KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Mac 25, 2014

*** HARI POLIS KE 207 TAHUN ***


25 Mac merupakan hari Polis. Bagi tahun 2014, ini merupakan ulang tahun sambutannya yang ke 207 tahun dengan mengekalkan tema tahun yang lalu iaitu Komuniti Sejahtera Komitmen Kami.

KRT Taman Utama telah menerima jemputan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Setar untuk menghadiri majlis sambutan perayaannya pada 25.3.2014 yang dilangsungkan di IPD Daerah Kota Setar di Jalan Raja, Alor Setar bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusinya sendiri, En Yahya Abd Raof, En. Zahid Abdullah, Ketua Peronda SRS dan En. Mohd Pauzi Yong, salah seorang Peronda SRS Taman Utama.

Anggota Peronda SRS Taman Utama bersama tetamu jemputan.



Ketibaan Ketua Polis Daerah Kota Setar,Tuan ACP Mohd Adzaman Md. Jan.

Tuan ACP Adzaman melakukan pemeriksaan perbarisan.



Ketua Peronda SRS Taman Utama, En. Zahid bergambar bersama Ins. Shukri dari Unit Rondaan Bermotorsikal IPD Kota Setar yang sering berkunjung ke KRT Taman Utama apabila melakukan rondaan.

Tuan ACP Adzaman memotong kek Hari Polis yang disumbangkan oleh Bank Rakyat Alor Setar.

Sessi sarapan pagi.Hmm..macam-macam ada ..




Sabtu, Mac 15, 2014

*** DIALOG PERPADUAN ***


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah telah berjaya mengadakan "Dialog Perpaduan" bertemakan "Suara Akar Umbi" pada 15.3.2014, bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah.

Dialog Perpaduan adalah salah satu usaha Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) ke arah menyediakan Pelan Tindakan Perpaduan. Objektif dialog ialah, pertama, untuk mendapat maklumat, cadangan dan pendapat masyarakat tentang isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan perpaduan negara. Ia juga akan dijadikan asas untuk menggubal dan menyediakan "national unity blue print" seperti yang diputuskan oleh kabinet.

Objektif kedua ialah memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk berkongsi perspektif dan berkongsi pengalaman mereka mengenai keharmonian antara kaum dan masyarakat Malaysia, manakala objektif ke tiga ialah untuk berkongsi isu-isu dan kebimbangan serta mncadangkan penyelesaian dan cadangan untuk mengukuhkan keharmonian kaum.

Moderator majlis ialah YB Senator Dato' Boon Som A/L Inong, manakala ahli panel ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, YBhg Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, YBhg Dato' Haji Zainal Abdul Kadir dan YBhg Datuk John Sikayun.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pelbagai pertubuhan kerajaan, swasta dan NGO telah menghadiri majlis ini yang merangkumi berbagai kaum, agama dan peringkat umur.

KRT Taman Utama turut diberikan peluang menyertai dialog ini yang diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha. Mereka berdua turut mengambil bahagian dalam sessi dialog dengan melontarkan cadangan serta pandangan masing-masing.

Moderator dan ahli panel.

Setiausaha KRT Taman Utama menyuarakan supaya fatwa berkaitan anti hadis dikuatkuasakan agar perpecahan dikalangan umat Islam berkaitan isu anti hadis yang kembali aktif ketika ini dapat dihapuskan.

Blogger berbaju biru sedang mendengar cadangan yang dilontarkan oleh penonton.

Isnin, Mac 10, 2014

*** SEMOGA SEMUANYA SELAMAT ***


Warga KRT Taman Utama mendoakan yang terbaik untuk semua yang terlibat ...... semoga dipermudahkan olehNYA .... Aminnn ..



Isnin, Mac 03, 2014

*** BACAAN YASIN DAN TAHLIL PERDANA **


Suatu majlis bacaan Yasin dan Tahlil Perdana telah berjaya diadakan pada 28 Februari 2014 lalu. Majlis adalah anjuran bersama KRT Taman Utama dan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama.

Majlis dilangsungkan selepas solat Isyak di Dewan Taman Utama, iaitu pada jam 9.30 malam. Majlis diketuai oleh Tuan Haji Sarbani b. Saad, Pegawai Agama dari Jabatan Penjara Alor Setar.

Seramai 54 orang penduduk Taman Utama telah menyumbang wang ringgit yang berjumlah RM 1121.00 bagi membiayai majlis ini seperti urusan penyediaan makan minum dan saguhati kepada khalifah. Menu yang disediakan pada malam tersebut ialah Nasi Tomato berlaukkan Ayam Masak Merah.

Turut hadir pada majlis ialah Tuan Imam dan beberapa orang AJK Masjid Seberang Pumpong. Jika selalunya bacaan Yasin ini dilakukan di bahagian dalam dewan, namun untuk majlis ini, golongan lelaki telah ditempatkan dibahagian luar manakala golongan perempuan di bahagian dalam dewan. 

Hampir 150 orang penduduk telah menyertai majlis ini yang bertujuan untuk menghadiahkan bacaan Yasin dan Tahlil tersebut kepada ibubapa, suami, isteri, anak, ahli keluarga dan sanak saudara yang telah meninggal dunia serta bermunajat agar Allah Taala menurunkan hujan diketika negara sedang mengalami panas dan musim kemarau yang berpanjangan ketika ini.


Tuan Haji Sarbani berbual mesra dengan beberapa orang AJK sebelum majlis bermula.

Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama merangkap Setiausaha Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama.

Jiran Wanita, Tunas Jiran dan Jiran Muda perempuan membaca di bahagian dalam dewan.







Jiran Muda membantu membuka penutup botol air mineral.

Hai, apa yang didongakkan tu? hujan nak turun ke ?



Pengerusi Jiran Wanita, Ust Rogayah bt. Ramli bergambar bersama anak pelarian Rohingya yang turut mengikuti kedua ibubapanya menyertai majlis bacaan Yasin dan Tahlil. Abang kepada kanak-kanak ini meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Malaysia.









Pengerusi KRT Taman Utama melayani Tuan Haji Sarbani menjamu selera.



Blog Widget by LinkWithin