KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Mac 29, 2011

KE BUMI KENYALANG ...

Pada 11 Mac 2011, blogger berkesempatan menjengah ke bumi kenyalang buat kali ke 2. Kali ini kunjungan dilakukan bersama 38 orang ahli Koperasi Bumiputera Kedah Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya En. Mohd Zuhdi b. Yaakob, Ahli Lembaga Pengarah, kakitangan dan beberapa orang ahli.

Rombongan bertolak pada jam 9.00 pagi dari Alor Setar dengan menaiki bas ke Kuala Lumpur dan menaiki pesawat Air Asia daripada LCCT Kuala Lumpur ke Kuching pada jam 5.00 petang.


Kami bermalam di Rumah Panjang Kaum Iban pada malam pertama dan mulai menjelajah ke beberapa tempat menarik di sekitar Bahagian Kuching. Rombongan bertolak balik ke semenanjung pada 15 Mac 2011.

Terdapat beberapa tempat dan peristiwa menarik yang ingin blogger kongsi bersama dengan pelayar blog ini terutama yang terlibat dengan KRT.



Di hadapan Kampung Budaya Sarawak.


Selama 4 hari di sana, blogger telah menemui 3 buah KRT sepanjang jalan perjalanan. Hanya KRT Astana yang tidak sempat di ambil gambarnya kerana terlupa.....


KRT Pekan Bau, terletak di antara perjalanan dari Kuching menuju ke Sarikin.


Makan malam di Kampung Budaya Sarawak..


Gunung Santubong dilihat dari Kampung Budaya Sarawak..


Dipakaikan tag lawatan oleh kakitangan Kampung Budaya...


Bersama YM Tunku Amran b. Tunku Daud, kakitangan Sime Continental Tyres Kedah.


Passport yang diberikan kepada pengunjung Kampung Budaya. Passport ini akan di cop apabila mengunjungi tiap rumah etnik kaum yang terdapat di Kampung Budaya Sarawak.


Meniti jambatan buluh yang digunakan oleh etnik di Sarawak. Dihadapan blogger ialah En. Man b. Hamid, pakar motivasi di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. InsyaAllah pada bulan Mei atau Jun nanti blogger akan mengundang beliau untuk segmen motivasi kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2011.


Kakitangan Kampung Budaya sedang memberikan taklimat pada setiap rumah etnik yang terdapat di situ..


Mencuba alat pengisar padi di rumah etnik Bidayuh..


Bersama "awek lama" etnik Bidayuh..


Di dalam Pos Pengawal etnik Bidayuh. KRT boleh meniru konsep pos ini untuk pos SRS....


Bersama etnik Iban.


Etnik Penan.


Penari di rumah etnik Kelabit. Yang sebelah kanan blogger tu pelatah orangnya... kesian dia kena sakat oleh blogger hari tu....


Rumah Panjang etnik Kelabit, salah seorang dari etnik ini ialah Dato' Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Rumah Panjang etnik Melanau.


Muzium kuching di Dewan Majlis Bandaraya Kuching. Pelbagai spesis kuching terdapat dalam muzium ini hanya BUAH MATA KUCHING saja yang tiada...


Tidak cukup syarat jika tidak bergambar di depan replika di tengah Bandaraya Kuching ini.


Membeli ikan terubuk masin di Pasar Satok, pasar yang sering diberi publisiti luas. Pasar ini biasa saja, seperti pasar pagi atau pasar malam di semenanjung...


Membeli belah di Sarikin, pekan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Murah barangan disini. Dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja untuk memberi kelepasan dan peluang kepada warga Indonesia menjual barangan mereka disini.


Pada hari Ahad yang kami pergi, hujan turun agak lebat juga dan membataskan pergerakan kami untuk membeli belah..


Periuk kera. Besar saiznya....


Pulut yang diisi dalam periuk kera...hmm... BETUL BETUL HOLIAU...


Sayur-sayur yang segar, besar dan montel yang dijual di pinggir jalan menuju ke Sarikin..


Bertemu "sahabat lama" di Semenggoh...


