KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Jun 30, 2010

KEM SKIM RONDAAN SUKARELA

Kem Skim Rondaan Sukarela peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada 3 hingga 5 Julai 2010 di PJ Sentosa Kem Site, Jalan Puncak Janing, Kuala Nerang.

KRT Taman Utama turut dipilih untuk menyertai kem tersebut. KRT Taman Utama akan diwakili oleh En Yahya b. Abd Raof, selaku Setiausaha KRT dan En Zahid b. Abdullah selaku Ketua Peronda.



En. Yahya b. Abd Raof

En. Zahid b. Abdullah

Ahad, Jun 20, 2010

SELAMAT MENERIMA MENANTU

Pada hari Sabtu, 19 Jun 2010, Setiausaha KRT Taman Utama telah berkesempatan menghadiri jamuan kenduri perkahwinan anak lelaki En. Saad b. Idris, kakitangan JPNIN Negeri Kedah di Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar Kedah.

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menerima menantu perempuan yang pertama! Terima kasih di atas kad dan undangan perkahwinan tersebut.

Tahun ini menerima menantu, tahun depan menimang cucu ......

En. Saad b. Idris


Selasa, Jun 08, 2010

ALBUM PROGRAM MESRA BERSAMA ANAK QARYAH

Ketua SRS, En. Zahid Abdullah, berbaju merah sedang memasak untuk jamuan tengahari pada program tersebut.

Jiran Wanita turut turun padang membuat persiapan untuk memasak.

Mantan Pengerusi KRT Taman Utama, berjubah puteh turut mencuba nasib dalam acara boling kelapa.

Isteri Setiausaha menerima hadiah cabutan bertuah.

Tunas Jiran KRT Taman Utama menerima hadiah ke 2 bagi acara mewarna kategori tadika.

Acara kerusi muzik yang dikendalikan oleh KRT Taman Utama.

Beberapa orang AJK KRT Taman Utama turut membantu menyiang daging untuk jamuan tengahari.

Tuah untuk Setiausaha KRT Taman Utama yang turut bertindak sebagai penyelaras program apabila beliau memperolehi jam dinding (kotak biru), isterinya memperolehi set cawan (kotak pink) manakala anak sulungnya memperolehi hadiah bonanza sebuah basikal bernilai RM250.00 pada sessi cabutan bertuah di akhir majlis tersebut.

Ketua SRS bersama Din Rambo beraksi sebagai mat rempit di booth Jabatan Bomba Dan Penyelamat sempena program tersebut.


Blog Widget by LinkWithin