KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mei 25, 2013

** TUAN PENGARAH TERIMA MENANTU **


Pada 25 Mei 2013, Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin telah melangsungkan perkahwinan anak perempuan sulungnya di kediaman beliau di Taman Seri Permai, Jalan Langgar, Alor Setar.

KRT Taman Utama telah menaja teh tarik sebagai pembasah tekak kepada tetamu beliau pada hari tersebut.

Agak panik juga blogger apabila kebanyakan jawatankuasa KRT Taman Utama yang mahir membuat teh tarik telah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat untuk turut serta menyediakan teh tarik pada hari tersebut kerana ramai dikalangan mereka yang balik ke kampong dan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka yang terdekat disebabkan musim cuti pertengahan tahun penggal persekolahan. 

Blogger akhirnya berjaya mengajak dua orang Jiran Muda bagi membantu blogger menyediakan teh tarik di rumah Tuan Pengarah. Alhamdulillah, ramai yang memuji teh tarik buatan mereka kerana campuran dua jenis teh yang blogger adunkan iaitu teh biasa dicampur dengan teh wangi.

Selamat Pengantin Baru daripada warga KRT Taman Utama kepada anak Tuan Pengarah. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat .... Amiiiinnn....

Tahun ini menerima menantu, tahun depan menimang cucu......

Gerai teh tarik KRT Taman Utama sedang siap sedia untuk beroperasi.

Tuan rumah belum sempat memakai pakaian rasmi bapa pengantin sedang meraikan tetamu yang datang awal.

Antara menu yang disajikan.









Pegawai Perpaduan Daerah Kulim, Tuan Haji Hashim Yob, berbaju pink turut hadir meraikan pengantin.







Kumpulan marhaban.

Aksi Jiran Muda KRT Taman Utama membuat teh tarik.



Kumpulan gendang peribumi KRT Alor Malai.

Kakitangan JPNIN Kota Setar bertindak sebagai penyambut tetamu.

Mantan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Yunus Mansor bersama En. Mohd Yusof Daud.

Tetamu sedang mengambil giliran untuk menikmati teh tarik KRT Taman Utama.

Selamat Pengantin Baru daripada KRT Taman Utama, semoga kekal bahagia ke akhir hayat.



Persembahan Silat Garuda daripada KRT Alor Malai.



Menantu Tuan Pengarah menunjukkan skill menarik teh.

Pengerusi dan Jiran Muda KRT Taman Utama bergambar bersama pengantin.

Jiran Muda Wanita KRT Taman Utama yang mengendalikan gerai Apom Lenggang bersama pengantin.

Ahad, Mei 19, 2013

** AKTIVITI TUNAS JIRAN **


Disamping giat mempelbagaikan aktiviti dalam kawasan Taman Utama, KRT Taman Utama turut membawa penduduk Taman Utama menyertai pelbagai aktiviti disekitar Bandaraya Alor Setar.

Bagi golongan Tunas Jiran, iaitu yang berusia bawah 12 tahun, Pengerusi KRT Taman Utama telah membawa seramai 6 orang Tunas Jiran ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bagi menyertai aktiviti Kelab Sinar Pintar Bayan Budiman jabatan tersebut. 

Pelbagai aktiviti diadakan pada setiap hari Sabtu untuk golongan berusia bawah 12 tahun. Antaranya ialah aktiviti senamrobik, persembahan boneka, senam seni, kraf tangan, pertandingan mewarna, permainan sukan dalaman dan sebagainya yang bersesuaian dengan mereka.

Pada 18 Mei 2013, aktiviti kraftangan telah dijalankan oleh kelab tersebut. Pelbagai bentuk kraftangan telah dipelajari oleh peserta yang menyertainya. Pihak Perbadanan perpustakaan Awam Kedah turut menyediakan makan minum kepada peserta yang hadir. Aktiviti yang bermula pada jam 8.30 pagi akan berakhir pada jam 12.00 tengahari. 




Group Tunas Jiran Taman Utama bersepakat memakai tudung berwarna hitam...




Antara hasil kraftangan peserta.
Adih Sarah Sorfina bersama kraftangan yang digubahnya.

Adik Nor Syamisha

Isnin, Mei 13, 2013

** SAMBUTAN HARI IBU **


Selamat Hari Ibu diucapkan kepada golongan ibu diseluruh negara yang diraikan sambutannya pada 12 Mei setiap tahun. Bagi peringkat KRT Taman Utama, sambutan Hari Ibu telah diadakan pada 10 Mei 2013. Pengisian program ialah dengan menganjurkan ceramah agama berkonsepkan keibuan yang telah disampaikan oleh Y. Bhg Ustazah Che Nazrah bt. Yusof, pendakwah bebas yang sering ke udara melalui slot agama di Radio Malaysia Kedah FM. Beliau juga merupakan Pengerusi KRT Seri Bendahara Alor Setar Kedah.

 
Ustazah Che Nazrah sedang menyampaikan ceramah beliau.

Turut hadir bagi meraikan sambutan Hari Ibu ini ialah Puan Suria bt. Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Memulakan majlis ialah deklamasi sajak berjudul "Oh Ibu" yang disampaikan secara medley oleh 4 orang Jiran Muda perempuan diikuti penyampaian hadiah pertandingan khat anjuran Biro Jiran Wanita. Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Puan Suria bt. Baharom.


Antara warga Taman Utama yang hadir.



Program sambutan Hari Ibu ini dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Jiran Wanita yang diketuai oleh Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama. Salah seorang ibu, Pn. Rosmeza bt. Ishak telah menaja makanan untuk penduduk yang hadir, manakala Pn. Rokiah bt. Ali telah sudi menyuntik dana kewangan sebagai sumbangan saguhati kepada penceramah.

Majlis telah berlangsung di perkarangan dewan KRT Taman Utama yang dihadiri hampir 200 orang. 90 peratus yang hadir ialah kaum ibu. Tamat majlis, hadirin telah disajikan dengan hidangan Mee Rebus Udang dan puding serta beraneka kueh yang dibawa oleh penduduk.

 

Antara kaum bapa yang turut hadir memeriahkan majlis.


Pengerusi KRT Taman Utama mempamerkan dua biji kek sumbangan salah seorang penduduk sempena majlis sambutan hari Ibu.

Pn. Suria bt. Baharom bersama Pengerusi Jiran Wanita Taman Utama

Ketika ibu-ibu mengikuti ceramah, geng Jiran Muda mengambil giliran tugas membasuh pinggan mangkok. Caya lah Hairi dan Shafik !!!!

Tuan Setiausaha KRT Taman Utama bertindak sebagai pengacara majlis.



Pengerusi Jiran Wanita Taman Utama, berdiri ditengah, menyaksikan Pn. Suria dan Ustazah Che Nazrah memotong kek sebaik sahaja tamat  ceramah.

Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis sambutan Hari Ibu Peringkat KRT Taman Utama ini. Terutama kepada penyumbang makanan, penyumbang dana kepada penceramah, persiapan tempat, penyediaan makanan dan sebagainya. Perpaduan dan semangat kejiranan yang dipamerkan selepas BERPERANG UNTUK PARTI MASING-MASING PADA PRU 13 telah diterjemahkan dengan jayanya apabila masing-masing membuang semangat kepartian demi KRT. Tahniah dan Syabas

 




.
Blog Widget by LinkWithin