KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 31, 2011

< TAZKIRAH RAMADHAN 1432H >


Majlis tazkirah ini dilaksanakan tanpa perancangan awal. Idea mengadakan tazkirah ini diutarakan oleh Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita kepada Pengerusi KRT beberapa hari sebelum program ini dicadangkan.



Majlis diadakan pada 31 Julai 2011, hari Ahad mulai jam 10.00 pagi di Pusat Rukun Tetangga. Program dikhaskan untuk golongan wanita sahaja dan tazkirah disampaikan sendiri oleh Ustazah Puan Rogayah. Selesai tazkirah, mereka yang hadir menjamu selera dengan makanan yang dibawa oleh mereka sendiri diikuti dengan bersama-sama gotong royong membersih peralatan yang digunakan sewaktu majlis barbeque yang diadakan pada sebelah malamnya.




Pn. Ustazah Rogayah sedang menyampaikan tazkirah....










JAMUAN MAKAN MALAM - BARBEQUE


Jawatankuasa Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama dan Rukun Tetangga Taman Utama telah berjaya menganjurkan majlis jamuan makan malam - barbeque pada hari Sabtu, 30 Julai 2011 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Program bertujuan untuk perjumpaan silatulrahim antara penduduk menjelang bulan Ramadhan. Kos untuk program adalah hasil kutipan dan derma sumbangan penduduk yang berjumlah hampir RM550.00. Menu utama ialah nasi puteh berkuahkan sup daging Tom Yam manakala menu bakar ialah ayam, daging, ikan dan cocktail.


Turut diadakan pada malam tersebut ialah bacaan tahlil yang diketuai oleh Tuan Haji Mahmud b. Haji Husain, pembimbing kelas fardhu ain Jiran Wanita. Sambutan daripada penduduk adalah diluar jangkaan dimana kesemua makanan yang disediakan pada malam tersebut habis sama sekali, bahkan ada yang tidak sempat menikmatinya, sedangkan mengikut persiapan yang biasanya diatur, sukatan makanan yang seperti ini akan berbaki dan dapat dibawa pulang oleh penduduk. Mungkin penduduk kini kian mendekati dan menerima ke dua buah badan yang aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan untuk mereka agaknya.


Tahniah dan syabas kepada AJK Pakatan Taman Utama dan KRT Taman Utama yang berjaya menganjurkan majlis ini yang dapat menyatukan penduduk. Terima kasih kepada AJK dan penduduk yang bertungkus lumus menyediakan makanan dan terima kasih daun keladi kepada mereka yang turut memberikan sumbangan tenaga dan wang untuk menjayakan program ini.


Daging ayam yang diperap...
Ikan.....
Daging....
Sup Tom Yam.....



Jiran Wanita sedang memproses bahan mentah....


En. Azmi, kakitangan JPJ Kedah...

En. Shaharudin dan En. Jailani sedang menyucuk cocktail berbekalkan rambutan disisi... rupanya cocktail ni bukan saja diminati oleh kanak-kanak, tetapi oleh orang dewasa juga....

En. Zahid, Ketua SRS menunjuk cara kaedah memanggang.....

En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay berasal daripada Pulau Pinang dan En. Bolki b. Bolhi daripada Sarawak tidak mahu ketinggalan untuk menunjukkan kemahiran memanggang...









Jiran Wanita menggoreng telor dadar....


































Rabu, Julai 27, 2011

KECERIAAN TAMAN


Awal bulan Julai 2011, Taman Utama telah mendapat nafas dan keceriaan baru apabila mendapat peruntukan set permainan kanak-kanak . Kisahnya bermula pada bulan Februari 2011 lalu, apabila Penolong Setiausaha KRT Taman Utama, En. Shaharudin b. Saad meminta blogger membuat kertas kerja kepada YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, merangkap Ahli Parlimen Alor Setar bagi memohon sedikit peruntukkan bertujuan untuk membaik pulih set permainan kanak-kanak dan membina gelanggang serbaguna untuk permainan badminton, sepak takraw dan bola tampar.

Alhamdulillah, hasil kertas kerja yang dikemukakan, serta dengan pertolongan daripada salah seorang kawan rapat En. Shaharudin, permohonan ini direalisasikan pada bulan Julai apabila pihak Majlis Bandaraya Alor Setar, melalui peruntukkan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menaiktaraf dan membina beberapa set permainan yang ada.

Kini kawasan padang permainan yang bersebelahan dengan Pusat Rukun Tetangga menjadi ceria dan dipenuhi oleh masyarakat Taman Utama, terutama golongan kanak-kanak apabila tiba waktu petang. Suasana penuh dengan keriangan dan riuh rendah hilai ketawa mereka apabila bermain dengan set permainan yang baru ini.

Terima kasih kepada YB Dato' Wira Chor Chee Heung, terima kasih kepada Majlis Bandaraya Alor Setar dan terima kasih kepada pencetusnya En. Shaharudin b. Saad..... Wa caya lu lahhh...



Usaha terawal dengan mengecat semula alat gelunsur.....




Adunan aneka warna yang mengkagumkan......








Lihatlah raut wajah mereka yang penuh kegembiraan dan keriangan...



Ish!.. Ish !... anak sapa ni?...

Jeng ! jeng ! inilah dia mastermindnya... En. Shaharudin...


Yang dibawah adalah set permainan yang lama...... orang Kedah kata, tengok pun tak laluuu....





Blog Widget by LinkWithin