KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, November 29, 2011

* PROGRAM SANTAI BERSAMA KELUARGA *

Sempena musim cuti akhir tahun penggal persekolahan sessi 2011, KRT Taman Utama akan menganjurkan program santai bersama keluarga pada 15 - 16 Disember 2011 di Chalet Terapung Segantang Garam di Merbok, Kedah.


Chalet milik Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini terletak di kawasan perairan Sungai Gelam dan mempunyai pelbagai kemudahan dan daya tarikan yang tersendiri serta unik. Pelbagai agenda sedang dirangka oleh AJK KRT Taman Utama sepanjang program ini berlangsung. Sehubungan dengan itu, kepada penduduk Taman Utama yang berminat untuk menyertai program ini, sila hubungi Setiausaha KRT Taman Utama, En. Mohamad Sharipudin di talian 012 - 5321510.


Jom kita pi gegar chalet kat bawah ni !!!!!!!



Sabtu, November 26, 2011

* JOM RONDA BERSAMA MENTERI PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR / PADANG TERAP *


Pada hari Jumaat, 25 November 2011, telah berlangsung program Jom Ronda SRS Bersama Menteri Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap. Program yang bermula pada jam 9.00 malam telah diadakan di KRT Taman Wira Mergong Zon 2, yang berjiran dengan KRT Taman Utama.


Hadir pada malam tersebut ialah YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Alor Setar. Turut hadir ialah YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata, dan Yang Berbahagia En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah serta Puan Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.


Selain untuk mempromosi KRT dan SRS kepada masyarakat setempat, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga yang baru ditubuhkan bagi membantu masyarakat apabila berlaku bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.


KRT Taman Utama telah menghantar Pengerusi, 3 orang Skuad Pasukan Khas Sukarelawan dan 13 orang Peronda SRS untuk menghadiri majlis tersebut yang berakhir pada jam 12.00 malam. Blogger hanya sempat merakam beberapa keping gambar sahaja pada majlis tersebut dan terpaksa pulang sebaik sahaja ketibaan VIP kerana kurang sihat disebabkan demam kuat yang berlarutan hampir 10 hari sebelum tarikh tersebut.



Team SRS KRT Taman Utama yang menganggotai Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga Kedah. Dari kanan, En. Zahid b. Abdullah, En. Abdul Rashid b. Abd Rahman dan En. Mohd Fadzil b. Ibrahim bergambar bersama seorang lagi ahli skuad tersebut.



Team SRS KRT Taman Utama.


Team SRS KRT Taman Utama.


Backdrop majlis.


AJK KRT Kedondong, Pokok Sena.



AJK KRT Taman Setia Jaya.


AJK KRT Tanjong Bendahara.


Pengerusi KRT Taman Derga Jaya, Mr. Tan Say Kheong


AJK KRT Taman Derga Jaya.


Team SRS KRT Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah.


Pasukan Khas Sukarelawan RT Daerah Kota Setar / Padang Terap sedang berbaris menunggu ketibaan VIP pada malam tersebut.


Sabtu, November 19, 2011

* SELAMAT PENGANTIN BARU *


Setelah menduda hampir 8 bulan, akhirnya Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama telah bertemu jodohnya yang baru. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud yang selamat diijab kabulkan bersama pasangan hidupnya yang baru pada 19 November 2011.


Suri hidupnya yang baru ini bernama Pn. Faridah Bee bt. Abdul Hamid, yang tinggal di Tanjong Bendahara, iaitu kira-kira 8 kilometer daripada Taman Utama. Semoga mereka kekal hingga ke akhir hayat.





Sekali pandang macam Tengku Razaleigh pula wajah Tuan Haji Jusoh...


Dengan 2 kali lafaz, sahlah Pn. Faridah Bee menjadi isteri Tuan Haji Jusoh.


Pengantin bersama En. Mohd Fadzil b. Ibrahim menjadi pengapit bersama blogger. Lupa pulak blogger nak bergambar bersama pengantin.....

Jumaat, November 11, 2011

* KENDURI QURBAN AIDILADHA 1432H *


" DAGING DAN DARAH BINATANG QURBAN ATAU HADIAH TIDAK SEKALI-KALI AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH, TETAPI YANG AKAN SAMPAI KEPADANYA IALAH AMAL YANG IKHLAS DAN BERDASARKAN TAQWA DARIPADA KAMU ". (SURAH AL-HAJJ , AYAT 30 )


Sempena ibadah Qurban pada tahun ini seramai 11 orang penduduk telah menyumbangkan sebahagian daging Qurban mereka kepada KRT Taman Utama untuk jamuan kenduri kepada penduduk. Daging-daging tersebut telah dimasak selama 2 hari mulai 6 hingga 7 November 2011.


