KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Mei 31, 2010

TAMAN MODEL IDAMAN

Sempena majlis pelancaran Program Bersih Dan Indah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman pada 1 Jun 2010, KRT Taman Utama dengan secara rasminya telah diiktiraf sebagai Taman Model Idaman ( Kampung Angkat Idaman ) oleh pihak environment IDAMAN Sdn Bhd.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan b. Abd Razak, Menteri Besar Kedah, di Dataran Darul Aman, Taman Mahsuri, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah. Pengerusi dan Setiausaha KRT Taman Utama telah hadir dalam majlis tersebut.



Pengerusi KRT Taman Utama sedang menerima plak pengiktirafan Taman Model Idaman daripada YB Dato' Haji Ir. Phahrolrazi b. Haji Zawawi, EXCO Kerajaan Negeri Kedah.


Plak pengiktirafan.




Ketibaan YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.


Persembahan silat.




Ucapan aluan oleh Pengerusi environment IDAMAN Sdn Bhd.


Ucapan perasmian oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.


Antara hadirin yang hadir.


Pengerusi dan Setiausaha bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif environment IDAMAN Sdn Bhd.

Ahad, Mei 30, 2010

PERTANDINGAN MEMANCING

Pertandingan sempena program Mesra Bersama Anak Qaryah ini diadakan pada hari Khamis, 27.5.2010 di belakang Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong. Beberapa orang AJK KRT Taman Utama turut terlibat sebagai urusetia mengendalikan pertandingan ini.

Pertandingan yang dianjurkan secara percuma ini telah mendapat sambutan hebat dari kalangan penduduk yang tinggal dalam qaryah masjid ini. Bermula dari jam 3.00 petang lagi mereka telah datang untuk mendaftar walaupun waktu pendaftaran hanya bermula pada jam 5.00 petang

Pertandingan bermula pada jam 5.15 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam.Sebanyak tiga hadiah utama telah ditawarkan dalam pertandingan ini iaitu, Tangkapan Pertama, Tangkapan Terbesar dan Tangkapan Terbanyak. Jiran Muda KRT Taman Utama iaitu Mohd Haikal b. Azmi yang merupakan juga anak AJK KRT Taman Utama (Pn. Norrizah bt. Abd Wahab) telah muncul sebagai johan Tangkapan Pertama.

Urusetia pendaftaran.



Tuan Imam berjubah puteh turut turun padang melihat acara pertandingan.


Sambil memancing sempat juga menjamu selera dengan bihun goreng yang disediakan.







Johan ikan terbesar.







Jiran Muda KRT Taman Utama yang memenangi kategori tangkapan pertama.

Ahad, Mei 23, 2010

PERTANDINGAN FUTSAL REMAJA ANAK QARYAH MASJID AL-HUSSAIN.

Pada 22 Mei 2010, Jiran Muda KRT Taman Utama telah menghantar 4 pasukan untuk menyertai pertandingan Futsal Remaja Anak Qaryah sempena Program Mesra Bersama Anak Qaryah yang dianjurkan oleh Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong.

Pasukan Taman Utama FC A telah muncul sebagai Naib Johan pertandingan selepas tewas melalui tendangan penalti 2-3 pada perlawanan akhir di tangan pasukan Gangsa Futsal A.

Pertandingan telah diadakan di Gelanggang Gangsa Futsal, Taman Tunku Tabor yang terletak berhampiran dengan KRT Taman Utama. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman, Imam Masjid Al-Hussain.

Hadiah pertandingan akan disampaikan pada majlis penutupan program Mesra Bersama Anak Qaryah pada 28 Mei 2010.


Tuan Imam Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong bersama Jawatankuasa Qaryah Masjid, urusetia futsal dan remaja yang menyertai pertandingan membuat sorakan untuk meniupkan semangat pemain.


Tuan Imam berucap merasmikan pertandingan futsal remaja anak qaryah.


Sebahagian daripada remaja yang menyertai pertandingan sedang mendengar tazkirah khas oleh Tuan Imam sebelum pertandingan bermula.




Aksi perlawanan. Semua pemain diwajibkan berseluar panjang.






Sabtu, Mei 22, 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA.

