KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, September 29, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA.

Pada hari Isnin, 28 September 2009, suatu mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Utama telah diadakan di rumah Setiausaha ( No.201,Taman Utama ) bagi membincangkan program Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009. Ini merupakan mesyuarat kali ke 5 untuk tahun 2009 diadakan. Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Utama sering dilakukan secara bergilir-gilir dirumah AJK kerana ketiadaan dewan atau pusat komuniti di kawasan taman ini.

Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah PPP JPNIN Daerah Kota Setar / Padang Terap, En. Mohd Shafirul b. Abdul Satar. Mesyuarat telah menetapkan jamuan ini akan diadakan pada hari Jumaat, 16 Oktober 2009, mulai jam 8.30 malam di perkarangan SMZ Homestay, No.200 Taman Utama.

Menu yang ditetapkan ialah Lontong, Ketupat, Lemang, Bihun Goreng dan Kueh Raya. Turut diadakan sebagai selingan ialah acara cabutan bertuah yang bercorak suaikenal dan ramah mesra antara penduduk.

En. Mohd Shafirul (baju kuning) sedang mendengar penjelasan daripada salah seorang AJK KRT Taman Utama.


Antara AJK Jiran Wanita yang hadir.

Jumaat, September 25, 2009

A TRIBUTE TO EN. MOHD YUNOS B. MANSOR ( Di Manakan Ku Cari Ganti )

Pada 22 September 2009, saya menerima sms daripada Pengarah JPNIN Kedah memaklumkan akan pertukaran tugas beliau ke Ibu Pejabat JPNIN di Putra Jaya pada bulan Oktober 2009 nanti. Secara peribadi saya amat terkejut dengan pertukaran ini kerana beliau amat rapat dengan AJK KRT yang terdapat dalam Negeri Kedah ini, apatah lagi beliau pun baru 3 tahun rasanya berkhidmat di Kedah ini. Rasanya masih belum panas lagi kerusi dan bilik yang baru diduduki beliau di pejabat baru di Anak Bukit itu semenjak berpindah dari Bangunan BSN.
Saya mula mengenali beliau sewaktu beliau merasmikan KRT Tanjong Bendahara beberapa tahun yang lalu. Hubungan menjadi kian mesra apatah lagi jabatan beliau dan saya berada dibawah satu kementerian yang diketuai oleh YB Dato' Mohd Shafie Apdal ketika itu. Beliau sering menghubungi saya untuk mengetahui sesuatu lawatan yang akan dilakukan samada oleh Menteri atau VIP lain dari Kuala Lumpur ke Negeri Kedah.
KRT Taman Utama sendiri amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh beliau sebanyak dua kali sepanjang beliau menjadi Pengarah. Tidak semua KRT berkesempatan menerima kunjungan beliau. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti,namun yang tumbuh dan berganti itu pastinya tidak sama dengan yang patah dan hilang itu.

Kepada En. Mohd Yunos b. Mansor, kami di KRT Taman Utama mengucapkan selamat maju jaya bila bertugas ditempat baru dan semoga tidak melupakan kami disini. Kepada bakal pengganti beliau, kami ucapkan selamat datang! Dikesempatan ini, kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap kami di KRT Taman Utama terhadap Tuan.
Berucap sewaktu lawatan KRT Wakaf Mek Zainab, Kelantan ke KRT Taman Utama.
Berucap di Jamuan Hari Raya KRT Taman Utama 2008.
Menyampai cenderahati kepada Pengerusi KRT Taman Utama di Pertandingan Karaoke.

Bersama Jiran Muda KRT Taman Utama di Kursus ICT Jiran Muda di Langkawi pada 2008.

TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAILAH KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

Khamis, September 24, 2009

KELAS FARDHU AIN JIRAN WANITA.

Kelas ini telah bermula pada 17 Jun 2009. Disebabkan ketiadaan dewan atau pusat komuniti di Taman Utama, kelas ini telah diadakan di sebuah homestay milik En. Ku Zullkairi b. Ku Yahya, Penolong Setiausaha KRT Taman Utama iaitu di SMZ Homestay, No.200 Taman Utama.

Kelas ini diadakan secara mingguan pada setiap hari Rabu mulai jam 5.30 petang. Tenaga pengajarnya ialah Tuan Haji Mahmod b. Haji Hussin, seorang pendakwah bebas yang juga suami kepada Puan Hajah Rokiah bt. Haji Ab. Hamid, Bendahari KRT Taman Utama.

