KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Mac 31, 2010

PERJUMPAAN SUKARELAWAN SKIM RONDAAN SUKARELA.


Perhatian untuk semua sukarelawan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Taman Utama. Suatu perjumpaan dan taklimat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : Khamis, 1 April 2010.

Tempat : Hadapan rumah no. 282, Taman Utama.

Masa : 9.00 malam.

Tujuan perjumpaan ialah untuk sessi suaikenal dengan sukarelawan baru dan penjadualan semula rondaan oleh Ketua SRS, En. Zahid b. Abdullah.

SUKARELAWAN LELAKI.

1. En. Zahid b. Abdullah.

2. En. Md. Nasser b. Mat Akhir.

3. En. Ku Zulkhairi b. Ku Yahya.

4. En. Mohd Fadzil b. Ibrahim.

5. En. Mohamad Noor b. Harun.

6. En. Abdul Rashid b. Omar.

7. En. Abdul Rashid b. Abd Rahman.

8. Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud.

9. En. Nik Riduan b. Nik Lah.

10. En. Jailani b. Sabran.

11. En. Din b. Mansor.

12. Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim.

13. En. Khoo Kek Hoo.

14. En. Lee Kheng Guan.

15. En. Tan Leng Yong.

16. En. Mohd Nawawi b. Ahmad.

17. En. Abdull Raof b. Jaafar.

18. Ustaz Mohd Najidi b. Baharom.

19. En. Mahmad Hazir b. Abdullah.

20. En. Mohamad Sharipudin b. Abu Kasim.

21. En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay.

22. En. Ahmad Kamarol Osma b. Haji Othman.

23. En. Azmi b. Harun.

24. En. Che Daud b. Hashim.

25. En. Zulkiflee b. Mohd Salleh.

26. En. Ahmad Azly b. Ahmad Ibrahim.

27. En. Yahya b. Abd Raof.

28. En. Zamzuri b. Said.

29. En. Omar b. Khamis.

30. En. Nadzri b. Ayub.
31. En. Idris b. Haji Hussain.

SUKARELAWAN WANITA.

32. Pn. Rosni bt. Kasim.

33. Pn. Hajah Rokiah bt. Haji Ab. Hamid.

34. Pn. Aliah bt. Mat Ali.

35. Pn. Noorhashimah bt. Yusof.

36. Pn. Huzaimah bt. Hashim.

37. Pn. Norrizah bt. Abd Wahab.

38. Pn. Rohani bt. Shaari.

Semoga anda semua dapat hadir pada tarikh, tempat dan masa yang dinyatakan di atas.

Isnin, Mac 29, 2010

MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM KAMPONG ANGKAT


Perhatian kepada semua Jawatankuasa KRT Taman Utama, suatu mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan KRT Taman Utama sebagai Kampong Angkat pihak Environment Idaman Sdn Bhd akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : Rabu, 31 Mac 2010.

Tempat : No. 263, Taman Utama.

Masa : 9.00 malam.

Tetamu VIP : Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, En. Mohd Saiful Anuar b. Zainol, CEO Environment Idaman Sdn Bhd,YM Tunku Abaidah b. Yusof, Pengurus Korporat & Komunikasi E- Idaman.

Sehubungan dengan itu semua AJK DIWAJIBKAN hadir !

Jumaat, Mac 26, 2010

EARTH HOUR


Sebanyak 88 buah negara di dunia, menyertai usaha sejagat iaitu kempen Earth Hour. Kempen ini menjadikan simbol menutup lampu selama sejam bagi mengatasi masaalah perubahan iklim. Pelbagai institusi dan organisasi di negara kita turut menyertai inisiatif ini.

Apakah warga KRT Taman Utama menyedari bahawa Earth Hour jatuh pada 27 Mac, iaitu pada hari Sabtu ini dan patut menutup lampu selama sejam pada tarikh tersebut?

Earth Hour bukan hanya simbolik menutup lampu selama sejam dalam setahun sahaja, sebenarnya ia merupakan suatu langkah menyedarkan orang ramai mengenai isu perubahan iklim dan kesannya terhadap manusia. Oleh itu, manusia perlu melakukan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan kesan terbabit.

