KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 29, 2014

** PERTANDINGAN BOWLING HARI KELUARGA **


Bagi mengakhiri tahun 2014, KRT Taman Utama telah menganjurkan Hari Keluarga pada 27 Disember 2014, di Kedah Bowl, City Plaza Alor Setar. Program adalah sebagai tanda penghargaan kepada barisan AJK dan penduduk Taman Utama yang memberikan komitmen yang padu untuk KRT sepanjang tahun 2014 sehingga dinobatkan sebagai KRT Cemerlang Negeri Kedah.

Pada asalnya program akan diadakan di Pantai Merdeka, namun kerana faktor cuaca dan bencana banjir yang melanda sekarang, program ini diadakan secara indoor game sahaja. Pertandingan terbuka hanya untuk AJK KRT Taman Utama, AJK Jiran Wanita, AJK Jiran Usia Emas, AJK Jiran Muda dan Peronda SRS Taman Utama.

Seramai 88 orang peserta menyertai pertandingn ini. Bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan untuk sebuah keluarga. Kategori yang dipertandingkan ialah :-

1. Pasangan Keluarga.
2. Jiran Muda.
3. Tunas Jiran.
4. Jatuhan pin terbanyak.

Program telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena, En. Abdul Halim b. Alwi yang turut menyertai pertandingan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.




Peserta sedang menanti detik perlawanan.

Ketibaan Pengerusi dan ahli keluarga.

Keriangan Tunas Jiran.

Keluarga Pengerusi Jiran Wanita.

Setiausaha selaku penyelaras pertandingan sedang mengatur kedudukan lane peserta.

Masing-masing dah teruja ....

Alamak..beratnya bola ni.....

Jiran Muda lelaki..

Jiran Muda perempuan..    

Hadiah yang disediakan.

Timbalan Pengerusi bersedia untuk melakukan lontaran.

Pengerusi bersama kakitangan JPNIN, mereka diberikan satu lane khas.

Menanti detik permulaan...

Ops... yang itu lane hang, sini lane aku...

Ucapan aluan Pengerusi...

Ucapan perasmian...

Masing-masing dah teruja...



En. Abdul Halim melakukan lontaran sebagai gimik perasmian..

Mana nama aku tak keluar lagi ni...

Johan Tunas Jiran Perempuan, adik Hafifa.

Johan Tunas Jiran lelaki, adik Mohd Hazim.

Johan Jiran Muda perempuan, Nur Syaza.

Johan Jiran Muda lelaki, Mohd Firdaus.

Tempat ke 3, kategori keluarga, Hajah Norrizah Abd Wahab.

Naib Johan kategori keluarga, En. Mohd Shaharizal Ismail.

Johan kategori keluarga, En. Che Daud Hashim.

Jatuhan pin terbanyak lelaki, En. Nadzri Ayub.

Jatuhan pin terbanyak permpuan, Pn. Sharifah.

Cabutan bertuah.


Cenderahati untuk En. Abdul Halim.









Tambah kapsyen

** GERAI TEH TARIK **


Pada 27 Disember 2014, sekali lagi KRT Taman Utama mengadakan gerai teh tarik sempena kenduri perkahwinan warga Taman Utama.

Kali ini adalah di rumah Pengerusi Jiran Usia Emas, Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim yang melangsungkan kenduri pernikahan anak lelakinya yang sulong. 








** MESYUARAT TERAKHIR BAGI TAHUN 2014 **


Tarikh 24 Disember 2014 merupakan mesyuarat terakhir Jawatankuasa KRT Taman Utama untuk tahun 2014. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat kali ke 10 bagi sessi 2013 / 2014. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 malam ini telah dihadiri oleh ke semua 25 orang Jawatankuasa.

Agenda yang dibincangkan ialah :-

1. Pembentangan laporan kewangan sepanjang tahun 2014.

2. Persiapan terakhir pertandingan bowling sempena Hari Keluarga KRT Taman Utama.

3. Pemilihan Jawatankuasa Induk KRT Taman Utama bagi sessi 2015 / 2016.

Bagi pemilihan Jawatankuasa Induk, Alhamdulillah barisan jawatankuasa yang lama berjaya mengekalkan posisi masing-masing hasil undian secara undi tertutup ala program realiti. Namun Bendahari yang lama memohon untuk mengundurkan diri walaupun mendapat undian tertinggi kerana kekangan masa beliau.

