KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Jun 28, 2016

** ZIARAH JIRAN TETANGGA **


Sempena program Ihya Ramadhan 1437H, KRT dan Pakatan Taman Utama telah mengadakan kunjungan ziarah ke rumah 3 orang penduduk yang berstatus OKU dan Jiran Usia Emas pada 15 Jun 2016/

Seramai 3 orang penduduk telah dikenalpasti iaitu 2 orang mantan AJK KRT Taman Utama dan seorang adalah ahli Pakatan Taman Utama.

Seramai 30 orang menyertai kunjungan ziarah ini sambil membawa barangan keperluan seharian sebagai buah tangan untuk sambutan Aidilfitri nanti.

Kunjungan bermula pada jam 10.00 pagi. Semoga kunjungan dan sumbangan barang keperluan ini sedikit sebanyak mengembirakan dan meringankan beban kewangan mereka.

Pengerusi KRT Taman Utama meerima beras sumbangan Menteri Besar Kedah daripada Pegawai Khasnya, Haji Abdul Kadir untuk program ziarah.



Taklimat khas.









Mantan AJK KRT, Pn. Rohani Shaari yang dipotong ke dua belah kakinya akibat kencing manis.





Jiran Usia Emas yang terlantar uzur.





Mantan AJK KRT, En. Din Mansor yang mengalami komplikasi buah pinggang.





** MOREH 1437H **


Moreh kali ke 2 KRT dan Pakatan Taman Utama telah diadakan pada hari Khamis, 23 Jun 2016 di Masjid Seberang Pumpong. Sejumlah 250 bungkusan nasi lemak lauk ikan bilis, telur dan udang berjaya diedarkan kepada jemaah masjid.

Agihan dilakukan oleh Tunas Jiran dan Jiran Muda sebaik sahaja selesai solat terawikh.

Berbincang sebelum nasi lemak dimasak.































** IFTAR RAMADHAN 1437H *


Majlis berbuka puasa KRT dan Pakatan Taman Utama telah diadakan pada hari Khamis, 23 Jun 2016 yang melibatkan anggota keluarga AJK, Peronda SRS dan Jiran Wanita di perkarangan dewan Taman Utama.

Menu ialah nasi lemak berlauk ikan bilis, telur, udang dan ayam golek serta kueh dan buah-buahan. Selesai berbuka, kaum lelaki melakukan solat Maghrib berjemaah.
















Sabtu, Jun 25, 2016

** KEMBARA RAMADHAN 1437H **


Meneruskan tradisi Ramadhan, KRT Taman Utama sekali lagi menyertai NGO Warga Kilang menyertai Kembara Jalan-jalan Masuk Kampong bagi menyampaikan bantuan misi kemanusiaan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam kelangsungan hidup mereka.

Daerah pedalaman Kedah sekali lagi menjadi destinasi tahun ini iaitu Baling dan Sik serta Daerah Pengkalan Hulu di Perak. Daerah ini sinonim dengan kemiskinan apatah lagi punca pendapatan harian mereka adalah sebagai penoreh getah. Keadaan kian gawat apabila harga getah yang jatuh merudum pada tahun ini.

Pada saat umat Islam meniti penghujung Ramadhan dan menghampiri Syawal, sudah tentu serba sedikit bantuan yang dihulurkan akan meringankan beban kewangan yang mereka hadapi ketika ini.

Kembara seramai 77 kenderaan pacuan 4 roda ini dilakukan pada 18 Jun 2016. KRT Taman Utama diwakili oleh 5 orang AJK dan 2 orang Jiran Muda. Turut menyertai ialah 2 orang bekas penduduk yang berminat.

Sejumlah RM3735.00 telah diperolehi hasil sumbangan penduduk yang dibelanjakan untuk membeli barang keperluan seharian seperti beras, gula, minyak dan sebagainya yang dibungkus sebanyak 150 bungkusan untuk seramai 150 buah keluarga yang telah dikenalpasti untuk menerimanya. Turut dibawa ialah pakaian terpakai.


Ustaz Najmi, pendidik dan pendakwah bebas yang turut serta membacakan doa sebelum bertolak.










Pengerusi KRT Taman Utama menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga yang kurang berkemampuan.

Penerima yang OKU.


















Sejumlah barangan yang diberikan.

Berjalan kaki menuju rumah yang tidak boleh dilalui kenderaan.




















Pengerusi bersama penyelaras kembara.

Blog Widget by LinkWithin