KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Disember 31, 2010

Tanggal 15 Disember 2010, hari Rabu merupakan suatu tarikh keramat untuk warga KRT Taman Utama kerana menerima kunjungan daripada En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Sehari sebelumnya, Setiausaha telah menghubungi Tuan Pengarah memaklumkan perkembangan pembinaan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama yang sedang dibina secara bergotong royong oleh AJK, Peronda SRS dan beberapa orang penduduk Taman Utama serta menjemput Tuan Pengarah untuk datang melihat premis ini.

Tuan Pengarah kemudian memberi persetujuan untuk datang dan melihat sendiri premis ini bersama Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap, Puan Noorassemah bt. Abdullah. Turut hadir ialah 2 ( dua ) orang wartawan akhbar Sinar Harian, Cik Shahni Farhana dan Cik Maria Uffa yang banyak membantu dan menyiarkan aktiviti KRT Taman Utama di dada akhbar berkenaan.

Kunjungan yang berlangsung hampir 1 jam ini telah merapatkan lagi ikatan ukhwah antara pihak JPNIN dan KRT Taman Utama. Beberapa orang Jiran Wanita telah bergotong royong membantu menyediakan makanan tengahari dengan bermenukan masakan ala kampong bagi meraikan kunjungan Tuan Pengarah.

Diakhir kunjungan Tuan Pengarah telah bersetuju untuk memberikan tambahan bantuan kewangan bagi menyiapkan beberapa bahagian premis yang masih belum dibina iaitu tandas dan bekalan air. TERIMA KASIH DAUN KELADI TUAN !!!!

Sesungguhnya kunjungan dan bantuan tambahan yang dihulurkan ini akan menyemarakkan lagi semangat warga KRT Taman Utama dalam mengadakan aktiviti di dalam Taman Utama, ini memandangkan kerana selama KRT ditubuhkan mulai Jun 2004, tiada kemudahan premis seumpama ini di Taman Utama. Segala aktiviti hanya berpusat dan beroperasi di rumah Setiausaha sahaja.

Inilah hadiah tahun baru 2011 yang amat bermakna bagi kami seluruh warga KRT Taman Utama.


Tuan Pengarah sedang memperkatakan sesuatu kepada Setiausaha.

Puan Noorassemah sedang memberikan taklimat berkaitan KRT Taman Utama kepada Tuan Pengarah.


Tetamu dan AJK KRT Taman Utama sedang menikmati jamuan tengahari.




Cik Shani Farhana dan Cik Maria Uffa sedang menemubual Tuan Pengarah.


Tuan Pengarah dan Pegawai Perpaduan Daerah bergambar bersama Pengerusi dan beberapa orang AJK yang hadir di hadapan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama..


Selasa, Disember 28, 2010

PERONDA SRS MINUM NIRA NIPAH

Pada Khamis 9.12.2010, seramai 8 orang Peronda SRS yang diketuai oleh En. Zahid Abdullah telah pergi ke Kampung Sedaka, Yan. Jarak antara kampung ini dengan Taman Utama adalah hampir 30 km.

Rancangan untuk pergi minum nira nipah ini adalah idea spontan daripada salah seorang peronda iaitu En. Mohd Sharipudin beberapa jam sebelum menjalankan rondaan. Kumpulan peronda telah bertolak pergi pada jam 11.00 malam dengan menaiki 2 buah kereta dan sampai selepas 45 minit memandu.

Tujuan pergi adalah semata-mata untuk menikmati kesegaran nira nipah dan sebagai cara bersantai sebelum menjalankan rondaan.

SEDIKIT INFO NIRA.

. Merupakan minuman asli yang dihasilkan dari pokok nipah.
. Nama saintifiknya "nypa fruticans" dan tumbuh di kawasan berpaya, lembah dan berlumpur.
. Pelepah pokoknya dijadikan atap rumah, manakala daunnya dijadikan sebagai daun rokok.
. Nira segar mengandungi "sukros" dan protein.
. Mempunyai khasiat seperti menurunkan suhu badan, mencuci buah pinggang, sakit gastrik, meredakan sakit karang pasir dan melawaskan kencing. Bagi yang mengidap darah tinggi dan kencing manis boleh meminum cuka nipah setiap pagi dan petang manakala yang mengidap bengkak cantik boleh mencampurkan cuka dan nila dan disapu ditempat yang sakit.


Tu dia nira segar yang baru diambil dari pokok.. Mak oiii sedap tak terkira..


Mai kita pakat pekena ! Mai secawan !!!!

Tu dia Pak Lang Nawi otai Peronda SRS sedang menikmati kesegaran nira asli ..


Inilah En. Mohd Sharipudin orang yang mencetuskan idea pergi minum nira dan yang sponsor nira tersebut. Hmm... tak lekang dengan baju Jabatan Alam Sekitar beliau...


En. Md. Nasser Mat Akhir...


En. Jailani Sabran...


En. Zamzuri Said....


En. Zahid Abdullah....


En. Mohd Fadzil Ibrahim...


Tuang hingga ke titisan nira terakhir ... harga bagi setiap jug adalah RM 7.00. Malam tersebut sebanyak 6 jug telah berjaya dihabiskan !!!! mak datokkkk ..


Buah nipah. Air nira akan menitis keluar daripada ranting yang telah dipangkas daripada buahnya.