Dan berteraskan permuafakatan bersama, Setiausaha bersetuju untuk bertukar jawatan antara beliau dan Bendahari. Perjawatan KRT Taman Utama bagi sessi 2015 / 2016 adalah seperti berikut :-

Pengerusi - En. Yahya b. Abd Raof.
Timbalan Pengerusi - Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud.
Setiausaha - En. Ahmad Kamarol Osma b. Othman.
Penolong Setiausaha - En. Md. Nasser b. Mat Akhir.
Bendahari - En. Mohd Sharipudin b. Abu Kassim.
Pengerusi Jiran Wanita - Ustazah Pn. Rogayah bt. Ramli
Pengerusi Jiran Usia Emas - Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim.
Pengerusi Jiran Muda - En. Nik Ridhuan b. Nik Lah.
Ketua Peronda SRS - En. Zahid b. Abdullah.
















Ahad, Disember 07, 2014

** ANUGERAH RUKUN TETANGGA TERBAIK NEGERI KEDAH **


Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh dengan kegemilangan untuk KRT Taman Utama. Inilah tahun keemasan bagi seluruh jawatankuasa dan penduduknya apabila telah dinobatkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Kedah sebagai pemenang "Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang Peringkat Daerah Kota Setar / Pokok Sena / Padang Terap" dan seterusnya memenangi "Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang Peringkat Negeri Kedah".

Majlis anugerah yang gilang gemilang ini telah dilangsungkan pada 6 Disember 2014 di Dewan Wisma Darulaman, Alor Setar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah yang diwakili oleh YB Dato' Dr. Leong Yong Kong, EXCO Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Negeri Kedah.

Turut hadir ialah YBhg En. L. Gandesan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Kedah, pegawai JPNIN Kedah dan wakil-wakil daripada seluruh KRT Negeri Kedah.

Antara kategori anugerah yang diberikan pada majlis tersebut ialah :
1. Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang.
2. Anugerah Skim Rondaan Sukarela Cemerlang .
3. Anugerah Jiran Wanita Cemerlang.
4. Anugerah Jiran Muda Cemerlang.
5. Anugerah Tabika Cemerlang.
6. Anugerah Rakan JPNIN.

Hadiah untuk KRT Cemerlang Peringkat Daerah adalah RM1000.00 manakala hadiah untuk KRT Cemerlang Peringkat Negeri adalah RM3000.00, ini bermakna KRT Taman Utama telah berjaya memperolehi hadiah wang tunai berjumlah RM4000.00.

Sebelum ini, pada 5 April 2014, KRT Taman Utama telah menerima Anugerah KRT Cemerlang Penggunaan Sistem Maklumat Rukun Tetangga (e-RT) daripada Tan Sri Dato' Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Hotel Grand Alora, Alor Setar sempena majlis perjumpaan awal tahun bersama Menteri.

Sesungguhya tahun 2014 ini telah mengulangi pencapaian KRT Taman Utama pada tahun 2004 yang turut menerima anugerah KRT Terbaik Peringkat Daerah dan Negeri Kedah.

Selaku Pengerusi KRT Taman Utama, blogger merakamkan penghargaan terima kasih kepada barisan AJK, Peronda SRS, Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta seluruh warga Taman Utama yang telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga bagi menjayakan setiap aktiviti dan program yang telah dianjurkan.

Tidak dilupakan terima kasih daun keladi kepada Pengarah JPNIN, Pegawai JPNIN serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang banyak memberikan semangat, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan.

Semoga momentum kejayaan ini akan berkekalan dan berterusan...InsyaAllah.

KRT Taman Utama BOLEH!



Pengerusi KRT Taman Utama menerima sijil dan plak kemenangan.

Seramai 10 orang AJK KRT Taman Utama menyertai majlis anugerah.

Pendaftaran peserta.

Bersama YM Ku Aziz, pegawai JPNIN yang memantau KRT Taman Utama

Bersama Tuan DSP Mohd Radi daripada Bukit Aman.



Pemandangan di dalam dewan.





Gimik perasmian.




Menu utama

Setiausaha KRT Taman Utama menerima Anugerah KRT Cemerlang Peringkat Daerah Kota Setar.


Plak dan sijil Anugerah KRT Cemerlang Peringkat Daerah.



Barisan pemenerima anugerah utama.











Bersama Pegawai Perpaduan Daerah dan kakitangannya.




                                                                                                                                                                                                                              
Blog Widget by LinkWithin