KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Julai 31, 2012

** KARNIVAL BUBUR LAMBUK DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG **



Pada hari Ahad, 29 Julai 2012, KRT Taman Utama telah dipilih oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah untuk menyertai Karnival Bubur Lambuk dan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di perkarangan Menara Alor Setar.

Program anjuran bersama Menara Alor Setar ini adalah bersempena 15 tahun Menara Alor Setar dibina. Sejumlah 8 agensi telah terlibat dalam program ini iaitu Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar, PERKESO, Kedah Medical Centre, Hotel Regency, Puteri UMNO Alor Setar dan Menara Alor Setar sendiri.

Setelah berbincang dengan pihak JPNIN dan pihak Menara Alor Setar, KRT Taman Utama telah mengambil keputusan untuk menyediakan menu yang berlainan daripada bubur lambuk iaitu moi kari yang dikenali juga sebagai moi tumis. Ternyata keputusan yang diambil adalah tepat apabila menu tersebut laris bagai goreng pisang panas dikalangan pengunjung. Sebaik sahaja ianya di bungkus, pada jam 12.00 tengahari, orang ramai berpusu-pusu menyerbu gerai KRT Taman Utama sehinggakan moi tersebut habis sebelum sempat ianya diagih dan diedarkan secara rasmi.

Moi dan bubur yang dimasak oleh agensi yang terlibat sepatutnya mulai diedarkan kepada orang ramai di jalan raya berhadapan Menara Alor Setar mulai jam 2.30 petang oleh ketua-ketua agensi terlibat. Namun moi kari KRT Taman Utama tidak sempat untuk menunggu sehingga jam tersebut kerana permintaan hebat dari orang ramai. 


Urusan pengagihan bubur kepada orang ramai diketuai oleh Pegawai Daerah Kota Setar iaitu Dato' Abu Bakar b. Din. Selain bubur, turut diserahkan ialah Jalur Gemilang kepada kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Seramai 25 orang yang terdiri daripada AJK, Peronda SRS dan Jiran Wanita terlibat dalam penyediaan moi kari sebanyak 3 buah periok bersaiz 10 gantang ini. Turut menyertai ialah Pengarah JPNIN Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin dan Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar serta kakitangannya.

Selain menyediakan menu tersebut, KRT Taman Utama turut mengadakan pameran "Jejak-jejak Kemerdekaan" sempena kempen kibar Jalur Gemilang pada hari tersebut serta menghiasi khemah dengan Jalur Gemilang dan sepanduk bertemakan kemerdekaan. Ternyata gabungan menu, pameran dan kreativiti tersebut telah menobatkan gerai JPNIN Kedah sebagai gerai terbaik oleh pihak penganjur pada karnival tersebut.


Sehari sebelum program, blogger dan 3 orang AJK telah pergi menghiasi gerai JPNIN Kedah.

Petugas sedang memproses bahan mentah di dewan KRT sebelum dibawa ke Menara Alor Setar.

Jiran Wanita sedang melakukan kerja-kerja awal memasak.

Gerai Puteri UMNO.
Gerai Kedah Medical Centre.

Gerai Majlis Bandaraya Alor Setar
En. Mohd Yusof b. Daud daripada JPNIN Negeri dan En. Abdul Halim b. Alwi daripada Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar.
Gerai Hotel Regency.

Pn. Noorassemah bt. Abdullah, PPD Daerah Kota Setar turut menyingsing lengan membantu Jiran Wanita KRT Taman Utama.
Pn. Norzilawatie, penyelaras program daripada Menara Alor Setar bersama Pn. Noorassemah.





Urusan melabel JPNIN pada bekas yang akan diisi dengan bubur.




Chef daripada Hotel Regency sedang menunjukkan kemahiran menggubah buah betik.
Moi yang sedang ditumis.
Moi yang telah siap untuk diedarkan.

En. Mohd Yusof bersama salah seorang pengunjung yang melihat pameran Jejak-jejak Merdeka.
Kakitangan Menara Alor Setar turut membantu mengagihkan moi kepada pengunjung.

Tuan Pengarah JPNIN Kedah tidak mahu ketinggalan untuk turut serta mengacau moi dengan dibantu oleh blogger dan Pn. Norzilawatie.
Tuan Pengarah JPNIN Kedah sedang menyerahkan moi kepada kakitangan RTM Kedah yang sedang dalam perjalanan ke majlis sambutan kedatangan YAB Perdana Menteri ke Daerah Sik.

Petugas bergambar bersama Tuan Pengarah.
Pengerusi KRT Taman Utama menyerahkan moi kepada Tuan Pengarah.
En. Mohd Yusof b. Daud menerima hadiah hamper gerai terbaik daripada Pn. Norzilawatie.


En. Mohd Yusof menyerahkan hamper kepada Pengerusi KRT Taman Utama.
Bagi menghargai petugas dan sebagai hadiah kemenangan, pihak Menara Alor Setar menawarkan secara percuma kepada KRT Taman utama untuk menaiki Menara Alor Setar.






Pemandangan Bandaraya Alor Setar dari atas menara.

Kerja-kerja mengedarkan bubur dan moi kepada orang ramai sedang dilakukan.



Hamper kemenangan sedang diagihkan kepada Tunas Jiran yang hadir sewaktu majlis berbuka puasa.

Blog Widget by LinkWithin