KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, April 19, 2011

TIMUN GERGASI



Pada petang Selasa, 19 April 2011, En. Abdul Rashid b. Omar, Pengerusi Biro Jiran Muda / Tunas Jiran KRT Taman Utama secara tidak sengaja terjumpa sebiji timun yang agak luar biasa besarnya di tepi Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.


Timun ini dipercayai tumbuh hasil sisa-sisa buangan biji timun yang seringkali pihak KRT Taman Utama gunakan apabila mengadakan jamuan masakan nasi ala kampung yang menggunakan timun untuk dijadikan ulam dan penyedap masakan dalam gulai ataupun masak asam pedas.


Saiznya yang besar mungkin kerana sisa buangan seperti air basuhan ikan dan sebagainya yang dicurahkan dikawasan tempat ianya tumbuh menjadi suatu baja yang menyuburkan pembesaran buahnya.


Ini boleh mencetuskan idea untuk program Bumi Hijau KRT Taman Utama dikawasan persekitaran Pusat Rukun Tetangga ini selepas ini.....


En. Abdul Rashid bersama timun yang beliau jumpa.


Hmm... memang besar saiznya...



Sabtu, April 16, 2011

GOTONG ROYONG PUSAT RUKUN TETANGGA



Gotong royong ini dijalankan pada hari Sabtu, 16 April 2011. Program bermula mulai jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari. Program ini dirancang secara kebetulan sahaja apabila blogger melihat banyak sampah sarap, sawang labah-labah, debu dan kekotoran yang terdapat di dalam dan di luar Pusat Rukun Tetangga (PRT) pada petang 15 April 2011.

Justeru itu pada jam 10.00 malam ketika blogger menonton program Maharaja Lawak, blogger pun sms kepada beberapa orang AJK dan Peronda SRS menjemput mereka untuk datang gotong royong membersih PRT. Seramai 26 orang telah menyahut jemputan ini dan hadir bersama juadah seperti kueh, pulut ikan kering dan minuman yang dimakan sewaktu bersarapan dirumah mereka. Cukup meriah dan mengujakan apabila berkerja beramai-ramai sambil menikmati pelbagai juadah yang dibawa tersebut



Beberapa orang Peronda SRS yang baru mendaftar turut menyertai gotong royong.


Jiran Wanita menanggalkan langsir tingkap untuk dihantar ke kedai dobi.


Membersih kawasan persekitaran PRT.



Awas Kak Kiah oiiiiii... nanti tercabut pula lampu tu....


Puan Habibah kita tekun mengilap cermin tingkap...


Antara kueh yang dibawa oleh penduduk...


Masa untuk menjamu selera...



Selepas cuci tingkap dan membuang sawang, tibalah time untuk membasuh lantai pula...



hhmmm.... time untuk berhenti rehat sekejap...



Kerja akhir gotong royong, bersama memasang cermin tingkap bilik setor di belakang PRT.


APA YANG PENTING? KERJASAMA....



Khamis, April 14, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE 2.

Mesyuarat kali ke 2 ini telah diadakan pada hari Khamis, 7 April 2011 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Walaupun kali ke 2, namun mesyuarat khas telah diadakan sebanyak 3 kali sebelum ini bagi membincangkan lawatan daripada KRT Felcra Belia Rompin, Daerah Jempol, pelantikan perjawatan baru dan persiapan program cuti sekolah.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 22 orang AJK ini bermula pada jam 9.45 malam dan berakhir pada jam 1.15 pagi. Mesyuarat adalah memfokuskan soal kewangan KRT yang bertitik tolak daripada penyerahan tugas bendahari lama kepada bendahari baru dan pelarasan laporan bulanan penyata kewangan daripada bulan Januari 2011 hingga Mac 2011. Bendahari baru iaitu En. Md. Nassser b. Mat Akhir telah merangka format kewangan baru yang menggunakan excel yang begitu detail dan mendapat persetujuan semua AJK. Beliau membentangkan format dengan bantuan LCD yang dibawa khas oleh salah seorang Peronda SRS yang turut menjalankan rondaan pada malam tersebut.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar yang turut membawa Kad Kenal Diri AJK yang baru dan Kad Kuasa 7 orang Peronda SRS yang baru mendaftar sebagai sukarelawan.



