KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, September 29, 2012

** JAMBORI RIVER RANGER 2012 **


Pada 22 hingga 24 September 2012 pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengadakan Jambori River Ranger Peringkat Kebangsaan di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu Terengganu.

Seramai 150 orang peserta daripada seluruh Malaysia telah menyertai jambori yang diadakan buat kali ke 3 ini. Setiap Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri (JPS) perlu menghantar seramai 7 orang peserta yang terdiri dari 5 orang pelajar Sekolah Menengah dan 2 orang peserta dari kelompok komuniti. Alhamdulillah KRT Taman Utama telah terpilih mewakili kelompok komuniti daripada Negeri Kedah bagi menyertai jambori ini.

Bagi kategori pelajar sekolah, seramai 5 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Kedah telah dipilih mewakili JPS Kedah yang turut diiringi oleh seorang guru.

Objektif jambori ialah pertama, untuk memberi panduan dan kaedah untuk membangunkan komponen komuniti dalam program "Satu Negeri Satu Sungai", ke dua untuk mendedahkan kaedah menjalinkan kerjasama, berdialog dan penyediaan pelan tindakan bersama dengan komuniti dan ke tiga memberi teknik kepada pegawai untuk menyebarkan kepada komuniti kaedah mencari sumber kewangan lain yang tidak digunakan secara meluas.


Team yang mewakili JPS Negeri Kedah.

Hari Pertama - 21 September 2012, Jumaat.

Team JPS Kedah berkumpul di Sek Men Agama Kedah pada jam 8.30 pagi untuk suaikenal diikuti dengan sessi taklimat kepada peserta yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ir. Zainul Fikri, Timbalan Pengarah JPS Negeri Kedah.

Pihak JPS Negeri Kedah yang mengiringi peserta diwakili oleh Pn. Hajah Rosimah bt. Ismail, Pn. Salwa bt. Mansor dan Pn. Maimunah bt. Abu Hasan.

KRT Taman Utama diwakili oleh Pengerusinya En. Yahya b. Abd Raof dan Ketua Jiran Muda En. Shafik b. Che Daud manakala Sek Men Agama Kedah terdiri daripada 3 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan serta En. Johari yang bertindak sebagai guru pengiring.

Pn. Hajah Rosimah sedang menyemak senarai peserta untuk agihan baju. Setiap peserta dibekalkan sebanyak 2 pasang baju dan topi.
Shafik sedang sedang menerima T- shirt daripada Tn.Haji Ir Zainol Fikri.
Penyerahan bendera Negeri Kedah kepada Cikgu Johari selaku ketua kontijen.

Tuan Haji Ir. Zainol Fikri sedang meyampaikan taklimat.

Selesai taklimat peserta kemudiannya bergerak secara konvoi menaiki 4 buah kenderaan pacuan 4 roda milik JPS Kedah menuju ke Terengganu. Turut menyertai kontijen ialah seorang pelajar USM yang berasal daripada Acheh, Indonesia yang sedang menjalani latihan di JPS Kedah iaitu En. Zaki.

Dalam perjalanan, kami telah dibawa ke Rantau Panjang, Golok dan Wakaf Che Yeh sebelum bermalam di Pusat Latihan JPS di Kota Bharu Kelantan.


Hari Ke-2, 22 September 2012, Sabtu.


Dari Pusat Latihan JPS Kota Bharu, team JPS Kedah bersatu dengan team daripada JPS Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan dan bertolak secara konvoi bersama ke Terengganu pada jam 2.00 petang dan tiba di Peladang Agro Resort Setiu pada jam 6.30 petang.


Bergambar di hadapan Pusat Latihan JPS.



Blogger yang keletihan sewaktu singgah di Pantai Cahaya Bulan.
Sessi pendaftaran peserta.
Sessi taklimat program jambori.


Selesai taklimat peserta kemudiannya dibekalkan lagi dengan 2 pasang baju, buku nota dan sebuah beg untuk kegunaan sepanjang aktiviti. Untuk peserta dari kalangan pelajar mereka dipecahkan kepada 7 pasukan manakala dari kalangan komuniti pula dipecahkan kepada 3 pasukan menjadikan 10 kumpulan semuanya dimana setiap kumpulan mengandungi seramai 15 orang peserta.

Wakil JPS Kedah yang kemudiannya bertindak selaku fasilitator, Pn. Hajah Rosimah, Pn. Salwa dan Pn. Maimunah.
 
Peserta berbincang merangka nama dan logo kumpulan 


Hari ke-3, 23 September 2012, Ahad.

Jam 7.30 pagi, peserta daripada semua negeri bertolak ke Sungai Jerteh, iaitu tapak jambori dengan menaiki 2 buah bas dan kenderaan JPS negeri masing-masing serta diiringi oleh Peronda PDRM. Perjalanan ke Sungai Jerteh mengambil masa hampir 45 minit.

Di Sungai Jerteh ini peserta kemudiannya menyertai aktiviti dan modul yang telah disediakan seperti membina khemah, kajian kualiti air secara biologi, penghasilan habitat sungai, pengecaman species tumbuhan zon riparian, pembinaan perangkap sampah, pengujian halaju air sungai, pertandingan membina rakit buluh, pertandingan menjala ikan dan pertandingan berkayak.

