili oleh Pengerusi, Ketua Peronda dan 2 orang AJK.



















Ahad, Ogos 02, 2015

** JAMUAN HARI RAYA 2015 **


KRT Taman Utama dengan kerjasama Pakatan Taman Utama telah berjaya mengadakan Jamuan Hari Raya AidilFitri 2015 pada hari Jumaat, 31 Julai 2015 di perkarangan Dewan Taman Utama. Majlis bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.

Penduduk Taman Utama telah menyumbang wang ringgit hampir RM1300.00 bagi menjayakan majlis ini manakala KRT Taman Utama memperuntukan sebanyak RM1000.00. Menu yang disediakan pada malam tersebut ialah nasi ayam, laksa, ketupat, cucur udang, tapai, keropok lekor, kueh dan minuman teh tarik dan orange yang dimasak sendiri oleh penduduk mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Turut diadakan adalah cabutan bertuah, sumbangan duit raya dan pertunjukan bunga api.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah En. Mohd Yusof Daud, mewakili Pengarah JPNIN Kedah, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah, Wakil Amanita IPD Kota Setar, wakil Ketua Polis Daerah Kota Setar, Jawatankuasa Khariah Masjid Seberang Pumpong dan beberapa orang Pengerusi KRT dalam Daerah Kota Setar.

Terima kasih kepada AJK KRT dan AJK Pakatan Taman Utama serta penduduk yang bersama menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Pn. Rosni Kasim, En. Zahid Abdullah dan Pn. Norziah Othman yang menyumbang duit raya kepada kanak-kanak. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.

Urusan pemasangan khemah 

Jiran Wanita membuat ketupat.





En. Mohd Yusof bersama anggota Unit Rondaan Bermotorsikal PDRM Daerah Kota Setar





Pendaftaran cabutan bertuah.

Setiausaha mempengerusikan majlis.

Pengerusi dan Sarjan Zaayah yang mewakili Amanita PDRM Kota Setar.





Antara wakil KRT Daerah Kota Setar.

Barangan cabutan bertuah.

Mantan Setiausaha turut hadir dari Cameron Highland.































Etnik Rohinya turut menghadiri jamuan raya.











Blog Widget by LinkWithin