Ahad, April 10, 2011

SUMBANGAN AHLI PARLIMEN ALOR SETAR.


Akhir tahun 2010, blogger telah mengemukakan permohonan sumbangan kewangan kepada YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Alor Setar bertujuan bagi kerja-kerja untuk memasang jerjak besi di pintu dan membina tandas dan setor di belakang Pusat Rukun Tetangga KRT Taman Utama.


Permohonan yang dikemukakan adalah berjumlah RM10,000.00. Pada 5 April 2011, blogger telah menerima panggilan daripada pejabat YB Dato' Wira Chor Chee Heung yang meminta blogger hadir untuk menerima sumbangan tersebut pada suatu majlis khas di pejabat YB Dato' Wira Chor Chee Heung di Jalan Pegawai, Alor Setar.


Majlis sumbangan kepada beberapa NGO dalam Parlimen Alor Setar telah dilakukan sendiri oleh YB Dato' Wira Chor Chee Heung. Dalam ucapannya beliau memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sepenuhnya permohonan yang dikemukakan kepada beliau kerana peruntukan kewangan yang terhad dan terpaksa menggunakan sumber dari pelbagai agensi kerajaan yang ada bagi melunaskan semua permohonan, termasuklah daripada KRT Taman Utama.


Beliau hanya dapat memberikan sumbangan berjumlah RM 3,000.00 sahaja kepada KRT Taman Utama. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat sepenuhnya permohonan yang diminta, sekurang-kurangnya jumlah ini dapat melunaskan beberapa bil tertunggak KRT Taman Utama kepada pembekal bahan binaan Pusat Rukun Tetangga yang berjumlah hampir RM 3,000.00 juga.


Bagi pihak Jawatankuasa dan penduduk KRT Taman Utama, blogger merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Dato' Wira Chor Chee Heung di atas sumbangan ini.



Blogger sedang menerima sumbangan daripada YB Dato' Wira Chor Chee Heung.


Dato' Wira Chor Chee Heung sedang memberikan ucapan.



Antara penerima lain...


Sabtu, April 09, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA OKU, IBU BERSALIN DAN MANGSA KEBAKARAN



Pada 27 Mac 2011, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah DUN Bakar Bata, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah telah datang ke Pusat Rukun Tetangga Taman Utama bagi menyampaikan sumbangan tersebut kepada beberapa orang penduduk Taman Utama.


Program adalah dibawah seliaan Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Alor Setar. KRT Taman Utama hanya mencari individu yang akan menerima dan menyediakan tempat penyampaian sumbangan tersebut. Seramai 6 orang penduduk telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan tersebut iaitu 3 orang kategori OKU, 2 orang ibu bersalin dan seorang mangsa kebakaran.


Majlis telah bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir sejam kemudian. Jiran Wanita KRT Taman Utama dengan diketuai oleh Pn. Noorhashimah bt. YUsof telah menyediakan juadah ringan untuk majlis tersebut iaitu bihun goreng dan kueh.



YB. Dato' Paduka Ahmad Bashah sedang menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh Pengerusi KRT Taman Utama.


Jiran Wanita sedang menghidangkan juadah makanan.


Antara kueh yang disediakan.


Ketibaan Skuad Sayang...


Antara barang sumbangan yang diberikan.


2 orang OKU yang menerima sumbangan.


Sebahagian penduduk yang hadir.


Pengerusi KRT Taman Utama bertindak selaku pengacara majlis.


YB Dato' Paduka Ahmad Bashah sedang memberikan ucapan.


Beberapa orang kakitangan Pusat Khidmat DUN Bakar Bata turut hadir.


YB Dato' Paduka sedang berbual dengan Pn. Rohani bt. Shaari, bekas AJK KRT Taman Utama yang terpaksa dipotong kakinya akibat kencing manis.


Sumbangan kepada Tuan Haji Shafie b. Darus mangsa kebakaran. Rumah beliau terletak dibelakang Pusat KRT Taman Utama.


Bersama menikmati juadah selepas majlis berakhir.

Blog Widget by LinkWithin