Aktiviti berkaitan air dan sungai berakhir pada jam 6.30 petang. Tamat aktiviti, peserta bertolak kembali ke Peladang Agro Resort Setiu dan menjalani latihan persembahan berkumpulan seperti pertandingan pidato, pentomin dan dikir barat. Peserta yang tidak terlibat dengan aktiviti berkaitan perlu menjalani night tracking.

Peserta berkumpul sebelum bertolak ke Sungai Jerteh.
Hero-hero KRT Taman Utama, he...he...
Bergerak ke tapak jambori sebaik turun dari kenderaan.


Aktiviti pertama, membina khemah. Bendera kecil tu memang blogger bawa dari Kedah bila melihat aturcara yang diberikan oleh penganjur ada pertandingan membina dan menghias khemah.
Group blogger. Kumpulan ini dinamakan kumpulan sembilan, tetapi sewaktu berbincang untuk nama kumpulan terus dinamakan sebagai SEMBILANG, sebab sembilan dalam dialek orang Terengganu jadi sembilang. Moto kumpulan pula ialah BMW, singkatan dari "Boleh Menang Wey"..
Membina habitat haiwan.

Membina perangkap sampah.

Mencipta haiwan sungai daripada tanah.
Pn. Hajah Rosimah sedang memberikan taklimat sebelum peserta menjalankan kajian kualiti air.

Sebelum diadakan pertandingan, urusetia jambori terlebih dahulu membuat demontrasi menebar jala kepada peserta.
Blogger memenangi tempat ke 2 bagi kategori menjala ikan. Hmm.. lebih 30 tahun tidak melakukan aktiviti menjala... hilang ketagih bila dapat menjala hari tu dan mengembalikan memori waktu muda-muda ketika membuat bendang (sawah padi).
Peserta berkerjasama membuat rakit dan membawanya ke dalam sungai.
Setiap rakit akan diuji samada boleh digunakan atau sebaliknya.
Pertandingan berkayak.
Kumpulan Shafik bersorak gembira apabila rakit mereka  lulus ujian.
Blogger bersama Kem Komandan dan penyelaras jambori.

Latihan dikir barat.

 Hari ke-4, 24 September 2012, Isnin.

Majlis penutupan Jambori River Ranger Kali Ke 3 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ir. Ahmad Husaini b. Sulaiman, Ketua Pengarah JPS Malaysia pada jam 10.00 pagi. Selesai majlis dan selepas makan tengahari kesemua peserta kemudiannya bertolak pulang ke negeri masing-masing dengan membawa sejuta kenangan dan pengalaman.

Kontijen JPS Kedah telah bertolak pulang pada jam 1.20 petang. Blogger dan Shafik selamat tiba dirumah pada jam 10.30 malam. Terima kasih kepada JPS Negeri Kedah kerana memberikan kami peluang menimba ilmu dan pengalaman yang amat bermakna. InsyaAllah akan kami terapkan ilmu dan pengalaman itu kepada komuniti Taman Utama dalam aktiviti kami nanti.


Peserta dari KRT Taman Utama bersama peserta daripada Terengganu yang ditempatkan bersama untuk berkongsi satu bilik.
Peladang Agro Resort Setiu.


Membeli buah tangan untuk keluarga sewaktu dalam perjalanan pulang.
En. Zaki, pelajar dari Pulau Sabang, Kepulauan Acheh yang sedang menjalani latihan di JPS Kedah. Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke jambori, banyak info yang blogger perolehi daripada beliau terutama berkaitan peristiwa Tsunami dahulu.

Ahad, September 16, 2012

** JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 **


Majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2012 telah diadakan pada hari Sabtu, 15 September 2012 di perkarangan  Pusat Rukun Tetangga Taman Utama mulai jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.

Antara menu yang disediakan ialah Nasi Goreng, Laksa, Cucur Udang, Tapai, Ketupat, Keropok Lekor, Kek, buah-buahan, Teh Tarik dan Air Teh Bunga. Menu tersebut dimasak sendiri oleh AJK KRT, JIran Wanita dan Peronda SRS hasil sumbangan wang ringgit berjumlah RM 1,200.00 daripada penduduk. Terdapat juga dikalangan AJK KRT dan penduduk yang menyumbangkan menu.

Selain makanan, turut disediakan ialah cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api. Turut hadir menyerikan majlis ialah YM En. Ku Aziz b. Ku Esa, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.

Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Rosni bt. Kasim pula telah bermurah hati memberikan duit raya kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda yang hadir.

Sedikit ralat kerana kekurangan gambar yang diambil pada malam itu kerana kerosakan kecil pada kamera blogger disamping ketiadaan penduduk yang membawa kamera pada malam tersebut.

Jiran Wanita sedang membalut ketupat.

Jiran Muda dan Tunas Jiran sedang memasang pelita hiasan untuk keceriaan malam jamuan.

Penduduk sedang mendaftarkan nama untuk cabutan bertuah.



Tuan Haji Mat Radzuan menzahirkan bacaan doa.
Pengerusi sedang memberikan ucapan aluan.
Setiausaha mempengerusikan majlis.
Pengerusi sedang melayani YM Ku Aziz menjamu selera.











Salah seorang penduduk yang menerima salah satu barangan hadiah cabutan bertuah yang disediakan.
Blogger bersama YM Ku Aziz dan En. Sobri daripada JPNIN Kedah.

Blog Widget by LinkWithin