KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Oktober 22, 2014

** LAWATAN MUHIBAH KRT TAMAN KELISA **


Pada 20 Oktober 2014, hari Isnin, seramai 4 orang Ahli Jawatankuasa KRT Taman Kelisa, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka telah singgah ke KRT Taman Utama. Mereka diketuai oleh Pengerusinya En. Mohd Hafiz b. A. Abdul Mutalif, Timbalan Pengerusi dan 2 orang AJK yang secara kebetulan ada urusan rasmi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Mereka terlebih dahulu telah menghubungi JPNIN Negeri Kedah menyatakan hasrat mereka untuk berkongsi pengalaman dan percambahan fikiran dengan KRT yang berhampiran hospital. Pihak JPNIN Negeri kemudiannya memanjangkan tujuan itu kepada Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar yang kemudiannya memilih KRT Taman Utama untuk menerima kunjungan mereka.

Taklimat pentadbiran KRT Taman Utama telah diberikan oleh Pengerusi KRT Taman Utama, En. Yahya Abd Raof. Taklimat bermula dari jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 1.30 petang. Beberapa isu dan idea telah berjaya dikongsi bersama antara ke dua pihak.

KRT Taman Kelisa baru mendapat kelulusan penetapan pada bulan Februari 2014, dan didiami oleh ramai anggota pasukan ATM. Semoga perkongsian ini akan menjana aktiviti mereka di sana.


Pengerusi KRT Taman Utama menerima cenderamata dari En. Mohd Hafiz.

Taklimat diberikan melalui slide show.





Isnin, Oktober 20, 2014

** BACAAN YASIN PEPERIKSAAN 2014 **


Pada hari Khamis, 16 Oktober 2014, Jiran Wanita KRT Taman Utama telah mengadakan majlis bacaan Yasin di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Majlis bacaan diketuai oleh Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli. Tujuan program ialah bagi mendoakan kejayaan anak-anak Taman Utama yang menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM yang bermula pada bulan September yang lalu.

Majlis bermula pada jam 8.30 malam, namun persiapan menu nasi beriyani telah bermula dari awal pagi lagi. Seramai 120 orang Jiran Wanita, Tunas Jiran dan Jiran Muda menyertai majlis bacaan Yasin ini.














Kaum lelaki yang baru pulang menunaikan solat Isyak turut hadir.



Rabu, Oktober 15, 2014

** MESYUARAT JIRAN WANITA BERSAMA PDRM KOTA SETAR **


Pada 13 Oktober 2014, Inspektor Bibi Jan bersama seorang rakannya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar telah datang untuk bermesyuarat dengan Jiran Wanita KRT Taman Utama.

Mesyuarat bermula pada jam 5.00 petang bagi membincangkan aktiviti bersama antara kedua pihak. Mesyuarat berjaya membuat keputusan untuk mengadakan program memasak bubur Asyura pada 6 November 2014 nanti di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama dengan perkongsian bajet antara KRT Taman Utama dengan PDRM.

Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli, selaku Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama hadir mengetuai AJK Jiran Wanita pada mesyuarat tersebut.

Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama bergambar bersama Insp Bibi Jan dan AJK Jiran Wanita.

Ahad, Oktober 12, 2014

** SEMINAR RUKUN NEGARA **


Pejabat Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah berjaya mengadakan Seminar Rukun Negara Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena pada 11 Oktober 2014.

Seminar yang dikhususkan untuk golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda ini telah dilangsungkan di Auditorium Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, Alor Setar. Seramai 100 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda daripada 10 KRT yang terpilih telah menghadiri seminar tersebut. KRT Taman Utama diwakili oleh 7 orang Tunas Jiran dan 3 orang Jiran Muda.

Objektif program ialah :
1. Meningkatkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan pelajar terutama ahli Kelab Rukun Negara di sekolah dan Sekretariat Rukun Negara di IPT.
2. Memberi kesedaran kepada ahli Kelab Rukun Negara / Sekretariat Rukun Negara serta melahirkan generasi muda yang bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap kepelbagaian cara hidup dan latar belakang masyarakat.
3. Mengeratkan hubungan kaum dan menjalinkan silaturrahim di kalangan pelajar sekolah dan IPT selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.
4. Meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman pelajar terhadap Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Sebanyak 3 sessi ceramah telah diberikan kepada peserta. Ceramah 1 - Sejarah Kemerdekaan Negara oleh Pegawai JASA. Ceramah ke 2 - Pengisian Kemerdekaan oleh Pegawai Jabatan Penerangan dan ceramah ke 3 - Penerapan Prinsip Rukun Negara oleh Pegawai JPNIN Kedah.

