KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, November 14, 2015

** KURSUS PENGURUSAN SKIM RONDAAN SUKARELA **


Pada 11 November 2015, Pengerusi KRT Taman Utama dan 3 orang Peronda SRS telah menghadiri Kursus Pengurusan Skim Rondaan Sukarela Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Kursus telah diadakan di Auditorium Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, Alor Setar Kedah yang disertai oleh 100 orang Peronda SRS dalam daerah berkenaan.

Dua orang penceramah telah dijemput iaitu ACP Shamsudin Mat, dari Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti, IPK Negeri Kedah dan En. Ahmad Shaker b. Muhammad Ali, Penolong Pengarah JPNIN Kedah.

Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi telah berakhir pada jam 2.00 petang. Kesemua peserta telah diberikan sijil penyertaan diakhir kursus.




ACP Shamsudin.


Pengerusi KRT Taman Utama bersama Peronda SRS Taman Utama dan penceramah.

En. Zahid, En. Abd Halim dan En. Mohd Pauzi.





























** ASYURA 2015 **


Belum pun kering peralatan yang dibasuh, sekali lagi barisan AJK KRT Taman Utama dan warga Taman Utama turun padang mengadakan majlis kacau bubur Asyura. Jika pada 29 Oktober 2015 mereka berganding bahu dengan kakitangan JPNIN Negeri Kedah memasak Asyura Perdana, kini mereka bergotong royong memasak untuk warga Taman Utama pula.

Dengan kerjasama Pakatan Taman Utama, majlis kali ke dua untuk tahun ini diadakan pada 7 November 2015 di dewan Taman Utama. Program telah mendapat sumbangan kewangan RM1272.00 daripada warga Taman Utama.

Keceriaan menyelubungi apabila semua yang turun bergotong royong mendapat dan memakai baju baru berwarna hijau dari KRT Taman Utama. Sebanyak 2 buah periok besar berjaya dimasak yang menghasilkan hampir 300 buah bekas tupperware.

Turut hadir ialah Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Pn. Noorassemah bt. Abdullah dan kakitangannya yang dalam perjalanan pergi dan pulang ke majlis perasmian KRT Mukim Tualak dalam Daerah Padang Terap.

Terima kasih kepada para penderma dan yang datang bergotong royong.


Sarapan pagi bermenukan roti jala dan pulut ikan kering.





















Makan tengahari - menu ala kampong





























Asyura untuk Tuan Pengarah.





Jumaat, November 13, 2015

** ISU SINDIKET NIKAH PALSU **


Pada 30 Oktober 2015, Pengerusi KRT Taman Utama telah didatangi oleh seorang pelarian Rohingya yang tinggal berhampiran Taman Utama, memaklumkan bahawa isterinya telah lari mengikut seorang lelaki Rohingya dan tinggal bersama dalam sebuah rumah di Taman Utama.

Susulannya, pada malam tersebut, Pengerusi KRT Taman Utama telah menjemput seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Seberang Pumpong dan mengarahkan beberapa orang Peronda SRS Taman Utama membuat serbuan ke rumah yang telah dikenalpasti.

Hasil siasatan, pasangan tersebut mengaku telah berkahwin dan menunjukkan surat pernikahan mereka. Namun terdapat sedikit kemusyilan apabila pihak yang menjaga hal ehwal kaum Rohingya menyatakan mereka tidak mengeluarkan surat tersebut apabila dihubungi oleh Pengerusi KRT Taman Utama.

Sehubungan dengan itu Pengerusi memohon agar pihak Dewan Ulama Rohingya datang membuat siasatan dan menyelesaikan isu terbabit. Keesokkan harinya wakil Dewan Ulama Rohingya datang menemui pasangan tersebut bersama Imam Masjid Seberang Pumpong yang turut dijemput oleh Pengerusi KRT Taman Utama.

Hasilnya pasangan tersebut telah didapati dinikahkan oleh sindiket pernikahan palsu dan pasangan tersebut diarahkan untuk dipisahkan dan menyelesai isu tersebut dengan kadar segera antara pasangan tersebut serta bekas suaminya yang bertegas tidak pernah menceraikan isterinya.

Barisan Peronda SRS yang menyertai serbuan.



Jawatankuasa masjid sedang menyoal siasat wanita Rohingya.



Sijil Nikah yang disyaki palsu.











Wakil Dewan Ulama Rohingya dan Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong sedang menyoal pasangan terbabit.





Blog Widget by LinkWithin