KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Mei 31, 2011

MINGGU PERPADUAN 2011 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Sambutan Minggu Perpaduan 2011 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Mei 2011 bertempat di Padang Rumah Pangsa KRT Seberang Terus, Mergong Alor Setar. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPNIN yang diwakili oleh Ketua Bhg Operasi JPNIN PutraJaya.


Majlis diadakan bertujuan menyemarak dan memperkukuhkan perpaduan di samping menerapkan pembudayaan dan amalan nilai-nilai aspirasi 1 Malaysia seperti penerimaan, berintegriti, berkerjasama, bertanggungjawab, patriotik, kesetiaan dan hormat menghormati sebagi elemen perpaduan dalam berinteraksi sesama masyarakat berbilang kaum.


Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md Hanipah ADUN Bakar Bata yang turut menyumbang seekor lembu untuk jamuan tengahari hari tersebut. Antara program yang dijalankan sepanjang majlis ini ialah Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, pertandingan aspek wanita dan sukaneka perpaduan antara KRT.


KRT Taman Utama terlibat dalam acara sukaneka antara KRT. Sebanyak 14 acara dijalankan yang melibatkan 40 orang peserta yang merangkumi Tunas Jiran, Jiran Muda, AJK KRT, Jiran Usia Emas dan Jiran Wanita.




Ketibaan YB. Dato' Paduka Ahmad Bashah.


Antara tetamu yang hadir.


Pertandingan mewarna.


En. Omar Khamis, salah seorang Peronda SRS Taman Utama terlibat dalam gerai pameran agensi Jabatan Kesihatan.


Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar sedang berucap memulakan pertandingan aspek wanita.


Kakitangan JPNIN dan guru Tabika Perpaduan yang bertindak selaku urusetia majlis dan pertandingan.


Peserta Jiran Wanita KRT Taman Utama.


Pn. Noorhashimah sedang menyertai acara gubahan pengantin.


Aksi Tunas Jiran KRT Taman Utama.












Aksi Jiran Muda KRT Taman Utama.






Aksi Jiran Wanita KRT Taman Utama.












Gubahan yang dipertandingkan.


Johan gubahan sirih junjung.


Johan gubahan bunga.


Blogger keletihan apabila selesai mengatur anak buah menyertai acara yang dipertandingkan.

Pn. Noorhashimah menerima hadiah saguhati daripada Pn. Suria bt. Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Kedah.

Ahad, Mei 29, 2011

JOM RONDA SRS BERSAMA MEDIA.



Program Jom Ronda SRS Bersama Media Peringkat Negeri Kedah ini telah dianjurkan oleh JPNIN Negeri Kedah pada 27 Mei 2011 di KRT Taman Sayang, Changlun dalam Daerah Kubang Pasu. Program yang bermula pada jam 9.30 malam ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Wira Mohd Johari b. Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.


Antara objektif utama program ini ialah mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara JPNIN dan pihak media dan memberi peluang kepada para Peronda SRS dan wartawan berinteraksi dan berkongsi pendapat serta berkenal-kenalan. Program ini telah dihadiri oleh hampir 500 orang Peronda SRS daripada 11 buah Daerah yang terdapat di Negeri Kedah. KRT Taman Utama terpilih menyertai program ini dari Daerah Kota Setar / Padang Terap dan telah menghantar seramai 8 orang Peronda SRS ke majlis ini yang diketuai oleh Ketua Peronda SRS iaitu En. Zahid bin Abdullah.


Diakhir program pada jam 12.00 tengah malam, YB Dato' Wira dan pihak media telah menyertai Peronda SRS KRT Taman Sayang menjalankan rondaan sekitar taman tersebut.




Dua dara pingitan dan seorang mak dara pingitan dari akhbar Sinar Harian yang banyak membantu KRT Taman Utama dalam mempromosikan aktiviti yang dijalankan.. Makasih banyak-banyak la no .....




Antara Peronda SRS dari 11 buah daerah yang hadir pada majlis tersebut.


Puan Hafiza bt. Mohamed, Pegawai JPNIN Daerah Kota Setar / Padang Terap yang bertindak selaku ketua unit cenderamata majlis tersebut.








Tagging meja makan untuk Peronda SRS Daerah Kota Setar /Padang Terap.


En. Mohd Yusof dan En. Sobri, kakitangan JPNIN Negeri Kedah memulakan upacara makan malam... he .. he.. jangan mare....


YB Dato' Wira Mohd Johari dan Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah.


Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu, En. Ismail b. Zakaria bersama Ketua Pengarang Sinar Harian edisi utara.






YB Dato' Wira sedang menyampaikan peralatan rondaan kepada wakil Peronda SRS daripada daerah yang hadir.


Peronda SRS KRT Taman Utama ... gambar blur pula ....


GOTONG ROYONG PERSIAPAN KEM SOLAT.



Pada pagi Jumaat, 27.5.2011, mulai jam 8.00 pagi, beberapa orang AJK KRT Taman Utama, Peronda SRS dan penduduk Taman Utama telah berganding bahu menjalankan gotong royong membersih kawasan persekitaran Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.


Aktiviti ini ialah pra persiapan untuk program Kem Solat Jiran Muda 2011 yang akan dijalankan pada 5 hingga 6 Jun 2011. Antara aktiviti gotong royong ini ialah memotong rumput, membuang sisa bahan binaan dewan, dan mencuci longkang dipersekitaran premis.


Penduduk yang hadir disajikan dengan sarapan pagi pulut ikan kering dan kopi O. (pada awal perancangan ialah pulut durian, namun kerana ketiadaan buah durian yang dijual pada malam dan pagi tersebut, maka menu bertukar kepada ikan kering sahaja).



















Blog Widget by LinkWithin