Peronda bersantai dicelah pokok nipah. Cantik lanskap kawasan ini. Kreatif sungguh tuan punya pokok nipah ini dengan membuat hiasan taman disekitar pokok nipah yang terletak di tepi rumah beliau.


Kerusi batu yang beranika warna tambah menyerikan kawasan... susun letak kerusi dan pokok-pokok bunga disekitar dan dicelah pokok nipah begitu mengasyik mata yang memandang ... apatah lagi dengan tiupan sepoi angin malam dari sawah padi yang berdekatan... rasa tak mau nak balik ke rumah ..


Pondok atau wakaf yang turut didirikan di sekitar rumah dan pokok nipah.


Nira yang telah siap di packing untuk dijual disekitar Daerah Yan. Harga setiap satu adalah RM 1.50. Peti sejuk ini dibekalkan oleh pihak MADA.


Tokey nira ! lupa pulak nama dan nombor hp dia ... Wa tabik lu lah dengan idea jualan dan lanskap lu punya rumah ..


Air nira akan menitis keluar daripada ranting ke dalam plastik di dalam botol ini ...




Sabtu, Disember 25, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN / DOA SELAMAT & KENDURI KESYUKURAN

Tarikh : Jumaat, 24 Disember 2010.
Tempat : Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.
Masa : 9.00 malam.
Menu : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap, Acar Buah, Dalca, Pisang dan Air Tembikai.

Majlis ini pada mulanya dianjurkan oleh Setiausaha KRT Taman Utama, En. Yahya Abd Raof kerana kejayaan anak sulung beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UiTM Arau pada 27 Disember 2010 nanti sekaligus untuk kesejahteraan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Menu beliau agak ringkas sahaja kerana kekurangan bajet dihujung tahun, iaitu Nasi Lemak Ikan Bilis dan Sambal Udang.

Namun sehari sebelumnya, bakal AJK yang baru, En. Shaharudin b. Saad telah memaklumkan hasrat beliau untuk turut mengadakan jamuan kesyukuran kerana kejayaan anak beliau mendapat 8A dalam PMR yang diumumkan pada 23.12.2010. Ini diikuti oleh Pn. Noor Hashimah bt. Yusoff, dimana anak beliau turut memperolehi 7A, 1B dikuti oleh Pn. Huzaimah bt. Hashim yang merahsiakan kejayaan anaknya tetapi turut menghulurkan sumbangan wang ringgit untuk menjayakan majlis ini.

Dari menu Nasi Lemak yang dirancang telah bertukar kepada menu yang dinyatakan di atas. Inilah yang dikatakan keberkatan hasil muafakat sesama penduduk.

Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan penuh meriah dengan penduduk turut datang membantu bergotong royong memasak menu yang ditetapkan tanpa mengira peringkat umur mulai dari jam 9.00 pagi. Pada waktu tengahari isteri Setiausaha telah sudi menyediakan laksa untuk penduduk yang hadir menyediakan menu.

Hampir 150 orang penduduk telah hadir pada malam bacaan Yasin tersebut yang diketuai oleh mantan Pengerusi KRT iaitu En. Ismail b. Haji Kasim, Bilal Masjid Seberang Pumpong yang menggantikan Imam Masjid yang tidak dapat datang kerana uzur.

Jiran Wanita sedang mengupas bawang. Yang berkaca mata tu ialah isteri Ketua Peronda SRS...

Salah seorang Jiran Wanita yang baru menetap di Taman Utama turut menyertai gotong royong memasak. Lupa pulak nak tanya siapa namanya...

Jiran Muda turut membantu menggoreng Ayam Masak Merah. Ish ! Ish ! anak sapa ni haaa....

Sessi memotong nenas dan timun untuk acar buah.

En. Ismail b. Haji Kasim berucap sebelum memulakan majlis bacaan Yasin.

Disebabkan terlalu ramai kaum lelaki yang hadir, golongan Jiran Wanita terpaksa membaca Yasin di luar premis Pusat Rukun Tetangga.

Dr. Ahmad Fauzey, berbaju biru, Pakar Orthopedik yang tinggal di Taman Utama turut menyertai majlis.

Sessi menjamu selera, selepas bacaan Yasin .....

Antara Jiran Usia Emas yang sempat di candid...

Air bacaan Yasin ini kemudiannya diagihkan kepada penduduk yang hadir..

Alahai ... kesian kat Jiran Wanita kerana terpaksa makan kat luar premis....

Gelagat geng Jiran Muda. Mereka inilah yang membantu membasuh peralatan memasak dan menyimpan peralatan tersebut kembali ke dalam setor.

Sessi bersantai melapangkan perut yang penuh berisi di luar premis..

Tuan Bilal sedang memilih menu...

En. Pissal b. Abu. pegawai syarikat e - Idaman yang memantau program Kitar Semula di Taman Utama turut hadir. Hai En. Pissal, menggaru kepala nampak? itulah datang lewat sangat, makanan dah habis... tak pa.. nanti kita keluar makan kat kedai .... tapi bukan kedai dang dut ye bangg...

Apa pun, terima kasih kepada En. Pissal kerana menghantar lebih kurang 20 pek Asyura daripada syarikatnya pada petang majlis bacaan Yasin ini.

Setiausaha keletihan sesudah majlis... waktu gambar ini diambil ialah pada jam 1.30 pagi....


Blog Widget by LinkWithin