Pada 6 November, daging-daging tersebut telah dimakan bersama sup dan goreng berkunyit pada tengaharinya, manakala menu nasi kandar pada waktu malam. Manakala pada 7 November, menu tengaharinya ialah nasi puteh dan daging rebus dicicah bersama air asam dan sup. Untuk makan malamnya pula ialah bihun sup dan satay serta barbeque.


Lembu Qurban telah disembelih di Surau Jabatan Penjara Alor Setar yang diketuai penyembelihannya oleh Ustaz Sarbani b. Saad. Surau ini terletak hanya 1.5 kilometer sahaja daripada Taman Utama. Harga bagi setiap bahagian Qurban ialah RM 300.00.


Sembelihan di perkarangan Surau Jabatan Penjara Alor Setar.







Sementara menunggu daging Qurban sampai, Jiran Wanita yang diketuai oleh Pn. Sharifah, isteri blogger, telah menyediakan kueh lopeh untuk makan malam pada 6 Nov dan sarapan pagi pada 7 Nov 2011. Idea timbul apabila terdapat baki beras pulut dan gula merah di dalam dewan dan melihat daun pisang dan kelapa yang tumbuh subur di tepi dewan.


Ini dia kueh lopeh yang telah siap dibungkus. Selepas ini ianya akan direbus sebelum dimakan bersama kelapa yang diparut dan dicicah dengan air gula merah. Dia punya rasa ? ..... betul-betul HOLIAAWWWW....




Jiran Wanita sibuk menyediakan bahan masakan.


Jawatankuasa dan penduduk sedang memotong daging Qurban.


Jiran Muda ditugaskan membakar satay dan daging.




Penduduk sedang menikmati bihun sup dan satay.

Khamis, November 03, 2011

MAJLIS TAZKIRAH IBADAH QURBAN DAN BACAAN YASIN & TAHLIL


Program ini merupakan aktiviti anjuran bersama Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama dan KRT Taman Utama. Majlis telah diadakan pada hari Khamis, 3 November 2011 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Program 3 dalam 1 ini bermula dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil oleh Jiran Wanita selepas solat Maghrib yang diketuai oleh Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita KRT Taman Utama bagi menunaikan hajat Puan Rasinah bt. Hasan untuk roh arwah suami dan kedua ibubapanya.


Selesai majlis dan solat Isyak, program diteruskan pula dengan tazkirah khas berkaitan ibadah Qurban yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Sarbani b. Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar, diikuti dengan sessi soal jawab berkaitan Qurban dan Aqiqah.


Untuk menjayakan program ini, sebanyak RM715.00 telah berjaya dikumpul hasil sumbangan dari 34 orang penduduk termasuk RM200.00 sumbangan Pn. Rasinah bt. Hassan bagi majlis bacaan Yasin dan tahlil. Menu yang disediakan pada malam tersebut ialah Mee Kari Nyonya. Kerja-kerja memasak menu ini diketuai oleh En. Munawir b. Ismail, AJK Pakatan Taman Utama.


Terima kasih kepada semua penduduk yang menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program bersama ini. Terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Ustaz Sarbani yang menyampaikan tazkirah dan tidak ketinggalan, terima kasih juga kepada Ustazah Pn. Rogayah dan Pn. Hajah Sofiah yang mengetuai bacaan Yasin dan tahlil.



Yang Berbahagia Ustaz Sarbani sedang menyampaikan tazkirah.


Majlis bacaan Yasin dan tahlil Jiran Wanita.





Sedang khusyuk mendengar tazkirah.







En. Munawir b. Ismail dibantu oleh Pn. Syarifah Nab-iee yang mesra dengan panggilan Mak Pah sedang memproses bahan mentah untuk penyediaan Mee Kari Nyonya.



Suasana sewaktu majlis tahlil dan bacaan Yasin Jiran Wanita.





Jiran Wanita menjamu selera di belakang dan tepi dewan.







Kaum lelaki bersantai di luar dewan apabila selesai tazkirah.




Blog Widget by LinkWithin