Pada 21 Mei 2010, Jawatankuasa KRT Taman Utama dan penduduk Taman Utama telah menyertai Gotong Royong Perdana membersih persekitaran kawasan Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong sempena Program Mesra Bersama Anak Qaryah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa masjid tersebut. Ketua SRS KRT Taman Utama, En. Zahid b. Abdullah telah sudi menaja 60 bungkus nasi lemak pada pagi program gotong royong tersebut.

KRT Taman Utama turut terlibat secara langsung dalam program tersebut kerana Setiausaha KRT Taman Utama telah dilantik sebagai Setiausaha program tersebut dan turut melantik beberapa orang AJK dan penduduk lain sebagai urusetia kecil dalam program. KRT Taman Utama akan menjayakan slot sukaneka dalam program tersebut dan pihak jawatankuasa telah meluluskan RM 200.00 untuk sumbangan hadiah sukaneka.

Tentatif program adalah seperti berikut :

21 Mei 2010, Jumaat - Program Gotong Royong Perdana.

22 Mei 2010, Sabtu - Pertandingan futsal remaja dikalangan anak qaryah masjid.

27 Mei 2010, Khamis - Pertandingan memancing di belakang Masjid Al-Hussain.

28 Mei 2010, Jumaat -

  1. Pertandingan mewarna.
  2. Acara sukaneka.
  3. Sepak raga tuju.
  4. Gubahan hantaran perkahwinan.
  5. Anyaman.
  6. Pameran oleh pelbagai agensi jabatan kerajaan.
  7. Cabutan bertuah.
  8. Ceramah agama.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato' Syeikh Uzair b. Baharom pada jam 9.30 pagi.

Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud, En. Zahid b. Abdullah dan En. Mohd Fadzil b. Ibrahim beroperasi di kawasan hadapan masjid.

Operasi membersih kawasan tepi sungai di belakang masjid untuk arena pertandingan memancing pada 27.5.2010.

Jiran Muda beroperasi di kawasan pagar masjid.

Jiran Muda menikmati nasi lemak bungkus sumbangan En. Zahid.

En. Din b. Mansor (sedang mencakar sampah) bersama beberapa orang Jiran Muda membersih kawasan gelanggang sepak raga tuju.

Mantan Pengerusi KRT Taman Utama, En. Ismail b. Haji Kasim ( atas ), manakala Pengerusi sekarang, En. Mohamad Noor b. Harun ( bawah ) saling berkerjasama untuk mencantas dahan pokok di perkarangan masjid.

Pengerusi KRT, berbaju merah sedang melarikan diri kerana tak tahan dengan asap sampah sisa buangan gotong royong yang dibakar oleh Tuan Haji Mat Radzuan Ibrahim, berbaju hijau.

Jiran Muda sedang mengukur gelanggang sepak raga tuju yang akan dipertandingkan pada 28.5.2010.

Isnin, Mei 17, 2010

MESYUARAT KALI KE 2/2010

Pada 13 Mei 2010 mesyuarat jawatankuasa KRT Taman Utama untuk kali ke 2 bagi tahun 2010 diadakan di rumah Setiausaha. Walaupun ini adalah kali ke 2, namun sebelum ini, pihak Jawatankuasa KRT Taman Utama telah mengadakan beberapa kali mesyuarat khas jawatankuasa bagi membincangkan beberapa isu yang berbangkit.

Mesyuarat kali ini berkisarkan kepada beberapa egenda besar seperti program Mesra Bersama Anak Qaryah, Skim Rondaan Sukarela, geran tahunan oleh JPNIN dan program kampong angkat.

Mesyuarat bersetuju untuk menyumbang RM200.00 bagi membiayai acara sukaneka di program Mesra Bersama Anak Qaryah anjuran Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang terletak berhampiran dengan KRT Taman Utama. Setiausaha KRT Taman Utama telah dilantik oleh pihak jawatankuasa masjid ini sebagai setiausaha dan penyelaras program. Pihak KRT Taman Utama akan mengendalikan slot sukaneka di program yang akan diadakan pada hari Jumaat, 28.5.2010.



Sebahagian daripada AJK yang hadir.




Dua orang AJK siap berpakaian vest peronda SRS ketika menghadiri mesyuarat kerana akan melakukan rondaan selepas tamat mesyuarat.

Blog Widget by LinkWithin