Kelas ini menggunakan dua buah kitab iaitu Munyatul Musalli dan Bidayatul Hidayah. Pada setiap hari diadakan kelas, suatu tabung derma akan diedarkan kepada penduduk yang menyertai kelas ini. Wang sumbangan derma itulah yang digunakan untuk membayar atau memberi sumbangan kepada pengajar.
Tuan Haji Mahmod sedang menyampaikan kuliah.

Rabu, September 23, 2009

HUBUNGAN ANTARA KRT.

Selain mengadakan aktiviti untuk penduduk dan masyarakat yang terdapat dalam Taman Utama, KRT Taman Utama juga mempunyai hubungan atau networking yang baik dengan beberapa KRT yang terdapat dalam Daerah Kota Setar.
Antara KRT yang mempunyai hubungan yang akrab dengan KRT Taman Utama adalah :
1. KRT Kota Tanah.
2. KRT Seberang Perak.
3. KRT Derga Jaya.
4. KRT Taman Wira Zon 1.
5. KRT Taman Wira Zon 2.
6. KRT Taman Chengal Indah.
7. KRT Taman Seri Kota.
KRT tersebut sering menjemput KRT Taman Utama menyertai aktiviti yang mereka adakan, begitu juga disebaliknya apabila KRT Taman Utama mengadakan aktiviti.

Berikut dipaparkan gambar yang dihadiri oleh Setiausaha KRT Taman Utama di KRT Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedah, apabila mereka mengadakan Karnival Jiran Wanita pada 13 Jun 2009.
Setiausaha KRT Taman Utama menikmati jamuan laksa bersama Y. Bhg Dato' Latt Shariman b. Abdullah, Pegawai Tugas-tugas Khas YAB Perdana Menteri yang merasmikan karnival tersebut.
Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah diiringi oleh Pengerusi KRT Taman Sri Kota sedang menanam pokok sempena karnival tersebut.

Pn. Noorassemah bt. Abdullah, selaku Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap sedang berucap di karnival tersebut.

JAMUAN MAKAN PULUT DURIAN.

Pada 3 Julai 2009, beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan AJK Pakatan Taman Utama berserta penduduk Taman Utama Fasa 1 & Fasa 2 telah mengadakan jamuan makan pulut durian bersempena musim durian.Tiada wang KRT yang digunakan, sebaliknya kos jamuan ini dikumpul daripada beberapa orang penduduk yang berminat untuk menyertai jamuan ini.

Jamuan makan pulut durian ini telah diadakan di perkarangan rumah En. Zainul Sidik b. Maidin ( no.214, Taman Utama ). Selain durian, turut disediakan ialah buah-buahan lain seperti rambutan, manggis dan dokong. Namun yang terlebih dahulu habis ialah pulut berlaukkan ikan kering yang disediakan kepada penduduk yang tidak boleh makan durian kerana berpenyakit!
Durian yang telah dikopek, pulut, ikan kering dan santan.
Antara penduduk yang menyertai jamuan makan pulut durian.

Geng Jiran Muda & Tunas Jiran pun tidak mahu miss makan pulut durian !!

Selasa, September 22, 2009

LAWATAN RAMAH MESRA

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2004, KRT Taman Utama telah menerima 4 kunjungan lawatan ramah mesra daripada pihak KRT lain. Antara yang telah membuat kunjungan ialah KRT Langkap, Perak, KRT Jalan Abd Raof, Perak, KRT Jejawi Permatang, Perlis dan yang terakhir ialah KRT Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan pada 13 Jun 2009.
Pada 13 Jun 2009, acara menyambut kunjungan KRT Wakaf Mek Zainab telah diadakan di Restoran Pak Da yang terletak berhampiran dengan KRT Taman Utama. Rombongan seramai 40 orang ini adalah dalam perjalanan pulang daripada membuat lawatan ke Langkawi. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah JPNIN Kedah iaitu En. Mohd Yunos b. Mansor dan PPP Daerah Kota Setar / Padang Terap, En. Mohd Shafirul b. Abdul Satar.
En. Mohd Yunos b. Mansor sedang memberikan ucapan.
Ucapan daripada Pengerusi KRT Taman Utama.
Ucapan daripada Pengerusi KRT Wakaf Mek Zainab.
Bacaan doa oleh Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim, Pengerusi Biro Agama & Kebajikan KRT Taman Utama.
Pengerusi Jiran Wanita KRT Wakaf Mek Zainab sedang menjamu selera.
Pengarah JPNIN Kedah ditemani oleh Pengerusi KRT Wakaf Mek Zainab menjamu selera.

