KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Februari 25, 2015

** TAKLIMAT SKIM PERLINDUNGAN INSURAN BERKELOMPOK **


Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Taklimat Skim Perlindungan Insuran Berkelompok AJK RT / SRS, Mediator Komuniti 2015/2016 pada 24 Februari 2015 di Dewan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah.

Taklimat adalah terbuka untuk semua Pengerusi Rukun Tetangga yang terdapat dalam seluruh Negeri Kedah. KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusinya, En. Yahya b. Abd Raof. Taklimat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengarah telah memberikan beberapa aspek perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua KRT pada tahun 2015, antaranya pertama, penggunaan slogan Gemilang Perpaduan dan Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian ditonjolkan dalam setiap program yang dilaksanakan. Kedua, penekanan aspek keselamatan, keharmonian dan perpaduan yang perlu dititik beratkan dan ke tiga KRT perlu mengadakan program yang boleh dinilai prestasi dan dibuat penanda aras mengikut kesesuaian kawasan sesebuah KRT.

Selepas ucapan perasmian pihak PDRM Negeri Kedah telah menyampaikan taklimat keselamatan yang berkisar kepada peranan dan kerjasama KRT dengan PDRM yang disampaikan oleh DSP Md. Akhir Jaafar dari Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kedah, diikuti dengan taklimat skim perlindungan insuran berkelompok oleh pihak MAA Takaful yang bakal dinikmati oleh Jawatankuasa KRT dan Peronda SRS.
 


Pendaftaran peserta.

Pengerusi KRT Taman Utama bersama sebahagian peserta yang hadir.

Ucapan Tuan Pengarah JPNIN Kedah.



Pengacara majlis.

Tuan DCP Mohd Akhir Jaafar.

Pegawai MAA Takaful



Selasa, Februari 24, 2015

** GERAI TEH TARIK *


Sempena cuti sambutan Hari Raya Cina tahun 2015, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.

Di Taman Utama, salah seorang penduduknya Tuan Haji Naharuddin b. Ismail beralamat no.271, Taman Utama turut mengadakan majlis perkahwinan dua orang anaknya sekali gus.

KRT Taman Utama telah memberikan perkhidmatan teh tarik kepada beliau untuk meraikan tetamu yang hadir. Terima kasih kepada para petugas yang bertungkus lumus di gerai teh tarik pada hari tersebut.











Isnin, Februari 23, 2015

** OP SELAMAT 6/2015 **


Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2015, PDRM Negeri Kedah telah melancarkan Op Selamat 6/2015 yang dilakukan di perkarangan Menara Telekom Alor Setar.

KRT Taman Utama turut diundang menghadiri Majlis Pelancaran Op Selamat ini yang dirasmikan oleh YBH Senior DCP Dato' Zamri b. Yahya, Ketua Polis Negeri Kedah pada 16 Februari 2015.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusi, En. Yahya b. Abd Raof dan 2 orang AJK iaitu En. Abd Halim b. Ahmad dan En. Mohd Pauzi b. Yong. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.


Antara AJK KRT dan Peronda SRS yang hadir.

En. Abd Halim dan En. Mohd Pauzi memakai vest dan T Shirt orange.



Pelepasan konvoi ...

Mengedar risalah dan hamper raya.

Pemberian helmet kepada penunggang terpilih.





Motorsikal Peronda Skuad AMANITA.

Rabu, Februari 11, 2015

** GOTONG ROYONG MEMBAIKI LONGKANG **


Pada hari Sabtu, 7 Februari 2015, beberapa orang AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama telah bergotong royong membaiki longkang yang rosak di jalan masuk utama ke Taman Utama.

Simen penutup longkang tersebut telah pecah akibat kekerapan kenderaan besar dan berat seperti lori yang keluar masuk ke Taman Utama. Bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, terutamanya diwaktu malam, jawatankuasa KRT Taman Utama telah memutuskan untuk membaiki longkang tersebut.

Beberapa orang AJK telah membawa peralatan yang bersesuaian dan ada yang menyediakan makanan dan minuman kepada mereka yang menyertai gotong royong ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Apa yang penting...KERJASAMA...























Blog Widget by LinkWithin