KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Februari 26, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA

Majlis anjuran JPNIN Negeri Kedah ini telah dilangsungkan pada 26 Februari 2011 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu'adzam Shah, Anak Bukit. Majlis adalah bersempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia ( World Interfaith Harmony Week).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Y. Bhg En. Gandesan a/l Letcumanan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPNIN dan Y. Bhg En. Oii Khir Tong, Setiausaha Politik YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Blogger kena loteri, apabila kebetulan berada di meja hadapan telah dijemput oleh Pengarah JPNIN Kedah untuk turut sama mengadun yeesang..

Ketibaan YB Dato' T. Murugiah.

Persembahan tarian 1 Malaysia.

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang berdiri untuk nyanyian Negara Ku dan 1 Malaysia.

Antara tetamu yang hadir.

Y. Bhg En. L. Gandesan memberikan ucapan.

Blogger bersama kakitangan JPNIN Daerah Kuala Muda dan Pendang.

Ucapan perasmian oleh YB Dato' T. Murugiah.

Pemberian Angpau.

En. Mohd Saidi b. Midin sedang menyampaikan cenderahati.

Khamis, Februari 17, 2011

PERJUMPAAN JIRAN WANITA

Perjumpaan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 5.2.2011 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Perjumpaan telah dirancang oleh Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita hasil perbincangan dengan Pengerusi Jiran Wanita, Puan Rosni bt. Kassim.

Walaupun tarikh tersebut merupakan cuti umum kerana perayaan Tahun Baru Cina menyebabkan ramai penduduk yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti ke luar kawasan, namun perjumpaan telah berjaya dihadiri oleh seramai 35 orang Jiran Wanita.

Perjumpaan telah dipengerusikan oleh Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli. Beberapa cetusan idea baru dan rumusan yang dinamik telah tercapai hasil percambahan fikiran dalam perjumpaan ini. Antara aktiviti yang bakal dijalankan oleh Biro Jiran Wanita pada tahun 2011 ini ialah :

. Kelas masakan.

. Kelas jahitan.

. Majlis khatam Quran bulanan.

. Senamrobik.

. Lawatan.










Isnin, Februari 14, 2011

PERONDA SRS MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN

Hari Khamis, 3.2.2011 merupakan hari cuti umum di seluruh negara kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari tersebut pihak AJK KRT Taman Utama dan Peronda SRS sekali lagi mengadakan gotong royong membina tandas di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Pada jam 1.20 tengahari, sebuah rumah yang terletak berhampiran Taman Utama telah terbakar akibat litar pintas. Peronda SRS yang sedang bergotong royong membina tandas Pusat Rukun Tetangga ( 500 meter daripada tempat kejadian ) telah bergegas pergi membantu mangsa kebakaran tersebut sebelum kedatangan pihak Bomba Dan Penyelamat. Pasukan yang diketuai oleh Ketua Peronda iaitu En. Zahid b. Abdullah telah sempat menyelamatkan beberapa peralatan seperti kereta, motorsikal dan perabot yang berada dibawah rumah dan disekitarnya.

Mereka kemudiannya turut membantu pihak Bomba Dan Penyelamat mengawal lalulintas dan kawasan kebakaran tersebut bagi memudahkan urusan memadam kebakaran. Blogger ketika kebakaran berlaku, sedang menghadiri majlis kenduri perkahwinan, turut bergegas pulang setelah mendapat info daripada salah seorang AJK KRT Taman Utama. Namun hanya sempat merakamkan usaha-usaha terakhir pihak Bomba sahaja yang memadamkan kebakaran tersebut manakala gambar pihak Peronda SRS yang membantu diawalnya tidak sempat dirakamkan.

Tahniah dan syabas kepada Peronda SRS KRT Taman Utama. Bagi blogger, sudah tiba masanya suatu pasukan atau unit khas ditubuhkan oleh pihak KRT dalam sesuatu daerah dan kawasan bagi membantu usaha-usaha seperti ini seperti yang disarankan oleh Pengarah JPNIN Negeri Kedah sewaktu berucap di Majlis Anugerah Kualiti Rukun Tetangga Negeri Kedah di Sungai Petani baru-baru ini. Sebagai contoh pihak KRT boleh mewujudkan unit khas membantu mangsa kebakaran, mangsa banjir dan malapetaka atau bencana lain yang menimpa disesuatu tempat. Dengan ini akan lebih melonjakkan lagi nama dan imej KRT dimata umum.

Rabu, Februari 02, 2011

LAWATAN INTEGRASI NASIONAL JIRAN WANITA KE SARAWAK

Pada 13 - 18 Januari 2011, seramai 40 orang Jiran Wanita KRT Taman Utama telah mengadakan Lawatan Integrasi Nasional ke Sarawak. Lawatan diketuai oleh Pn. Rosni bt. Kassim, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama dan beberapa orang AJK wanita yang lain. Mengiringi mereka ialah En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Dalam kunjungan, mereka sempat mengadakan lawatan ke KRT Piassau 2 Miri. Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengerusi dan AJK KRT berkenaan dan YB Haji Ahmad Lai b. Bujang, Ahli Parlimen Sibuti, Sarawak.

Gambar lawatan sumbangan Pn. Rosni bt. Kassim.

Blog Widget by LinkWithin