KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Februari 27, 2012

** SALAM TAKZIAH **


Takziah diucapkan kepada Pn. Hajah Norrizah bt. Abd Wahab, salah seorang AJK KRT Taman Utama di atas kembalinya ke Rahmatullah ibunya yang tercinta pada hari Ahad, 26 Februari 2012. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Blogger yang kebetulan bercuti rehat pada hari tersebut berkesempatan bersama salah seorang AJK iaitu En. Abdul Rashid b. Omar dan 3 orang lagi Jiran Wanita telah pergi menziarahi jenazah di Kuala Pegang, Baling.

Sabtu, Februari 18, 2012

** FESTIVAL KEBUDAYAAN ISLAM **


Pada hari Jumaat, 17 Februari 2012, seramai 6 orang Tunas Jiran KRT Taman Utama yang terdiri dari 5 orang perempuan dan seorang lelaki telah menyertai pertandingan hafasan Al-Quran dan bercerita sirah nabi di Festival Kebudayaan Islam sempena sambutan Maulidur Rasul 2012, anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar.


Pertandingan telah diadakan di Sek. Men. Simpang Kuala yang terletak hampir 8 kilometer daripada Taman Utama. Pertandingan bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari diikuti dengan majlis penyampaian hadiah pada jam 3.00 petang. Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata.

Peserta Tunas Jiran merupakan anak didik Ustazah Pn. Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita KRT Taman Utama yang mengikuti kelas pengajian Al-Quran bersama beliau di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Dalam kategori pertandingan bercerita sirah nabi, adik Zaiyusri b. Zainol telah muncul sebagai juara, manakala adik Nur Syifa bt. Che Daud memenangi tempat kedua. Bagi peserta hafasan, 4 orang peserta yang menyertainya hanya mendapat hadiah saguhati sahaja.


Syabas dan tahniah kepada semua peserta samada yang menang atau sebaliknya kerana berani menyahut cabaran dan tampil di atas pentas untuk berhadapan dengan para juri dan orang ramai dipertandingan tersebut.


KRT Taman Utama BOLEH !!!!


Peserta hafasan dan bercerita sirah nabi wanita tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebelum pertandingan dimulakan.


Adik Nur Sabrina bt. Mohd Rodzi menjadi peserta pertama yang memperdengarkan bacaan..... Gementar yang amat, ujar beliau kepada blogger apabila mendapat angka giliran persembahan.


Juri pertandingan hafasan Al-Quran merupakan pelajar daripada Kolej Universiti INSANIAH.


Adik Nur Syazmin bt. Mohd Iqbal sedang memperdengarkan bacaan.


Adik Nur Syazmira bt. Mohd Iqbal sedang memperdengarkan bacaan. Sebelum naik ke atas pentas, okey saja.. tapi bila membaca separuh bacaan, terbatuk pulak...


Aksi adik Nur Syazana bt. Yahya. Ishh !!.... anak sapa ni ..... Hari pertandingan dia mengalami demam dan batuk, tapi atas pentas okey pulakk...


Ini bukan peserta, bukan juga juri, ini supir dan pengiring peserta saja dong..... he..he..


Aksi adik Nur Syifa bt. Che Daud, Naib Johan pertandingan bercerita sirah nabi. Sehari sebelum pertandingan, berlatih tajuk lain, di hari pertandingan pulak bawa tajuk lain, he..he... tapi,.. menang la pulakkk....


Juri pertandingan cerita sirah nabi, juga daripada INSANIAH.

Aksi adik Zaiyusri b. Zainol, jaguh pertandingan bercerita sirah nabi.






Bergambar bersama apabila selesai persembahan.


Adik Zaiyusri b. Zainol sedang menerima hadiah kemenangan daripada YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata.


Adik Nur Syifa bt. Che Daud


Adik Nur Syazmira bt. Mohd Iqbal.


Adik Nur Syazmin bt. Mohd Iqbal.


Adik Nur Syazana bt. Yahya


Bergambar bersama cenderamata penyertaan.


Selasa, Februari 14, 2012

** UNTUKMU JIRAN MUDA **



Ketika blogger, AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama menyediakan teh tarik di majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 4.2.2012 di Masjid Seberang Pumpong lalu, kami telah melihat beberapa batang besi terpakai yang terletak berhampiran lokasi gerai teh tarik. Besi tersebut adalah besi tiang bangsal tempat menyimpan kenderaan para jemaah masjid yang telah lama dibuang kerana pembinaan masjid yang baru.



Melihat besi tersebut, timbullah idea daripada beberapa orang AJK untuk membuat tiang gol untuk kegunaan anak muda Taman Utama melakukan riadah waktu petang dengan aktiviti yang berfaedah. Ini adalah kerana sudah hampir 2 tahun golongan muda bermain bola tanpa tiang gol yang sempurna kerana mengalami kerosakan serta telah dirembat oleh pencari besi terpakai.



Apabila tamat majlis sambutan Maulidur Rasul pada petang tersebut, blogger terus bertemu Tuan Imam, Setiausaha dan Bendahari masjid untuk memohon kebenaran mengambil besi-besi tersebut. Alhamdulillah, permohonan diperkenankan oleh mereka dan usaha membawa pulang 7 batang besi tersebut ke Taman Utama dilakukan pada petang itu juga kerana ramai AJK bersetuju untuk membuat tiang gol tersebut pada 5.2.2012 kerana hari tersebut adalah cuti umum.