Kakitangan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh sedang memberikan taklimat kepada pengunjung sebelum mereka dibenarkan memasuki hutan tersebut untuk melihat Orang Utan makan..


Ketika melawat kilang tembikar / seramik...


Rumah Kek Lapis Dayang Salhah......


Aneka kek lapis yang dihidangkan kepada pengunjung dirumah tersebut. Kenyang juga blogger makan kek tersebut! save bajet makan tengahari..


Haa..... ini dia..... antara kek lapis untuk orang Taman Utama......


Pemandangan sekitar Waterfront.......


Ke kilang sarang burung Walit. Inilah sarang burung yang baru dipungut..


Kerja mengasingkan kekotoran dan air liur burung walit. Gaji besar pun blogger tak sanggup....


Cebisan kayu Tongkat Ali ! best ooooo !!!!


Lada Sarawak. Cantik bila di pek begini...


Memeluk En. Bebe, pemandu pelancung di Lapangan Terbang Kuching, sebelum berangkat pulang ke semenanjung.


Antara buah tangan untuk orang Taman Utama..


Jumaat, Mac 25, 2011

AKTIVITI SRS

Pada hari Jumaat, 25 Mac 2011, aktiviti rondaan kembali diaktifkan apabila tertangguh kerana Kad Kenal Diri yang belum diperolehi dan kesibukan Sukarelawan SRS membina Pusat KRT Taman Utama. Kini, Alhamdulillah Pusat KRT tersebut telah siap 90%, hanya menunggukan sedikit peruntukan kewangan bagi memasang siling, pemasangan jerjak besi pada pintu dan pemasangan letrik di dalam tandas sahaja lagi. Sehubungan dengan itu, aktiviti SRS di KRT Taman Utama kini boleh diaktifkan kerana sudah mempunyai pos yang selesa.

Hasil perbincangan Pengerusi dan Ketua SRS, maka aktiviti ini mulai dijalankan pada 25 Mac 2011 dan setelah memaklumkan kepada sukarelawan pada waktu petangnya, seramai 15 orang sukarelawan SRS telah melaporkan diri pada jam 11.00 malam. Kesemua yang hadir telah menyumbangkan RM5.00 tiap seorang bagi membeli dan memasak pulut durian untuk makanan sepanjang menjalankan rondaan pada malam tersebut.

Sungguh menyelerakan apabila menikmati pulut durian pada malam tersebut apatah lagi dalam kesejukan malam yang diiringi dengan gerimis hujan yang turun mulai jam 10.00 malam. Rondaan mulai dijalankan pada jam 1.30 malam setelah hujan mulai reda dan berakhir pada jam 6.00 pagi.

Namun pada petang 25 Mac itu, iaitu kira-kira jam 5.00 petang beberapa orang sukarelawan ini dan penduduk Taman Utama sekali lagi telah turun padang membantu Pasukan Bomba Dan Penyelamat memadam kebakaran sebuah lagi rumah di belakang Pusat KRT Taman Utama. Tahniah dan syabas kepada Sukarelawan SRS dan penduduk Taman Utama yang turut meringankan tugas anggota Bomba pada petang tersebut.


Antara beberapa biji buah durian yang dibeli di pasar malam yang berdekatan KRT Taman Utama.


Sebahagian daripada 15 orang Peronda SRS sedang menikmati pulut durian.












Ada yang tertidur sementara menanti giliran rondaan..


Ada yang bermain karom sementara menanti hujan reda....


Tugas memasak pulut diserahkan kepada En. Abd Rashid b. Abd Rahman, seorang kakitangan Jabatan Penjara...




Sedang menengar taklimat daripada Ketua Peronda..


Inilah gambar rumah kampong yang terbakar di belakang Pusat KRT Taman Utama. Terletak kira-kira 200 meter daripada Pusat KRT.




Sebahagian sukarelawan dan penduduk yang membantu pihak Bomba Dan Penyelamat.








Apa yang penting?.. KERJASAMA....

Blog Widget by LinkWithin