Sessi ramah mesra sebelum berangkat pulang.

LINCOLN CORNER ENGLISH CAMP

Pada 4 Jun 2009, seramai 16 orang Jiran Muda KRT Taman Utama telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Kedutaan USA dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Program yang berlangsung sehari suntuk ini telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam Kedah. Kos penyertaan adalah percuma. Makanan, fail, buku nota, key chain, vcd, topi dan sijil penyertaan turut diberikan oleh pihak penganjur.

Selain Jiran Muda KRT Taman Utama, Setiausaha KRT Taman Utama yang bertugas di Perpustakaan Awam Kedah juga turut menjemput beberapa orang Jiran Muda dari beberapa KRT yang berdekatan dengan KRT Taman Utama menyertai kem ini.
Sebahagian peserta Jiran Muda dalam kem.
Posing maut dari Jiran Muda lelaki....

Fasilitator dari Kedutaan USA.

KARNIVAL FUTSAL i - METRO-FAM

Pada 15 Mac 2009 , tiga buah pasukan Jiran Muda KRT Taman Utama telah menyertai pertandingan ini yang diadakan di D'Futsal Centre, Batu 3, Jalan Kaki Bukit, Kangar Perlis.

Bayaran penyertaan pasukan ini dan lain-lain kos telah dibiayai oleh Speaker DUN Perlis iaitu YB Dato' Yazid Mat, yang dihubungi secara peribadi oleh Setiausaha KRT Taman Utama dan juga hasil derma tokoh korporat, En. Abd Salam b. Lebai Daud serta derma sumbangan dari penduduk Taman Utama sendiri
Salah sebuah pasukan telah berjaya ke pusingan ke 3, sebuah lagi ke pusingan ke 2 manakala sebuah lagi pasukan hanya sempat beraksi diperingkat kumpulan sahaja.
En. Abd Ghafur b. Md Akib
Pengerusi Jiran Muda / Tunas Jiran
Pengurus Pasukan Futsal KRT Taman Utama.


KELAS KOMPUTER.

Bermula pada 7 Mei 2009, seramai 6 orang Jiran Muda KRT Taman Utama telah menyertai kelas komputer yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, tempat Setiausaha KRT Taman Utama berkerja. Kelas ini diberikan secara percuma kepada mereka yang berminat.
Pada tahun 2008, seramai 8 orang Jiran Usia Emas turut menyertai kelas ini. Sijil akan dikeluarkan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah kepada mereka yang menyertai kelas ini.
Jiran Muda KRT Taman Utama bersama tenaga pengajar.

Jiran Muda di terminal komputer.

PERTANDINGAN KARAOKE & JAMUAN MAKAN MALAM PERPADUAN.

Seramai 12 orang AJK KRT Taman Utama dengan diketuai oleh Pengerusi, En. Mohamad Noor b. Harun telah menghadiri majlis tersebut yang dianjurkan oleh KRT Seberang Perak di Dewan Al-Farabi, Komplek Pendidikan, Jalan Stadium, Alor Setar pada 17 April 2009.

KRT Taman Utama yang diwakili oleh Setiausaha dan Pn. Noorhasimah bt Yusof telah berjaya membolot kesemua tempat terakhir hasil sumbangan suara mereka yang sumbang dalam pertandingan itu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Mohd Yunos b. Mansor, Pengarah JPNIN Kedah yang turut sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Setiausaha KRT Taman Utama sedang mengalunkan lagu Teman Baru.

Tuan Pengarah sedang menyampaikan cenderamata penyertaan kepada Pengerusi KRT Taman Utama.

Antara Jiran Wanita yang hadir memberi sokongan.

Antara VIP yang hadir.