Seminar ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Para peserta telah dibekalkan dengan baju T, alatulis dan beg sekolah sebagai penghargaan kehadiran kepada mereka.

Perasmian penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.




Peserta dari KRT Taman Utama membuat pendaftaran kehadiran.

Tunas Jiran perempuan KRT Taman Utama.

Tunas Jiran lelaki KRT Taman Utama.

Para peserta memakai T shirt program.

En. Mohd Yusof Daud daripada JPNIN Negeri Kedah sedang menyampaikan ceramah.

Jiran Muda perempuan KRT Taman Utama.





Pn. Noorassemah sedang menyampaikan ucapan penutup.

Anak Pengerusi KRT Taman Utama sedang menerima sijil penyertaan.



Peserta dari KRT Taman Utama bergambar kenangan dengan urusetia seminar.

Makan tengahari sebelum bertolak pulang.



Isnin, Oktober 06, 2014

** PROGRAM QURBAN AIDILADHA 1435H **


Hari Raya Aidil Adha 1435H / 2014 telah jatuh pada hari Ahad, 5 Oktober 2014. Warga Taman Utama turut mengadakan ibadah qurban sempena hari raya ini. Sebanyak 6 ekor lembu telah diqurbankan di Masjid Seberang Pumpong, berhampiran Taman Utama.

Seramai 16 orang AJK dan Peronda SRS Taman Utama telah terlibat dalam program qurban ini yang bermula dari proses penyembelihan sehingga ke akhirnya iaitu pengagihan daging qurban tersebut.

Sembelihan dilakukan oleh Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong mulai jam 10.00 pagi dan proses berakhir pada jam 12.00 tengahari. Walaupun program qurban ini berlangsung dalam suasana hujan yang lebat, namun kemeriahannya tetap dirasai oleh mereka yang terlibat.

Daging yang dijadikan sedekah oleh peserta kemudiannya dibawa ke Pusat Rukun Tetangga dan dimasak oleh Jiran Wanita. Tiga jenis menu disajikan iaitu sup daging, daging goreng dan air asam.

Tuan Imam sedang melakukan sembelihan dengan bantuan warga Taman Utama.

Jawatankuasa dan Peronda SRS sedang membasuh bahagian yang paling tidak digemari untuk memprosesnya tetapi enak dimakan iaitu bahagian perut.

Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama memantau kerja memotong daging oleh Peronda SRS.







En. Abu Hassan, pakar membersih perut.

Jiran Wanita sedang menyediakan menu.

Sup daging.

Daging goreng.

Sessi menjamu selera...

Jumaat, Oktober 03, 2014

** HARI KESIHATAN KOMUNITI **


National Kidney Foundation (NKF), Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan kerjasama KRT Taman Utama telah berjaya mengadakan program Hari Kesihatan Komuniti pada hari Khamis, 2 Oktober 2014 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. 

Objektif program ialah :
1. Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi,
2. Untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti,
3. Untuk memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan komuniti.

Program pemeriksaan kesihatan ini diberikan secara percuma. Ianya bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Seramai 7 orang kakitangan daripada pihak NKF dan YSB telah datang mengendalikan program ini.

Pakej pemeriksaan merangkumi ujian tekanan darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang, ujian gula dalam darah, ujian air kencing dan sessi kaunseling.

Pada awalnya sessi pemeriksaan akan diadakan di dalam bas bergerak, namun kerana pada waktu petangnya bas tersebut akan menjalani penyelenggaran di PUSPAKOM, maka permeriksaan di waktu petang telah dilakukan di dalam Pusat Rukun Tetangga.

Ramai penduduk Taman Utama telah mengambil kesempatan menjalani pemeriksaan ini, walaupun hujan turun dengan lebatnya mulai jam 10.00 pagi dan reda pada jam 12.00 tengahari.

Turut datang menyaksikan program ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena iaitu YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim b. Alwi yang turut menjalani pemeriksaan kesihatan mereka.


Pengerusi KRT Taman Utama bersama kakitangan NKF dan YSB.

Tuan Haji Jusoh Mat Daud, Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama menjadi individu pertama menjalani pemeriksaan.


Suasana di dalam bas.



Pendaftaran pemeriksaan.







Petugas disajikan dengan makan tengahari menu ala kampung.

Sessi pemeriksaan di dalam dewan.







Pengerusi menemani PPD JPNIN mengisi borang pemeriksaan..





Pengerusi KRT Taman Utama sedang menjalani pemeriksaan, alhamdulillah, semua okey cuma masalah berat badan dan tekanan darah saja...

Blog Widget by LinkWithin