KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Julai 19, 2014

"" KEMBARA RAMADAN 1435H "


 Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara iaitu ilmunya yang bermanafaat, sedekah jariah serta anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya ....

Sabtu, 19 Julai 2014, sekali lagi KRT Taman Utama menyertai NGO WargaKilang menjelajah ke kawasan pendalaman Daerah Baling dalam program "Kembara Ramadhan - Program Amal Jariah, Jalan-jalan Masuk Kampung", untuk menyampaikan bantuan kepada seramai 35 orang fakir miskin yang telah dikenalpasti.

KRT Taman Utama telah menerima sumbangan berupa wang ringgit dan pakaian terpakai untuk disampaikan kepada mereka. Sebanyak 35 bungkusan barangan keperluan dapur telah dibeli dan diisi ke dalam bungkusan yang mengandungi beras pulut, gula, tepung, kopi dan rempah ratus serta 35 keping sampul duit raya yang bernilai RM10.00 setiap satu.

Sumbangan wang ringgit dan pakaian terpakai diterima daripada penduduk Taman Utama dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, tempat Pengerusi KRT Taman Utama bertugas.

Tiga orang AJK telah menyertai Kembara Ramadan 1435H kali ini yang diketuai oleh Pengerusi serta En. Mohd Fadzil Ibrahim dan En. Che Daud Hashim yang sudi menggunakan kenderaan beliau untuk membawa barangan.

Kami bertolak pada jam 7.00 pagi dan tiba pada jam 8.30 pagi di Masjid Ubudiah, Kuala Pegang, Baling, iaitu tempat berkumpul para peserta yang menyertai konvoi bersama 50 buah kenderaan mereka.

Di perkarangan masjid inilah para peserta dari pelbagai sektor pekerjaan, orang perseorangan serta NGO seperti KRT Taman Utama berkumpul dengan membawa barangan asas atau keperluan sesebuah rumahtangga. Barangan ini akan diagihkan kepada 35 set iaitu 35 buah rumah atau penerima. Peserta saling bantu membantu menyusun barangan dan bertukar-tukar salam perkenalan antara satu sama lain.

Ada dikalangan mereka datang bersama keluarga. Ada yang datang dari jauh seperti Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. Program tidak melibatkan kepada pertubuhan politik atau pertubuhan lain. Hanya secara sukarela dan ikhlas semata-mata.

Pada jam 10.00 pagi semua kenderaan mulai bertolak secara konvoi yang diawasi oleh 10 orang marshall menjelajah ke kampung-kampung yang telah dikenalpasti iaitu Kg. Sungai Tembak, Parit Panjang, Kg. Asam Jawa, Kg. Bukit Hijau, Kg. Charuk Kapas, Kg. Hangus, Kg. Pak Bong dan Kg. Bendang Becah.

Penerima sumbangan adalah mereka yang berpendapatan tidak tetap dan memperolehi pendapatan dibawah paras kemiskinan iaitu sekitar RM500.00 sahaja sebulan serta mempunyai anak dan tanggongan yang ramai.

Program berakhir pada jam 4.00 petang. Semoga derma dan amal jariah dibulan Ramadan ini mendapat ganjaran daripada ALLAH.

Set barangan dan pakaian terpakai yang dibawa.

Mohd Fadzil dan Che Daud menurunkan barangan yang dibawa.

Barangan yang dibawa oleh peserta dilonggok dan diagihkan kepada 35 set untuk 35 buah keluarga. Dianggarkan setiap penerima menerima barangan bernilai RM 800.00 tidak termasuk wang ringgit berupa wang zakat, wang fidyah dan zakat fitrah  yang diserahkan secara terus kepada penerima.

Beras adalah antara barangan yang paling banyak dibawa oleh peserta.

Pengerusi KRT Taman Utama turut membantu mengagihkan barangan.



Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan masuk kampung.

Mohd Fadzil dan Che Daud melihat barangan yang bakal disampaikan.

Peserta saling bantu membantu memuat naik dan turun barang ke dalam kenderaan.

Barangan untuk 3 buah keluarga yang diisi ke dalam kenderaan Che Daud.





Rumah penerima pertama.

Suasana dihalaman rumah penerima pertama.

Pengerusi KRT Taman Utama diberi penghormatan sebagai penyampai pertama kepada penerima.



Salah seorang penerima bersama keluarganya.



Suasana di sebuah lokasi tempat pengagiham pakaian terpakai.





Dapur kayu yang masih digunakan oleh salah seorang penerima.

Disuatu lokasi, kami dihiburkan dengan persembahan gendang peribumi oleh penghuni sebuah rumah. Semua anaknya berkebolehan bermain alat muzik tradisional ini.