Sehubungan dengan itu, maka pada hari Ahad, 5.2.2012 mulai jam 9.00 pagi, seramai 14 orang AJK dan Jiran Muda telah bersama-sama bergotong royong membuat tiang gol tersebut. Kami amat beruntung kerana dikalangan AJK terdapat mereka yang mempunyai peralatan memotong besi dan mahir menggunakan peralatan sampingan lain. Hasilnya, pada petang tersebut, tiang gol tersebut telah boleh digunakan untuk bermain bolasepak.


Sebelum ini, blogger pernah meminta sumbangan pelbagai pihak untuk membeli tiang gol yang berharga sekitar RM 800.00 hingga RM 1,200.00 tidak termasuk jaringnya, namun gagal. Kini, Alhamdulillah,... semuanya percuma sahaja hasil semangat setiakawan dan bergotong royong. APA YANG PENTING ?... KERJASAMAAAA....


En. Che Daud dan En. Md. Nasser sedang membuat ukuran tiang sebelum dipotong bahagian yang tidak diperlukan.



En. Jailani sedang melakukan welding....


Geng Jiran Muda mengorek lubang untuk dimasukkan tiang.



Oii !!, hampa tengok, mana cukup ukuran lagi ni, nak kena korek lagi la...


En. Shaharudin dan En. Mohd Fadzil memantau ukuran lubang yang dikorek oleh Jiran Muda....


Hai Aliff, hang korek lubang ka, hang buat apa? sampai hampir tertiarap....


Okeyyy, dah cukup saiz dan ukuran dahhhh...line clear....


Fuu yoo.... boleh gayut la kat tiang ni...


Bersama-sama memasang jaring. Jaring ini dibeli hasil lebihan wang sumbangan penduduk untuk program sambutan Maulidur Rasul.



Yahooooo.... dah boleh main !!!!!..... Hmmm... dah tak sabar-sabar nampaknya geng Jiran Muda nak bermain, sampaikan belum sempat nak dicat tiang tersebut he .. he ....... ADA SAPA-SAPA SUDI NAK SPONSOR CAT DAN BOLA PULA KE? DUIT GERAN TAHUN 2012 BELUM MASUK LAGI NI.... KALAU NAK SPONSOR HUBUNGI BLOGGER...KALAU BANYAK, BOLEH BELI JERSI PULAKKKKK.. he .. he .. he...

Sabtu, Februari 04, 2012

** SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H **


Pada hari Sabtu, 4 Februari 2012, KRT Taman Utama telah menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat Qaryah Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang berhampiran Taman Utama. Seramai 81 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda, 14 Orang Peronda SRS dan 18 orang Jiran Wanita telah menyertai perarakan selawat yang bermula dari Restoran Tat Nasi Ayam, melalui Taman Utama dan berakhir di Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong.


Peronda SRS turut terlibat mengawasi peserta disepanjang perarakan tersebut dalam jarak lebih 1.5 kilometer. Lalu lintas perarakan turut dibantu oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis DiRaja Malaysia yang telah dihubungi oleh En. Shaharudin Saad, Penolong Setiausaha yang bertugas di jabatan tersebut.


Lantaran geran kewangan untuk tahun 2012 masih belum diterima, ramai penduduk telah menghulurkan sumbangan derma wang ringgit bagi menampung kos sambutan majlis ini seperti penyediaan sepanduk, bunga hiasan baju, makan minum peserta dan penajaan minuman teh tarik, sirap bandung dan sarsi ais untuk majlis sambutan yang diadakan di Masjid tersebut.

Maklum balas yang diterima, ramai yang memuji penglibatan KRT Taman Utama dalam majlis tersebut kerana turut melibatkan penyertaan AJK, Peronda SRS dan Jiran Wanita kerana sasaran pihak Jawatankuasa Qaryah Masjid hanyalah kepada peserta daripada Tabika KEMAS dan PASTI serta Tadika swasta yang berada dalam qaryah masjid sahaja, namun KRT Taman Utama disebaliknya pula. Begitu juga dengan laungan selawat yang kuat, gemersik dan susun atur peserta yang kemas dan berdisiplin dibawah tunjuk ajar Ustazah Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita KRT Taman Utama.




Raptai perarakan yang dilakukan sehari sebelum majlis sambutan.



Blogger dan Peronda SRS bersarapan pagi yang disediakan oleh Restoran Tat Nasi Ayam.


En. Shaharudin sedang melayani kakitangan JPJ bersarapan pagi sebelum perarakan bermula.



Dua orang Jiran Muda ditugaskan oleh jawatankuasa sambutan untuk membawa sepanduk penganjur.


Bersedia untuk memulakan perarakan.






Barisan Tunas Jiran.


Antara sebahagian barisan Jiran Wanita.


Kawalan lalu lintas oleh JPJ.


Suasana ketika perarakan.























Peronda SRS bertugas di gerai teh tarik yang mendapat sambutan hebat pada hari tersebut.


Peserta berkumpul dalam masjid apabila tamat perarakan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz, pidato dan bercerita.


Tuan Imam Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong sedang menyampaikan ucapan.




Blogger sedang menerima cenderamata dan sijil penyertaan daripada Tuan Imam.


Jamuan tengahari.



Y. Bhg Ustaz Haji Mohd Isa b. Haji Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul yang disiarkan secara langsung ke Radio Malaysia Kedah FM selepas solat Zohur.


Blog Widget by LinkWithin