BUBUR ASYURA 2009

Program ini telah diadakan pada 16 Januari 2009, di no. 263, Taman Utama, iaitu rumah Pn. Ku Zaharah bt. Ku Yahya. Program tahunan ini selalunya diadakan di padang permainan kanak-kanak, namun atas permintaan Pn. Ku Zaharah yang baru berpindah ke taman ini, maka program ini telah diadakan diperkarangan rumah beliau.
Bubur Asyura yang telah siap dimasak ini kemudiannya telah diagihkan kepada penduduk-penduduk Taman Utama.
Bendahari KRT Taman Utama yang juga bekas Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Hajah Rokiah Haji Ab. Hamid dan En. Abd Rashid Omar sedang menunjukkan skil mengacau Asyura masing-masing sambil diawasi oleh salah seorang warga emas, Tuan Haji Abd Hamid Hanafi.
Pn. Ku Zaharah sedang memasukkan ramuan ke dalam periuk yang sedang dikacau oleh En. Din Mansor, En. Ismail Ahmad dan En. Shukri Haji Othman.
Jiran Wanita sedang memarut jagung.

Jiran Wanita sedang membersihkan ubi.

Jumaat, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H / 2009

InsyaAllah, jika diizin Allah kita semua akan menyambut hari lebaran pada Ahad, 20 September 2009 ini. Melalui blog ini saya mewakili Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Utama dan semua Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Utama mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada :
1. Ketua Pengarah JPNIN Malaysia.
2. Pengarah JPNIN Negeri Kedah.
3. Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar/Padang Terap.
4. PPP JPNIN Daerah Kota Setar/Padang Terap.
5. Seluruh penduduk Taman Utama.
6. Semua Pengerusi dan AJK KRT yang ada di Kedah dan Malaysia.
Minal Aidil Wal Fa Izin : Yahya Abd Raof

JAMUAN BARBEQUE

Pada 18 Ogos 2009, beberapa orang AJK KRT Taman Utama dengan disertai oleh beberapa buah keluarga di Fasa 1 & 2 telah mengadakan jamuan makan malam dan barbeque di perkarangan rumah Setiausaha. Tiada wang KRT yang digunakan, sebaliknya kos jamuan ini telah dikumpul dikalangan AJK dan keluarga yang ingin menyertai jamuan ini. Jumlah yang berjaya dikumpul adalah RM282.00.

Selain menu utama iaitu Nasi Lemak, turut dibakar ialah ikan kembong, ayam, daging dan cocktail. Lebih menarik, ramai dikalangan penduduk turut membawa makanan yang telah siap dimasak seperti bihun, kek, kueh dan juga buah-buahan ke jamuan ini.

Untuk memberkati majlis Tuan Haji Mahmod b. Haji Hussain iaitu suami kepada Bendahari KRT Taman Utama telah memimpin bacaan doa di awal majlis.


Jiran Muda sedang menjamu selera...

Jiran Wanita sedang membakar daging..

Khamis, September 17, 2009

SEPANDUK

Disamping mengadakan aktiviti, KRT Taman Utama juga turut memasang sepanduk apabila tiba sesuatu perayaan. Sepanduk ini akan diguna pakai semula pada tahun berikutnya jika tidak rosak atau tidak diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab.. Berikut ialah antara sepanduk yang dipasang di jalan masuk utama Taman Utama sepanjang tahun ini.
Sepanduk " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009 "
Sepanduk sambutan Hari Kebangsaan yang bertulis
Perpaduan menzahirkan kemerdekaan
Perpaduan membawa pembangunan & kedamaian
Perpaduan akan membentuk masa depan yang cemerlang
Perpaduan melahirkan 1Malaysia

Sepanduk Marhaban Ya Ramadhan Al-Mubarak yang bertulis "Semoga puasa kita tahun ini menjadi lebih baik daripada puasa tahun-tahun yang berlalu"

JAMUAN BUKA PUASA & MOREH KALI KE 3

Pada Rabu, 16 September 2009, KRT Taman Utama dan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama sekali lagi mengadakan jamuan berbuka puasa dan jamuan moreh di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.
Menu pada hari ini ialah Nasi Lemak ikan bilis, telor dan udang. Sebanyak 220 bungkusan nasi telah berjaya dimasak dan dihantar ke masjid.
Pada hari ini bilangan AJK dan penduduk yang menyertai gotong royong memasak hanya seramai 15 orang sahaja, mungkin disebabkan jatuh pada hari berkerja, namun tarikh ini dipilih sempena malam 27 Ramadhan.
Penduduk yang menyertai majis berbuka puasa.
Nasi lemak yang dihasilkan
Jiran Wanita sedang packing nasi lemak
Blog Widget by LinkWithin