Pengerusi KRT Taman Utama menunjukan bakat bermain gendang.

Pengerusi bersama orang kuat WargaKilang, En. Monier.

Dalam perjalanan pergi kami menemui bas yang terbabas berhampiran plaza tol Gurun.

Dalam perjalanan pulang pula kami menemui kemalangan berhampiran Taman Utama.

Isnin, Julai 14, 2014

** MAJLIS BERBUKA PUASA 1435H **


Sabtu, 12 Julai 2014 bersamaan 14 Ramadan 1435H, KRT Taman Utama dengan kerjasama Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama telah mengadakan majlis berbuka puasa dan jamuan moreh.

Menu yang disediakan untuk majlis ini ialah nasi minyak berlaukkan daging masak hitam ala nasi kandar. Sebanyak 50 kilo beras dan 25 kilo daging telah digunakan untuk menyediakan menu ini yang dibahagikan kepada 2 majlis iaitu majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Taman Utama manakala sebahagian lagi iaitu 350 bungkus nasi telah dihantar ke Masjid Seberang Pumpong untuk diagihkan kepada orang ramai apabila selesai solat Tarawikh.

Penduduk Taman Utama telah menyumbangkan RM1471.00 untuk program ini. Bagi majlis berbuka puasa seramai hampir 120 orang penduduk telah hadir yang turut disertai oleh En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan En. Sobri daripada Ibu Pejabat JPNIN Kedah. 

Selesai berbuka, solat Maghrib berjemaah diadakan di dalam dewan. Nasi intuk moreh telah diagihkan oleh Jiran Muda di Masjid Seberang Pumpong sambil dipantau oleh Pengerusi KRT Taman Utama.

 

Penduduk bergotong royong mengisi nasi ke dalam kotak untuk dihantar ke masjid.




Jiran Wanita dibahagian belakang dewan sedang bertungkus lumus memasak.

Team Peronda SRS menyediakan minuman sirap bandung.


Petugas bahagian mencuci pinggan mangkok.

Pasukan menyediakan hidangan.

Antara kueh dan buah-buahan yang dibawa oleh penduduk.

Sedang menunggu detik berbuka.

Tuan Haji Mat Radzuan, Pengerusi Jiran Usia Emas mengetuai bacaan tahlil dan doa.

Suasana ketika berbuka.



En. Abdul Halim dan En. Sobri.

Jumaat, Julai 04, 2014

** INFO RAMADHAN 1435H **


Ramadhan yang dirindui datang lagi ....
Alhamdulillah, hari ini Jumaat, 4 Julai 2014 masuklah hari yang ke enam umat Islam berpuasa. Bagi Ramadhan tahun 1435H KRT Taman Utama telah merancang untuk mengadakan beberapa program iaitu :

1. 12 Julai 2014 - Majlis berbuka puasa dan jamuan moreh.

2. 19 Julai 2014 - Kembara Ramadhan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Daerah Baling.

3. 24 Julai 2014 - Majlis berbuka puasa dan jamuan moreh.

4. Tadarus membaca Al-Quran.

Bagi program tadarus Jiran Wanita, program diadakan di rumah Pn. Rosmeza bt. Ishak, 189, Taman Utama. Program bermula pada setiap hari bermula pada jam 8.30 pagi.

Tadarus Tunas Jiran dan Jiran Muda pula diadakan pada setiap hari Rabu dan Khamis mulai jam 3.00 petang, manakala pada hari Jumaat dan Sabtu mulai jam 9.00 pagi. Program dikendalikan oleh Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli diadakan di Pusat Rukun Tetangga.

Program Kembara Ramadhan pada 19 Julai 2014 adalah kali ke 3 KRT Taman Utama menyertai aktiviti ini yang dianjurkan oleh NGO WargaKilang. Sehubungan dengan itu kepada warga Taman Utama dan pengikut blog ini yang ingin menyumbangkan wang ringgit untuk disampaikan kepada fakir miskin di Daerah Baling bolehlah menghubungi blogger di talian 019 - 4426884.

Majlis berbuka puasa akan diadakan di Pusat Rukun Tetangga, manakala jamuan moreh akan dihantar ke Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.
 

Pengerusi Jiran Wanita mengetuai tadarus.

Jiran Muda lelaki.

Tunas Jiran perempuan.

















Majlis berbuka puasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.
 

Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.

Anak khariah saling membantu menyediakan hidangan untuk berbuka.

Tuan Imam sedang melayani tetamu dari jauh.

Sedang menunggu azan ....



Dua orang huffaz dari Palestin dan Morocco yang menjadi imam solat tarawikh pada 2 Julai 2014.

Suasana dalam dewan masjid.

Luar dewan masjid.



Blog Widget by LinkWithin