KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 12, 2015

** OP SELAMAT 7/2015 **


Pada 12 Julai 2015, PDRM Negeri Kedah telah melancarkan Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya AidilFitri di perkarangan Stadium Darul Aman. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negeri Kedah, Datuk Zamri Yahya.

KRT Taman Utama turut dijemput menghadiri majlis pelancaran yang bermula pada jam 10.00 pagi. KRT Taman Utama diwakili oleh Pengerusi, En. Yahya Abd Raof. Turut serta ialah En. Zahid Abdullah, En. Abd Halim Ahmad dan En. Mohd Pauzi Yong.

Turut hadir ialah Pengarah JPNIN Kedah dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.




Ucapan pelancaran.





Gimik pelancaran.



Konvoi URB PDRM.

Pengerusi bersama Tuan Pengarah JPNIN.




Sabtu, Julai 11, 2015

** TADARUS AL-QURAN **


Antara program Ihya Ramadhan KRT Taman Utama bagi tahun 2015 / 1436H ialah kelas tadarus Al- Quran untuk Tunas Jiran dan Jiran Muda.

Program dikendalikan oleh Pengerusi Jiran Wanita, Puan Ustazah Rogayah bt. Ramli dan diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Seramai 25 orang peserta mengikuti program tadarus ini.

Pada 11 Julai 2015, majlis Sah Khatam Quran telah dilangsungkan. Para peserta diberikan saguhati duit raya sebanyak RM34.00 seorang hasil sumbangan KRT dan salah seorang penduduk iaitu Pn. Hajah Rokiah bt Ab. Hamid.
















** KEMBARA RAMADHAN 1436H / 2015 **


Pada 4 Julai 2015, sekali lagi KRT Taman Utama menyertai program Kembara Ramadhan anjuran NGO WargaKilang menjelajah Daerah Sik dan Baling bagi menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin yang telah dikenalpasti  dibeberapa buah kampong.

KRT Taman Utama diketuai oleh Pengerusi dan 4 orang AJK iaitu En. Mohd Fadzil Ibrahim, En. Abdul Rashid b. Abd Rahman, En. Abd Halim b. Ahmad dan En. Che Daud b. Hashim yang sudi menggunakan kenderaan pacuan 4 rodanya bagi membawa barang sumbangan. Turut menyertai ialah 2 orang pelajar MSU Kuala Lumpur iaitu adik Fadzli dan adik Amin.

Sebanyak RM 3230.00 sumbangan daripada penduduk Taman Utama dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah diterima bagi program kali ini. Sebanyak RM 1217.00 telah digunakan untuk membeli barangan seperti beras, gula, minyak masak dan kopi, manakala selebihnya diberikan wang tunai sama rata kepada 45 buah keluarga yang menerima sumbangan. Turut dibawa ialah pakaian terpakai.

Dengan keadaan kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang kini, sumbangan ini sedikit sebanyak membantu dan memberi mereka kelegaan dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya nanti. Purata penerima adalah berpendapatan bawah paras kemiskinan yang majoriti adalah penoreh getah.

Ramai yang menitis air mata pada hari tersebut, samada penerima mau pun pemberi. Penerima terharu menerima barangan dan wang ringgit apatah lagi dengan harga getah hanya RM2.50 sekilo sekarang diuji pula dengan musim hujan sekarang.

Terima kasih kepada yang memberikan sumbangan dan kerjasama.


Wang tunai yang dibawa.

Selesai memuatkan barangan dalam kereta

Barangan yang dibawa dikumpulkan di perkarangan Masjid Felda Lubuk Merbau dan diagihkan kepada 45 buah keluarga.





AJK KRT Taman Utama.







2 pelajar MSU



Konvoi 70 buah kenderaan.





Sumbangan susu kepada bayi yang turut berpenyakit,

Barangan yang dibeli.

Membelah kesunyian kampong.

Peserta non Muslim.



Kerjasama antara peserta.

Ditengah kebun getah











Bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan





Adik Fadzli menyampaikan sumbangan



Che Daud Hashim menyampaikan sumbangan wang tunai.



Durian dan rambutan yang sedang masak di belakang rumah penerima.



En. Moneir, penyelaras program bersama pelajar MSU



Blog Widget by LinkWithin