KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Januari 30, 2017

*** JURULATIH KOMPANG JEMPUTAN ***


Disebabkan masalah kesihatan isteri jurulatih kompang yang mengalami komplikasi penyakit, Pengerusi KRT Taman Utama telah menjemput Pengerusi KRT Mk. Tualak, Daerah Padang Terap datang memberikan tunjuk ajar buat sementara waktu kepada pasukan kompang Jiran Muda KRT Taman Utama pada 15 Januari 2017.

Terima kasih En. Johari b. Ismail yang datang bersama pembantunya. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam permainan kompang dan sering menerima jemputan bermain kompang di beberapa majlis keramaian sekitar Padang Terap.





















*** MAJLIS PEYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN ***



Pada 12 Januari 2017, KRT Taman Utama memulakan aktiviti pertama bagi tahun 2017 dengan mengadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Husam b. Dato' Paduka Syeikh Baderudin, anak mufti Negeri Kedah. Program adalah dengan kerjasama Pakatan Taman Utama.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Pengarah JPNIN Kedah, Tuan Rohai Zahar b. Nedi, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Pn. Noorassemah bt. Abdullah dan beberapa wakil Unit AMANITA Kontijen PDRM Kedah.

Tuan Pengarah JPNIN Kedah turut sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada 25 orang AJK KRT Taman Utama sessi 2015/2016 yang tamat tempoh. Majlis yang bermula pada jam 9.15 malam itu berakhir pada jam 11.30 malam.




















































*** HARI KELUARGA 2016 ***


Pada 23 - 24 Disember 2016, KRT Taman Utama telah mengadakan Hari Keluarga di Kem Kenari Nature Park, Titi Hayun, Daerah Yan, Kedah.

18 buah keluarga telah menyertai program ini yang berjumlah 65 orang kesemuanya. Kesemua peserta bertolak dengan menaiki kenderaan sendiri. Setiap peserta dikenakan bayaran RM50.00 untuk kos penginapan, makan minum dan kemudahan peralatan yang disediakan. KRT Taman Utama memberikan sumbangan RM20.00 kepada setiap peserta.

Antara pengisian program ialah acara cabutan bertuah, barbeque, ceramah motivasi dan sessi percambahan fikiran. Turut serta dalam program ini ialah En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar yang turut  sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang acara yang dijalankan.

Sebahagian peserta bergambar sebelum bertolak pulang.














































Blog Widget by LinkWithin