KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, September 14, 2016

*** QURBAN AIDILADHA 1437H ***


Seramai 18 orang AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama terlibat dalam program Qurban AidilAdha 1437H di Masjid Seberang Pumpong.

Sebanyak 7 ekor lembu telah disembelih selepas solat sunat AidilAdha. KRT Taman Utama turut menyediakan teh tarik percuma kepada orang ramai yang hadir.

































*** GOTONG ROYONG MEMBUAT KETUPAT ***


Menjelang Hari Raya AidilAdha, kaum lelaki akan sibuk dengan persiapan qurban mereka, manakala kaum wanita dengan ketupat pulut. 

Beberapa orang Jiran Wanita yang tidak pulang ke kampong dan tidak mahir membuat ketupat telah bersepakat untuk belajar membuat ketupat daripada beberapa orang dari mereka yang mahir.

Maka pada 11 September 2016, mulai jam 10.00 pagi mereka telah mula belajar membuat ketupat di Pusat Rukun Tetangga. Turut hadir ialah Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Semua perbelanjaan adalah hasil sumbangan wang mereka yang terlibat sahaja. Ketupat yang telah masak telah dimakan beramai-ramai ketika berbuka sunat Hari Arafah pada petang tersebut.

Jiran Wanita membuka daun palas waktu malam



Pn. Noorassemah mencuba membalut ketupat.



*** KHIDMAT TEH TARIK ***


Pada 10 September 2016, KRT Taman Utama memberikan khidmat teh tarik percuma kepada Haji Jusoh b. Mat Daud, Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama yang melangsungkan perkahwinan anak perempuannya.










Jiran Wanita menyediakan menu laksa.

*** PERABOT TERPAKAI ***


Pada 9 September 2016, seramai 5 orang AJK KRT Taman Utama yang diketuai oleh Pengerusinya telah pergi mengambil perabot terpakai daripada Bank Simpanan Nasional Alor Setar.

Bank tersebut sedang dalam pengubahsuaian dan hasil MOU ketika kerjasama Rewang Bubur Lambuk pada bulan Ramadhan lalu, BSN bersetuju untuk menyumbang peralatan terpakai kepada KRT Taman Utama apabila mereka memulakan pengubahsuaian pejabat. 











*** PERTANDINGAN KECERIAAN KIBAR JALUR GEMILANG ***


Sempena Hari Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia 2016, JPNIN Kedah telah menganjurkan pertandingan keceriaan Jalur Gemilang pada premis KRT dan rumah persendirian dalam komuniti yang mempunyai KRT.

KRT Taman Utama turut menyertai pertandingan ini yang bakal diumumkan pada 17 September 2016 sempena Minggu Perpaduan JPNIN Kedah. KRT Taman Utama telah mulai melakukan persiapan mulai 25 Ogos 2016 dengan memasang dan menghias Pusat Rukun Tetangga dengan Jalur Gemilang dan membina pintu gerbang yang diperbuat daripada buloh.

Semua kerja-kerja pemasangan dilakukan pada waktu malam. Juri pertandingan seramai 4 orang dari pelbagai jabatan telah datang melawat pada 6 September 2016. Barisan juri diketuai oleh En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Kanan JPNIN Kedah.

Semoga KRT Taman Utama mendapat kejayaan !!!






































































Blog Widget by LinkWithin