Marilah kita warga KRT Taman Utama bertindak mulai sekarang demi bumi, masyarakat, anak dan diri kita sendiri. Berubahlah untuk menghentikan perubahan iklim. Renungi dan insafilah dengan keadaan dan fenomena cuaca yang begitu panas ketika ini! Marilah kita seluruh warga Taman Utama dan pengikut blog KRT Taman Utama menyahut seruan ini dengan bersama-sama memadamkan lampu rumah kita pada 27 Mac ini mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

SELAMATKAN BUMI KITA !!! KRT TAMAN UTAMA BOLEH!!!!

Ahad, Mac 21, 2010

KRT TAMAN UTAMA SEBAGAI KAMPONG ANGKAT

Ekoran daripada program Gotong Royong Bersama Komuniti antara pihak KRT Taman Utama dan Syarikat Environment - Idaman Sdn Bhd, (E-Idaman) pada 13 Februari 2010 lalu, pihak yang mengurus pelupusan sisa pepejal di Negeri Kedah ini telah tertarik kepada KRT Taman Utama apabila melihat kejayaan yang dicapai hasil kerjasama dalam program yang dianjurkan. Ini termasuklah komitmen pihak jawatankuasa dan penglibatan seluruh penduduk sewaktu gotong royong secara usahasama tersebut diadakan.

Hasilnya, pihak E-Idaman Sdn Bhd telah melahirkan hasrat mereka untuk menjadikan KRT Taman Utama sebagai "Anak Angkat" dalam melaksanakan program "Kampong Angkat" mereka yang pertama dalam Daerah Kota Setar. Sehubungan dengan itu suatu majlis taklimat telah diadakan antara ke dua pihak pada 17 Mac 2010, pada jam 9.00 malam, bertempat di Myvi Sea Food Restoran, Jalan Gangsa, yang terletak berhampiran Taman Utama.

Pihak E-Idaman telah diketuai oleh YM Tunku Abaidah b. Yusoff, Pengurus korporat & Komunikasi dan dibantu oleh En. Fissal b. Abu, selaku timbalan beliau. Manakala pihak KRT Taman Utama telah diketuai sendiri oleh Pengerusi, En. Mohamad Noor b. Harun yang diiringi seramai 18 orang AJK lain.

Hasil dari sessi taklimat dan percambahan fikiran pada malam itu, pihak KRT Taman Utama telah bersetuju untuk menerima tawaran sebagai perintis projek "kampong angkat" Syarikat E-Idaman yang pertama dalam Daerah Kota Setar. Suatu majlis rasmi untuk pelancaran program ini akan diadakan dalam tempoh waktu yang terdekat ini.

Alhamdulillah, daripada 280 buah kawasan perumahan yang ada dalam Daerah Kota Setar, KRT Taman Utama yang dipilih sebagai perintis program ini. Semoga hasrat murni ini dapat direalisasikan seperti yang dirancang.

YM Tunku Abaidah sedang menerangkan konsep dan kaedah pelaksanaan Kampong Angkat kepada jawatankuasa KRT Taman Utama.

En. Khoo Kek Hoo sedang menyoal balas kepada pihak E-Idaman.

Antara AJK KRT Taman Utama yang hadir.

Khamis, Mac 18, 2010

KARNIVAL FUTSAL i - METRO

Pada Ahad 14 Mac 2010, pasukan bawah umur 17 tahun Jiran Muda KRT Taman Utama telah menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di Safira Sport Planet, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Mengiringi pasukan yang terdiri daripada 8 orang pemain ialah Setiausaha KRT Taman Utama dan Pengerusi Jiran Muda, En. Abd. Ghafur b. Mohd Akib, selaku pengurus dan jurulatih pasukan.

Yuran penyertaan bagi menyertai karnival ini ialah RM 100.00. Kos penyertaan, pengangkutan dan makanan adalah hasil sumbangan YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md Hanipah, ADUN Bakar Bata ( RM 200.00 ) dan hasil sumbangan lain, atas usaha dan inisiatif Setiausaha dan Pengerusi Jiran Muda sendiri.

