KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Ogos 30, 2013

** KEMERDEKAAN KE 56 **


MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !

Tahun 2013 JPNIN Kedah telah menghantar 2 buah kontijen bagi menyertai perarakan kemerdekaan peringkat Negeri Kedah. Pasukan itu ialah pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Pasukan Khas Sukarelawan - RT yang mengandungi 33 orang bagi setiap kontijen.

Pasukan PKS-RT telah menjalani latihan kawad di Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu di Jitra, manakala Pasukan SRS melakukan latihan di KRT Taman Seri Marina, Kuala Kedah. Latihan dilakukan pada waktu malam.
 

Latihan kawad untuk perbarisan perarakan kemerdekaan.

Sessi memilih pakaian untuk perarakan.




Pada 31 Ogos 2013, blogger telah membawa beberapa orang Tunas Jiran menyaksikan perarakan kemerdekaan bagi menyaksikan dan memberi sokongan kepada 2 buah kontijen itu terutama kontijen PKS-RT kerana 3 orang Peronda SRS Taman Utama iaitu En. Zahid Abdullah, En. Abdul Rashid Abdul Rahman dan En. Mohd Fadzil Ibrahim turut menyertai kontijen ini.
 
Tunas Jiran berbangga bersama kontijen PKS-RT.

Blogger bersama 3 anggota PKS-RT KRT Taman Utama.





Kakitangan JPNIN Kedah, En. Mohd Shafirul menyelia kontijen PKS-RT, manakala En. Abdul Halim menyelia kontijen Peronda SRS

Kontijen Peronda SRS.





Kontijen PKS - RT







Blogger berehat sebaik selesai majlis perarakan.


Selesai majlis perarakan, blogger dan Tunas Jiran berehat seketika berhampiran pentas utama, tiba-tiba kenderaan yang membawa YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berhenti betul-betul dihadapan blogger yang bersantai ditepi jalan. Ingatkan kereta tersebut mengalami kerosakan, rupa-rupanya YAB Menteri Besar telah berhenti untuk turun bersalaman dengan blogger dan orang ramai yang berdiri disitu. Apa lagi ramailah yang mengambil kesempatan bergambar dengan YAB MB !
 
Bukannya senang nak berjumpa apatah lagi bergambar dengan MB!

YAB Datuk Paduka Mukhriz tidak keberatan untuk bergambar bersama Tunas Jiran Taman Utama.

Dewan KRT Taman Utama dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Rumah Pengerusi KRT Taman Utama !

Rabu, Ogos 28, 2013

** JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2013 **


Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1434H/2013 telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat 23.8.2013 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Program yang bermula pada jam 9.00 malam ini turut mendapat kerjasama daripada Pakatan Taman Utama.

Antara tetamu yang hadir ialah YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Syeikh Yusoff b. Haji Ahmad dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jawatankuasa Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.

KRT Taman Utama turut menerima sumbangan berjumlah RM1387.00 daripada penduduk, selain daripada wang ringgit terdapat dikalangan penduduk yang membawa makanan yang dimasak oleh mereka sendiri.

Menu yang disediakan oleh Jawatankuasa KRT dan Pakatan Taman Utama ialah Nasi Minyak, Ketupat, Cucur Udang, Mee Kuah Penang, Tapai, Ais Krim, Teh Tarik, Air Orange, Air Teh Bunga, Satay Goreng, Nasi Himpit disamping menu dan kueh mueh yang disumbang oleh penduduk.

Bagi memeriahkan suasana diadakan juga pertandingan gerai terbaik, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

Terima kasih kepada penduduk yang terlibat secara langsung bagi menjayakan majlis ini, terutama kepada barisan jawatankuasa dan penduduk yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan juadah.



Pasukan gerai ketupat sedang menjalankan kerja-kerja mereka yang bermula sehari sebelum majlis.





Pasukan gerai Cucur Udang....



Blogger sedang menyiapkan label gerai.

Kerja-kerja menghias gerai bermula pada jam 6.00 petang.















Petugas cabutan bertuah.



Gerai Mee Kuah Penang.





YM Ku Aziz diapit oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Gerai Nasi Minyak.



Bendahari KRT, Ahmad Kamarol Osma bertindak selaku Pengacara Majlis.


Berposing sebelum jamuan...

YM Ku Aziz memberikan ucapan.

Sessi cabutan bertuah.



Gerai Nasi Minyak diumumkan sebagai gerai terbaik. Ku Aziz menyampaikan hadiah kepada ketuanya, En. Zahid Abdullah.



Gerai Cucur Udang.

Gerai menu sumbangan penduduk Taman Utama dan kampong yang berhampiran.



Gerai Teh Tarik.

Tunas Jiran menngalunkan lagu Ya Hanana...

Membasuh peralatan sebaik selesai majlis.













Gerai Ketupat.











Gerai kueh mueh.






Penduduk yang hadir...










Tapai.













































Pertunjukan bunga api mengakhiri majlis.

Blog Widget by LinkWithin