Pasukan Jiran Muda KRT Taman Utama masih gagal melepasi badi mereka dalam kejohanan ini apabila sekali lagi terkandas di pusingan ke tiga, iaitu selangkah lagi untuk mara ke peringkat suku akhir. Pada peringkat kumpulan pasukan ini muncul sebagai johan kumpulan apabila menewaskan pasukan Muslimeen United 2-1 dan Bukit Jambul FC 5-2. Pasukan ini kemudiannnya mendapat bye dipusingan ke dua sebelum kecundang kepada pasukan Court Soccer FC 2-3.

Apa-apa pun tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jiran Muda KRT Taman Utama ini dan melalui karnival ini, mereka memperolehi kesempatan beraksi buat kali pertama di gelanggang bertaraf atau standard FIFA yang tidak terdapat di Alor Setar.



















Ahad, Mac 14, 2010

KURSUS MENGENAL DAN MEMBINA LAMAN BLOG

Pada Isnin,15 Mac 2010, seramai 4 orang Jiran Muda KRT Taman Utama telah menghadiri Kursus Mengenal dan Membina Laman Blog yang diadakan di Bahagian Multimedia, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar, tempat Setiausaha KRT Taman Utama bertugas. Kursus adalah percuma.

Tujuan kursus adalah sebagai pendedahan teknoloji maklumat yang kian meledak sekarang ini kepada Jiran Muda. Hasil daripada kursus sehari suntuk ini, 4 orang Jiran Muda ini telah berjaya menghasilkan laman blog masing-masing.

Turut menghadiri kursus ini ialah Setiausaha dan Penolong Setiausaha KRT Taman Tabung Haji, Jitra dan 2 orang Jiran Muda KRT Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedah. Semoga kursus ini dapat dimanafaatkan kepada KRT mereka nanti.


Jiran Muda KRT Taman Utama, Mohd Aziz Hadi dan Khairul Zawir.

Dua orang lagi Jiran Muda KRT Taman Utama, Mohd Saiful Nizam dan Mohammad Ashraf.



Jiran Muda KRT Taman Seri Kota.


Setiausaha dan Penolong Setiausaha KRT Taman Tabung Haji, Jitra.




Ahad, Mac 07, 2010

- POS KAWALAN SKIM RONDAAN SUKARELA -

Sementara menunggu kelulusan rasmi seramai 37 orang peserta sukarelawan Skim Rondaan Sukarela yang baru untuk tahun 2010, daripada pihak JPNIN dan PDRM, beberapa orang AJK KRT Taman Utama dengan diketuai oleh En. Zahid b. Abdullah, Ketua SRS telah mengambil inisiatif untuk membaikpulih pondok atau pos kawalan SRS di Fasa II Taman Utama.

Pos yang terletak dihadapan rumah En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Din b. Mansor ini merupakan pondok yang penuh nostalgia kepada penduduk Taman Utama kerana bermula dari perbincangan kecil di bawah pondok inilah yang membibitkan penubuhan KRT Taman Utama. Hasil persetujuan yang dicapai dari beberapa sessi perbincangan pada tahun 2000, En. Yahya b. Abd Raof telah mengorak langkah untuk mengedar borang penubuhan Pakatan Kebajikan Dan Kebajikan Masyarakat Taman Utama diikuti dengan penubuhan KRT Taman Utama pada tahun 2004.

Pondok yang dibaikpulih ini adalah hasil sumbangan wang ringgit beberapa orang AJK KRT dan penduduk Taman Utama sendiri tanpa menggunakan satu sen pun wang KRT. Alhamdulillah selepas bergotong royong selama beberapa jam iaitu mulai jam 6.00 ptg selama beberapa minggu, akhirnya pos ini berjaya ditegakkan pada 6 Mac 2010 lalu. Bahan yang digunakan ialah kayu-kayu terpakai yang dikumpul sendiri oleh En. Mohd Fadzil dan En. Zahid di sekitar kawasan Taman Utama.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Zahid dan anggota SRS lain yang membantu usaha membaikpulih pondok ini. Semoga inisiatif ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.



Blog Widget by LinkWithin